HENSEM DAN CANTIK BELAKA

ATTENTION

Assalamualaikum..
Disini diingatkan bahawa perkara-perkara yang berkaitan dengan agama, diminta dibuat rujukan terlebih dahulu dengan orang yang lebih arif dalam bidang ini..sebelum mengambilnya sebagai rujukan..
Sekian..

!!!!!!!!!!!!!!!! MY BLOG LIST !!!!!!!!!!!!!!!!

15 May 2011

Selamat Hari Guru


Assalamualaikum..

Dihari 16 mei ini, saya ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua warga pendidikan. Kepada Cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya, walau dimana pun anda, saya tidak akan lupa jasa baik kalian yang banyak mengajar saya.

Tanpa Guru, Siapalah kita..Dengan adanya guru, dapat la kita mengenal huruf, mengeja, membaca, mengira dan berbagai2 ilmu lagi. Terima Kasih guru, jasa mu amat tinggi nilainya..Semoga guru tabah menempuh segala halangan dan dugaan semasa menjalankan tugas.

Tugas seorang guru pada masa kini amat lah sukar, dengan pelbagai ragam murid-murid sekarang yang perbagai-bagai. Kerjaya sebagai seorang guru juga sering disalah taksir oleh segelintir masyarakat. Sering kali menyalahkan guru-guru, sedangkan guru hanya mahu mendidik supaya menjadi insan yang berguna.

Kepada emak saya, SELAMAT HARI GURU, semoga sentiasa tabah menjalankan tugas mendidik anak bangsa. Cekal menempuh pelbagai cabaran dan halangan. Bagi saya, dia lah ibu ku, dia lah guru..Selamat Hari Guru mak..LUV U SO MUCH~

sekian
sebagai renungan..

*Kepada bakal menjadi guru, semoga anda tabah menjalankan tugas mendidik.. :)

9 comments:

komen-komen lah untuk mengeratkan silaturahim..
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...