assalamualaikum..
Tengok tajuk entry pun dah takut..Dalam kepala mesti ingat orang kaya je..he3.. Sebenarnya, hari ini saya hendak berkongsi sedikit mengenai perlaburan ini. Mentang2 baru balik kedai emas, sibuk je hendak cerita.he3 ;)
Sebenarnya tadi saya pergi kedai emas dengan emak, saja hendak tengok2.. Hendak la tahu jugak macam mana perlaburan emas ini. Jadi kami dua bersama adik pergi masuk kedai Habib Jewal. Mula2 ingat hendak sembang kat luar je dengan kakak yang jaga itu. Pastu dia ajak masuk dan bermula soal jawap dengan kakak itu..hehe
Menurut yang diceritakan oleh kakak tu..
Emas ini ada macam2 jenis..Tapi yang femes jenis 999 dan 916 je.. 999 ini emas yang paling mahal dan 100% emas.Makna kata tiada campuran dengan apa2 benda pun. Yang 916 ini emas yang dicampur.. Menurut kakak ini jugak, ramai orang membeli emas 999 kerana harga nya yang tinggi dan pure emas. Tapi emas ini dijual dalam bentuk jongkong. Tidak boleh dibuat dalam bentuk cincin ke gelang ke @ seangkatan dengan nya..Sebab apa?? emas ini emas yang lembut. Buat nya putus pulak kalau buat rantai..dah jadi rugi..he3..Paling ringan sekali emas ini dijual 10gram. Paling berat tidak tahu la..mungkin 2, 3 tan kot..he3.. Dia jual dalam berat 10gram, 50gram, 100gram dan etc..Buat masa ini, emas 999 dijual RM177.00 dalam 1gram. Kalau 10gram bersamaan dengan RM1770.00. Tapi bagi berat 100 gram kebawah akan dikenakan kos upah..Kos ini tidak mahal sangat..
Kalau jonkong senang sikit untuk disimpan. Kita beli hari pastu kita jual 10 tahun lagi..waa memang untung. Harga emas ini sentiasa meningkat tau.OK..kalau yang 916 ini emas yang dicampur..Campur dengan apa..tah la lupa hendak tanya pulak tadi. Emas ini keras sikit sesuai untuk buat cincin, gelang dan sama waktu dengan nya. Kalau hendak pergi buat hantaran eloklah ambil emas ini..he3.. Harga emas ini murah sikit berbanding emas 999..Harga nya dalam RM164.00 bagi setiap gram.. Sampai disini sahaja perkongsian saya, kalau berminat pergi la ke kedai Habib Jewal yang berdekatan. Pergi sembang2 tengok..
Gambar emas yang diatas gambar untuk 100gram. Lagi satu kalau hendak beli emas, beli emas Suisse kerana ia boleh ditukar di selurah dunia..Tidak kira negara mana pun..
sekian
sebagai renungan..
*Sekarang Habib Jewel buat promosi, potongan RM5.00 untuk emas yang dijual oleh mereka. Kalau tidak silap hari ini sahaja. Cepat2 la pergi tengok ya..
x mampu nk beli emas ....
ReplyDeletetidak mengapa saudara..
ReplyDeletekumpul duit pelan2.. ;)
thanks for the info. harga emas tgh turun skrg ni, maybe good time to buy
ReplyDeleteya ke..
ReplyDeletebagus la cm tu..
bt hantaran guna emas ..hehe
ReplyDeletesekarang pelaburan mggunakan emas mmgg berbaloi...
ReplyDeletenilai emas kan mkin naik hari ke hari..
ain : kalau cm tu ain..kena kawin ngan ank raja..he3
ReplyDeletemohd ridhuan : betul apa yg diperkatakan..dah ramai yang dah buat..memang menguntungkan dalam masa panjang..
beli emas kat kedai emas mcm habib jewel kena bayar skali kos upah... beli dgn ejen public gold harga mmg betul2 harga emas shj dan lebih murah... sekadar berkongsi maklumat...
ReplyDelete