HENSEM DAN CANTIK BELAKA

ATTENTION

Assalamualaikum..
Disini diingatkan bahawa perkara-perkara yang berkaitan dengan agama, diminta dibuat rujukan terlebih dahulu dengan orang yang lebih arif dalam bidang ini..sebelum mengambilnya sebagai rujukan..
Sekian..

!!!!!!!!!!!!!!!! MY BLOG LIST !!!!!!!!!!!!!!!!

09 October 2012

10 Cara Langsing Sebelum Sanding

Assalamualaikum

Anda impikan tubuh yang langsing untuk kelihatan menawan tatkala mengenakan busana pengantin di hari paling membahagiakan anda? Bagaimana cara terbaik dan paling singkat untuk mendapatkan tubuh langsing idaman anda?

Mudah sahaja, pastikan anda mengikuti tip pemakanan ini dengan baik enam bulan sebelum bergelar isteri. Nescaya bakal suami akan terpegun apabila memandang tubuh ramping anda ketika melangkahkan kaki di atas gerbang pelamin.

TIP DIET RENDAH LEMAK

  • Minuman dan makanan bersusu seperti yogurt dan cheese masih boleh diambil oleh bakal pengantin tapi pastikan ianya berlabel rendah lemak.
  • Makanan bijirin seperti biji gandum, nasi, nasi perang, oat, pasta dan sebagainya masih diperlukan tetapi dalam kuantiti yang sederhana.
  • Sayuran dan buah-buahan segar paling penting untuk kulit segar dan berseri. Jika kurang berminat dengan sayur atau buah-buahan segar, anda juga boleh mengambil sayuran yang telah disejukbeku atau buah-buahan kering.
  • Buat bakal pengantin anda digalakkan mengambil telur goreng atau telur rebus maksimum 4 kali seminggu.
  • Pada penggemar daging dan ikan anda perlu berpantang sebelum tibanya hari bahagia. Pastikan anda mengambil daging ayam, kambing atau lembu pada kadar kuantiti yang sedikit. Anda dinasihatkan menyediakan makanan ini dengan cara membakar, merebus atau mengukus.
  • Jangan ambil makanan atau minuman beralkohol. Selain membahayakan keselamatan ianya juga membahayakan kesihatan tubuh badan anda. (Bukan Islam)
  • Baca label produk sebelum membeli sebarang makanan atau minuman. Pastikan kandungan lemaknya adalah rendah.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang telah diproses. Biasanya makanan yang telah diproses mengandungi perisa tambahan yang tinggi kandungan lemaknya.
  • Elakkan mengambil makanan seperti kek, pastri, biskut, coklat dan makanan ringan yang mengandungi banyak lemak dan minyak.
  • Elakkan mengambil minuman susu penuh krim dan ais krim.
Salam Perkongsian..
sekian
Sebagai Renungan

05 October 2012

Jangan Selalu Korek Telinga

Assalamualaikum..

Mungkin ada antara anda yang akan mengorek telinga anak hampir setiap minggu semata-mata untuk mengeluarkan tahi telinga dan memastikan telinga anak anda sentiasa bersih.

Bagaimanapun, sedarkah anda bahawa perbuatan mengorek telinga itu boleh menjejaskan kesihatan telinga dan dikhuatiri boleh memudaratkan pendengaran?

Tidak kiralah sama ada anda menggunakan putik kapas, pengorek telinga diperbuat daripada besi, pin, kunci kereta atau apa saja bahan untuk mengorek atau mengeluarkan tahi telinga, hakikatnya, perbuatan mengorek telinga memang tidak perlu dilakukan. Ini kerana, tahi telinga mampu bertindak sebagai pelindung sama ada terhadap serangga mahupun debu kotoran.

Pakar Telinga, Hidung dan Tekak di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara, Dr Aminuddin Saim, berkata dalam keadaan normal, tahi telinga akan keluar sedikit demi sedikit kerana lapisan kulit telinga mempunyai mekanisme yang akan mengeluarkannya secara berterusan. Justeru, beliau berkata, anda tidak perlu mengorek telinga atau mengeluarkan tahi telinga dengan bahan yang sering kali digunakan untuk tujuan itu.

"Apabila tahi telinga itu sudah terkeluar dan terlihat, anda boleh membersihkannya tetapi jangan pula mengorek telinga dalam-dalam kerana ini boleh menjejaskan kesihatan telinga anak anda," katanya ketika ditemui, di ibu negara, baru-baru ini.

Dr Aminuddin berkata, korek telinga bukan saja tidak perlu dilakukan di kalangan kanak-kanak, malah setiap individu tidak sepatutnya mengorek telinga . Beliau berkata, lazimnya, ibu bapa menggunakan putik kapas untuk mengorek telinga anak-anak mereka tetapi bahan itu boleh menyebabkan tahi telinga semakin terbenam, melecet atau luka pada kulit telinga dan putik kapas tertinggal di dalam telinga. Katanya, ada juga yang mengorek telinga dengan pengorek telinga diperbuat daripada besi dan ini lebih berbahaya kerana ia boleh menyebabkan luka dan dikhuatiri boleh tertembus pada gegendang telinga dan seterusnya memudaratkan pendengaran.

"Mengorek telinga memang boleh menyebabkan seseorang menjadi khayal kerana telinga mempunyai banyak saraf dan ia begitu sensitif. Justeru, mengorek telinga kadangkala menjadi amalan atau tabiat seseorang.

"Sebaik-baiknya hentikan amalan itu kerana dikhuatiri boleh menjejas atau memudaratkan kesihatan telinga, terutama gegendang telinga", katanya.

Dr Aminuddin berkata, tahi telinga ialah satu bahan di dalam telinga yang terdiri daripada serumen (lilin telinga) iaitu kelenjar yang dikeluarkan oleh telinga. Katanya, hasil campuran keretin, debu, kotoran, lelemak dan bulu telinga akan membentuk tahi telinga. Dr Aminuddin berkata, tahi telinga boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu keras dan lembut dan sebahagian besar masyarakat Asia mempunyai tahi telinga jenis keras. "Keras atau lembut tahi telinga bergantung kepada faktor genetik dan lelemak yang terkandung di dalam tahi telinga," katanya.

Beliau berkata, tahi telinga bertindak sebagai pelindung kepada telinga anda kerana lendir atau cecair yang terkandung di dalamnya boleh menyebabkan debu terlekat, kesukaran dimasuki serangga dan mengelakkan jangkitan serangga. Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa supaya tidak mengorek telinga anak mereka dengan apa juga bahan kerana bimbang ia boleh menyebabkan luka dan kurang ketahanan untuk bertindak sebagai pelindung. "Telinga yang terluka akan mudah ditumbuhi dan dijangkiti kulat serta bakteria. Selain itu, amalan mengorek telinga juga dikhuatiri boleh menyebabkan kerosakan pada gegendang telinga," katanya.

Bagaimanapun, Dr Aminuddin berkata, ada segelintir individu yang mengalami masalah tahi telinga tidak terkeluar dengan sendiri dan keadaan ini dikenali sebagai keratosis obsturans. Katanya, mereka yang mengalami masalah ini perlu berkunjung ke hospital untuk membolehkan pakar telinga, hidung dan tekak mengeluarkan tahi telinga.Lazimnya, telinga pesakit akan dimasukkan ubat titik atau minyak zaitun bagi membolehkan doktor menggunakansejenis alat bagi menyedut tahi telinga mereka.

Kanak-kanak yang mengalami masalah itu selalunya akan berasa tidak selesa dan kurang mendengar kerana tahi telinga mereka keras dan tidak terkeluar sebagaimana dalam keadaan normal. "Bagaimanapun, keadaan seumpama itu amat jarang berlaku kerana lazimnya, tahi telinga akan terkeluar dengan sendiri," katanya.
*Entri Copy & Paste

Sekian
Sebagai Renungan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...