HENSEM DAN CANTIK BELAKA

ATTENTION

Assalamualaikum..
Disini diingatkan bahawa perkara-perkara yang berkaitan dengan agama, diminta dibuat rujukan terlebih dahulu dengan orang yang lebih arif dalam bidang ini..sebelum mengambilnya sebagai rujukan..
Sekian..

!!!!!!!!!!!!!!!! MY BLOG LIST !!!!!!!!!!!!!!!!

30 November 2010

24 Perkara Jangan Dilakukan...


Di bawah ini terdapat 24 perkara-perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri. :

01. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S.W.T.

02. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

03. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.

04. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

05. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

06. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan.

07. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.

08. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

09. Jangan biar mata liar diperjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim.

14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.

15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.

17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.

18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH S.W.T.

19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.

20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.

21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.

22. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.

23. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH S.W.T. tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.

24. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH S.W.T. itu lebih mengetahui. Yang baik itu adalah dari ALLAH s.w.t dan yang buruk itu dari hambanya juga.

Wallahuallam.

27 November 2010

10 Hadiah Utama Yang Sering Dilupai Untuk Orang Tersayang


Disini disenaraikan 10 hadiah yang paling senang dan sesuai anda berikan kepada yang dikasihi. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu atau pun semua.


1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.


2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.


3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti “Sayang Awak” atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.



4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, “Saya suka ketawa bersama awak.”


5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti “Warna biru memang ngam dengan awak” atau “Sedap masakan awak” mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia


6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.


7. Hadiah Bersendirian: Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.


8. Hadiah Keceriaan: Cubasedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.


9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.


10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.

25 November 2010

Logo Yahudi Zionis Dalam Laptop, PC & Notebook kita..

( Lambang segi 6 atau "Bintang David" & tapak kaki lilin berjabang 7, Menorah. Kedua-dua lambang tersebut merupakan lambang agama yahudi)

Hari ini saya ingin berkongsi satu maklumat yang sangat penting dan mesti didedahkan kepada semua orang ....


Lambang Zionis sebenarnya tersembunyi disebalik laptop kita semua.... Apa tidaknya kan sebahagian alat2 canggih komputer dan laptop hari ini datangnya dari teknologi Israel...


Mungkin anda rasa tidak percaya... Apa kata anda tengok sendiri didalam komputer-laptop-netbook anda...
jangan tekejuuutttt.......!!
 
ikuti langkah berkenaan;
 
C:/ProgramFiles --> Microsoft Office --> MEDIA --> CAGCAT10 -->J0285926.WMF

ataupun anda tekan Start>> Search dan taip J0285926.WMF.....

Pasti gambar seperti dibawah anda akan jumpa gambar seperti di atas...

 
Mungkin gambar tersebut ada maksud yang tersirat... Apa yang boleh saya katakan adalah rancangan Zionis memang hampir dengan kita.. Berhati-hatilah... 

Jangan lupa beritahu kepada kawan-kawan, rakan-rakan dan kepada sesiapa sahaja...
 tepuk dahi tanya akal buatlah kesimpulan yang logikal.. 

sekian, terima kasih..

22 November 2010

Ciri-ciri orang yang mencintai kamu

1. Orang yang mencintai kamu tak pernah memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu yang dia tahu di matanya hanya ada kamu satu2nya.

2. Kalau kamu sudah memiliki kekasih dia tak peduli,yang penting bg dia kamu bahagia dan kamu tetap impiannya.

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya,dimatanya kamu selalu yang paling cantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah berlebihan atau kamu rasa gemuk.

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini,dia ingin tahu kegiatan kamu.

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti "slmt pagi","slmt hari minggu","selamat malam" walaupun kamu tidak membalasnya.

6. Kalau di hari ulang tahunmu,kamu tidak mengundangnya setidaknya dia akan menelefon utk mengucapkan selamat atau mengirim pesan.

7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap hari yang dia lalui bersama kamu,bahkan mungkin hari yang kamu sendiri sudah lupa setiap detiknya kerana saat itu adalah sesuatu yang berharga buatnya.

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata2 yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata2 yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya.

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menyukai lagu-lagu kesukaanmu,bahkan mungkin meminjam CD/cassette kamu,kerana dia ingin tahu apa kesukaanmu,kesukaanmu kesukaannya juga.

10. Kalau terakhir kali kamu bertemu kamu sedang sakit mungkin flu,pening,atau sakit gigi,beberapa hari kemudian dia akan mengirim sms dan menanyakan keadaanmu kerana dia risau akan kamu.

11. Kalau kamu beritahu padanya kamu akan menghadapi ujian dia akan menanyakan bila ujian itu, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan sms "good luck" untuk memberikan semangat pada kamu.

12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu adalah sesuatu yang biasa,tetapi itu adalah suatu barang yang istimewa buat dia.

13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat saat sedang berbicara ditelefon dengan kamu,sehingga kamu menjadi bingung,saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggoncang dunianya.

14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat denganmu dan ingin menghabiskan hari2nya bersama mu.

15. Jika kamu kena berpindah ke tempat lain,dia akan memberikan nasihat supaya kamu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling yang mungkin akan membawa pengaruh buruk bagimu.

16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang pelik seperti menelefonmu 100 kali dalam sehari,atau membangunkanmu ditengah malam untuk mengirim sms atau menelefonmu kerana saat itu dia sedang memikirkanmu.

18. Ketika orang yang mencintai kamu sedang merindukanmu dan melakukan hal2 yg membuat kamu merasa rimas atau gila dan kamu memberitahunya tindakannya membuatkan kamu terganggu dia akan meminta maaf dan tak akan mengulanginya lagi.

19. Jika kamu memintanya untuk mengajar kamu sesuatu,dia akan mengajar kamu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang paling bodoh di dunia!

20. Tika kamu melihat handphonenya,namamu menghiasi sebagian besar "INBOX" nya dan dia masih menyimpan msg kamu walaupun pesan itu sudah kamu kirim sejak berbulan2 bahkan bertahun2 yang lalu.

21. Dan jika kamu menghindarinya atau menolaknya,dia akan menyedarinya dan menghilangkan diri kehidupanmu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22. Jika saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan,dia akan ada di sana menunggumu kerana dia tak pernah mencari orang lain.Ya... dia tetap akan menunggumu.

Adakah org yg berada disi mu sekarang melakukannya dgn cara2 seperti di atas?

Kalau ada,jgn mensia-siakan org tersebut..kamu akan menyesal melakukannya kerana ia hanya akan datang sekali seumur hidup...

21 November 2010

5 HARI SEBAGAI RENUNGAN



Selain hari-hari yang dilalui dalam seminggu, ada hari yang perlu dijadikan renungan  dalam usaha untuk mencapai 'mardhatillah'. Hari-hari tersebut:

1. Yaum mafqud (hari yang sudah hilang). Ialah hari kelmarin yang kita tinggalkan bersama amalan baik, buruk, pahit atau manis. Jika kelmarin berlalu dengan amalan soleh, maka ia perlu diteruskan serta dipertingkatkan lagi tanpa henti. Sebaliknya jika ianya berlalu dengan kemungkaran dan maksiat kepada Allah, maka ia perlu dihentikan segera serta menyesal supaya perkara itu tidak
berlaku lagi.


Hari kelmarin juga mengajar kita erti muhasabah diri supaya dapat mengubah nasib hidup ke arah lebih diberkati Allah kerana manusia yang membiarkan harinya lebih buruk dari semalamnya adalah manusia yang rugi.

Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri" (al-Ra'd, 11).

2. Yaum masyhud (hari yang sedang disaksikan/hari ini). Setiap manusia mempunyai tugas dan tanggungjawab untuk dilaksanakan. Dan setiap manusia juga sewajibnya mengerti amanah dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab.

Orang bijak akan mendahulukan perkara utama yang perlu diselesaikan (aulawiyyat) berbanding perkara lain. Orang beriman akan mendahulukan perkaraukhrawi tanpa mengenepikan perkara duniawi. Seterusnya orang yang bijak lagi beriman akan menjambatani semua perkara tersebut dalam menyusuri titian 'siratal mustaqim' dan menjunjung keredhaan Allah kerana dunia ini adalah ladang tanaman untuk ke syurga nanti.

Allah Ta'ala berfirman lagi yang bermaksud: "Apakah orang-orang yang membuat kejahatan itu menyangka bahawa Kami akan menjadikan mereka seperti orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, sama di dalam kehidupan dan kematian mereka? Amat buruklah apa yang mereka sangka" (al-Jaathiah, 21).

3. Yaum mawrud (hari yang bakal mendatang). Setiap muslim yang beruntung akan harus mempunyai perancangan menghadapi hari esok supaya urusan hidup tidak terbantut. Kita masih boleh memperbaiki kelemahan dilakukan hari ini dengan memastikan ianya tidak berlaku lagi keesokan harinya. Sebagai seorang yang beriman juga, kita perlu bersedia untuk menerima segala apa yang ditakdirkan Allah.

Allah Ta'ala telah berfirman maksudnya: "Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada oranglain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan
janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan" (al-Qasas, 77).

4. Yaum maw'ud (hari yang dijanjikan). Allah telah berjanji akan kedatangan hari kiamat. Setiap mukmin wajib beriman dengan hari kiamat. Langit dan bumi akan hancur, begitu juga dengan planet serta cakerawala di alam maya ini. Semua makhluk Allah akan mati termasuklah para Malaikat. Yang kekal hanyalah Allah Yang Maha Kekal Abadi.

Tiada siapa yang tahu bilakah waktunya hari kiamat. Apa yang ditunjukkan Allah hanyalah tanda yang dapat dilihat manusia supaya insaf dan beriman kepada Allah S.W.T.

Firman Allah Ta'ala bermaksud: "Sesungguhnya Allah, hanya pada sisiNya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dialah yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya esok hari. Dan tiada
seorangpun yang dapat mengetahui di mana bumi dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal" (Luqman, 34).

Oleh itu kita mesti bersiap sedia dengan memperbanyakkan amalan soleh untuk menghadapi hari kiamat yang akan tiba pada bila-bila masa saja.

5. Yaum mamdud (hari pembentangan). Semua makhluk akan dibentangkan dihadapan Allah di Padang Mahsyar untuk perhitungan segala amalan baik atau buruk. Kehidupan di akhirat bersifat kekal abadi yang tiada kesudahannya sampai bila-bila. Ia memang tidak dapat difikirkan akal fikiran tetapi wajib diimani setiap umat Islam bahawa manusia akan dihidupkan kembali dan dibangkitkan untuk dihisab oleh Allah. Penyelamat utama hanyalah rahmat Allah dan syafaat Nabi Muhammad S.A.W dengan beriman kepada Allah dan memperbanyakkan amalan soleh di dunia ini.

Allah S.W.T telah berfirman bermaksud: "Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang yang berbuat baik (amal soleh)." (al-A'raf, 56) Berbahagialah orang beriman dan beramal soleh kepada Allah dan amat rugilah orang yang ingkar kepadaNya.

Olahan: Ajwad Abdul Aziz dari Berita Harian, 27 November 2009.

http://goo.gl/gSsPl

15 November 2010

Tip Lulus Temu Duga Sektor Swasta


Kita mahu kerja di perusahaan bukan semata-Mata bijak di akal tetapi juga di hati Dan melalui tingkah laku. Justeru, bagi mereka yang bergraduasi dengan PNGK cukup-cukup makan, sila ikuti tips-tips ini untuk menonjol di Mata penemu duga hinggakan dia akan berbisik kepada dirinya sendiri, "Pensyarah budak ni salah menilai agaknya."

Tip Pertama: Tujuan

Sebagai orang Islam, Kita mesti tahu perkara pertama yang perlu Ada sebelum Kita buat sesuatu perkara, bukan? Ya, niat. Niat anda mencari kerja mesti betul, agar keseluruhan acara bekerja diberkati Allah yang setiap saat memerhatikan Kita dari atas sana. Kerja itu ibadat. Jadi, pastikan Kita bekerja kerana Allah. Kalau bekerja kerana mak ayah, sudah pasti muncul dalam imaginasi Kita gambaran Kita memberi Wang RM500 sebulan kepada mak ayah. Tetapi kalau kerja untuk Allah, bagaimana?
Ya, untuk menambah baik masyarakat sekeliling Dan semuanya. Orang kata add value. Kita bekerja untuk membolehkan diri Kita menyahut saranan Allah untuk add value dalam umat manusia, bermula dengan add value dalam keluarga (keturunan), kejiranan, kampung, negeri, negara Dan dunia. Mana tahu nanti anda akan mengganti Ban Ki Moon selaku Setiausaha Agung PBB?
Allah suruh Kita buat baik, memberi makan kepada orang miskin Dan anak yatim, Bantu-membantu, mengeluarkan zakat, bersedekah Dan menyampaikan ilmu. Ini semua Kita tidak dapat dilakukan kalau tidak Ada duit. Nak dapatkan duit kena kerja. Jadi, bekerjalah Kita kerana Allah.

Tip Kedua: Persediaan 

01.Berfikiran Positif
Sekiranya Kita mengakui Kita memang sejenis manusia bercas positif, maka di Hari temu duga Kita pasti akan positif tahap maksimum. Dalam masa mencari kerja (menganggur), buatlah perkara-perkara yang anda selesa Dan bagus padanya (good at it). Makan makanan yang anda suka. Nikmati setiap detik "bercuti" dengan kawan-kawan. Do not over confidence, just... Smart.
02.Studi Menyeluruh
Sekarang sumber informasi banyak, jadi pastikan sebelum ke bilik temu duga sesebuah syarikat, Kita sudah tahu sebanyak mungkin maklumat berkenaan syarikat tersebut. Paing tidak, hal semasa Dan asas perniagaannya, lingkungan produknya Dan cawangannya. Kalau ke bilik temu duga Proton Dan penemu duga menyebut tentang hal semasa Proton seperti, "Lately our company is having a great discussion about engaging partnership with Volkswagen, what do you think about this issue?" Dan kalau Kita jawab, "Oh, really? I actually don't really know that." Itu memang menggali kubur sendiri. Juga studi lokasi temu duga (termasuk aliran trafik waktu puncak) sehari sebelum sesi untuk datang 30 minit lebih awal nanti.
03.Berlatih
Cakap depan cermin Dan lihat bahagian mana yang perlu diperbaiki. Gaya tangan, nada suara, atau leher. Manalah tahu nak speaking punya sampai tergeliat leher... Hehe. Boleh juga ajak kawan untuk konon-konon jadi si penemu duga.
04.Resume
Resume mesti ringkas Dan padat, paling tidak dua muka surat. Kemudian. Semua item dalam resume akan menjadi modal bagi penemu duga untuk bertanyakan soalan. Boleh lihat nanti bila dia nak tanya soalan, dia akan belek-belek resume Kita dengan muka tak percaya. Jadi, pastikan semua butiran dalam resume itu anda tahu keseluruhan ceritanya. Bawa back up document. Kalau dalam resume Kita menyatakan tentang projek akhir tahun, bawa laporannya.
05.Sekufu
Sekiranya mahu cepat dapat kerja, aim dulu company yang sekufu dengan PNGK Kita. Kalau grad 2.33 dalam bidang kejuruteraan Mekanikal mahu target Shell atau Slumberger memang susahlah bang. Cari syarikat swasta biasa-biasa dulu. Sama Ada syarikat tersebut kena dengan cita rasa atau tidak, tidak kisah. Apa yang penting ialah mencari pengalaman pertama berkerja. Selepas Ada pengalaman setahun dua, kalau rasa nak demand, silakan.
07.Pakaian
Bagi jawatan eksekutif seperti eksekutif pentadbiran, arkitek, jurutera palnner Dan lain-lain: kemeja warna cerah, seluar gelap, kasut hitam, rambut pendek (kalau boleh buat stail Carlo Ancelotti) Dan kenakan tali leher; warna biar waras jangan pakai klip Doraemon pula. Bagi anda si gadis comel-comel, saya rasa saya tak perlu nak komen lebih, anda semua lebih expert bab pakaian, bukan? Pemakaian tidak Ada kompromi. Jatuh cinta tahu pula pandang pertama. Jadi, jangan tak tahu perkara itu juga boleh berlaku di bilik temu duga. First impression bukan perkara main-main.

Tips Ketiga: Perkara Asas

Sahsiah diri. Perkara ini adalah 'kemasan diri' atau kekuatan EQ Kita. Graduan dengan 3.50 pointer ke atas pun belum tentu pandai dalam bab ni. Jadi ini peluang sama rata untuk semua lapisan CGPA.

01.Tepati Masa
30 minit awal untuk rileks, hirup udara dalam perusahaan, Dan berak dulu kalau perut bertindak mahu menjahanamkan sesi temu duga anda... Hehe. Pokoknya, ambil masa untuk bersedia.
02.Jadi Diri Sendiri
Ya, betul Kita dah buat studi, berlatih, Dan self talk malam semalam bagai nak rak tapi jangan biarkan skrip-skrip itu semua membuatkan anda jadi seperti robot. Jangan asyik ulang benda dalam kepala takut lupa, just let it go. Kosongkan fikiran Dan free. Biarkan skrip-skrip tadi berada di belakang kepala yang akan keluar secara spontan Dan natural.
03.Jujur
Syarikat adalah pembeli, Dan Kita datang pada Hari itu untuk menjual diri. Maka, Kita dengan ikhlas perlu target bagi mencapai win-win situation. Syarikat mendapat pekerja yang baik, pekerja mendapat syarikat yang sesuai dengan diri. Jadi, kita kena jujur. Tak suka, cakap tak suka. Tak tahu, cakap tak tahu dalam bentuk terbaik. Kalau kita yes sir saja memanjang untuk pancing kerja, nanti dapat kerja yang tak kena jiwa, bos pening kepala malah kita juga turut merana.
04.Be Cool
Jangan gentar. Penemu duga itu adalah pak cik seseorang yang suka menyiram pokok bunga pada pagi hari minggu. Alah, macam pak cik kita juga. Jadi, jangan masuk ke dalam bilik temu duga dengan kepala lutut bergetaran dan perut berombak-ombak. Rileks dan anggap temu duga sebagai sesi berbual-bual.
05.Bahasa Badan
Anda tahu 70% komunikasi adalah pada bahasa badan? 10% pada intonasi suara dan hanya 20% pada bahasa. Sebab itulah walau pun tidak pandai bercakap, babun Afrika boleh hidup bermasyarakat hanya dengan terpekik-pekik kala singa tiba-tiba muncul. Justeru, perlu tahu bermain mata. Kalau ada tiga penemu duga, pandang mereka sama rata jangan sampai ada yang merajuk. Tangan tak boleh tetap pada satu kedudukan, mainkan ia ikut irama kata. Jangan biar lama atas meja, jangan biar lama bawah meja. Muka kita pula mesti penuh minat, penuh konsentrasi, penuh tenaga. Sekali anda menguap depan penemu duga, memang tidak ada harapanlah jawabnya.Begitu juga, anda perlu bijak membaca bahasa badan penemu duga dan kendalikan sebaiknya.

Tip keempat: Temu Duga

01.Butiran spesifik.
Soalan pembukaan paling popular adalah "Introduce yourself, please." Baik, jangan lupa untuk senyum dulu dan ucapkan terima kasih. Beri biodata ringkas, termasuk hobi. Ulas tentang kursus yang kita ambil serta kekuatan diri. Jangan meleret, just nice. Anda perlu ingat, ini bukan soalan suka-suka, sebenarnya ia satu soalan tidak langsung kepada soalan langsung iaitu, "Why should we hire you?"
02.Pandu Sesi Soal Jawab
Sebenarnya, kita boleh pancing tukang temu duga ke arah skop yang kita kuasai. Kadang-kadang penemu duga menyediakan soalan, kadang-kadang tidak. Justeru, soalannya akan berbuah daripada jawapan kita pada soalan sebelumnya. Semasa menjawab soalan, secara automatik kita sepatutnya dapat menjangka soalan yang bakal keluar dan kalau kita boleh pandu soalan-soalan itu ke ruang lingkup pengetahuan kita, itu adalah peluang keemasan! Jadi, cuba beri jawapan yang berpotensi memancing minat penemu duga untuk bertanya lagi berkenaan subjek kita itu. That's it!
03.Cara Berdalih
Kadang-kadang rantaian atau tembakan soalan akan sampai ke satu titik yang memerlukan kita cakap, "Sorry I don't know." Ish, takkan nak cakap tak tahu, jatuhlah saham kan? Memang ada penemu duga yang sengaja nak jatuhkan kita. Dia cornered kita dengan soalan tahap CEO, dia tanya, tanya dan tanya sampai kita terkencing. Kadang-kadang memang kita boleh nampak niat "jahat" dia ke situ. Tak adalah "jahat", lain penemu duga lain cara. Kita pula nak cakap tidak tahu, takut gagal temu duga. Lalu kita pun cuba untuk menipu. Sila jangan cuba untuk menipu penemu duga, kalau tidak tahu, kenalah tahu bahawa ada banyak cara untuk cakap tak tahu dengan cara berhemah.
Kita kena jual diri kita berdasarkan apa benda yang kita ada, dan kejujuran adalah satu benda bernilai yang paling penemu duga suka. Jujur, dan katakan "I am sorry sir I am afraid I do not know to explain on the subject. However I believe learning is my responsibility if I am hired." Jangan cuba tembak, jangan tipu. There is no right or wrong answer. Kadang-kadang penemu duga pun tak tahu, dia acah saja pun ada. Semuanya adalah perbincangan. Dan sebenarnya, penerangan kita itu yang akan pancing minat penemu duga. Dia boleh menghakimi kita bukan daripada segi betul atau salah jawapan kita itu, tetapi cara kita berbincang boleh mencerminkan apakah kita jenis yang sembang tanpa fakta, cuai, tiada keyakinan diri, atau tidak tahu buat kerja. Jadi, jawab berdasarkan apa yang kita tahu. Boleh jadi apa yang kita tahu itu salah dan kita cuma jujur beritahu bahawa memang sekadar itu yang kita tahu. Pastikan anda mengakui dengan penuh karisma dan profesionalisme, penemu duga akan suka untuk menjelaskannya kepada kita nanti. Dia pun mahu tunjuk action juga.
04.Gaji
Sesi interview adalah sesi jual beli. Jadi, jadilah bijak untuk pancing gaji. Biasanya setiap syarikat ada standard gaji permulaan untuk fresh graduates. Tidak usah risau. Bagi mereka yang sudah ada pengalaman, pasti tahu bagaimana nak kaw tim offer.
Akhir sekali, jangan putus asa, senantiasa bertawakal. Cuba sampai dapat, bila dah dapat cuba improve diri untuk mencari kerja yang betul-betul untuk jangka masa panjang.

Tanda-Tanda Hati Kita Keras







Hati adalah sumber ilham Dan pertimbangan. Ia juga adalah tempat lahirnya cinta Dan benci, keimanan Dan kekufuran, taubat Dan sikap degil serta ketenangan Dan kebimbangan.

Hati merupakan sumber kebahagiaan jika Kita mampu membersihkannya namun sebaliknya IA merupakan sumber bencana jika Kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati.
 
Abu Hurairah r.a. Berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".
Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:
 
1. Malas melakukan ketaatan Dan amal kebajikan
Terutamanya malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat Dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunat. Allah telah menyifatkan kaum munafik dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas Dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)
 
2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran
Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji Dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali. Mereka juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan Dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberikan peringatan, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman-Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)
 
3. Berlebihan mencintai dunia Dan melupakan akhirat
Segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-Mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci Dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego, individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.
 
4. Kurang mengagungkan Allah
Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah diperlekehkan orang lain, tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan Dan dosa.

7 kunci kejayaan orang yang berjaya




ANDA INGIN JADI ORANG YANG BERJAYA?
apakah anda penakut?
apakah anda pemalas?
apakah anda orang pesimis?
apakah anda takut gagal?
Orang sukses adalah orang yang terus mencuba, meskipun telah mengalami banyak kegagalan.
Ia memandang kehidupan sebagai peluang untuk mencapai kejayaan.
Bagaimana dan mengapa mereka boleh menjadi teratas di bidang masing-masing, dari sukan, pendidikan, hingga ke perniagaan.
Apa sebenarnya yang mereka ketahui dan lakukan untuk menjadi orang berjaya?

Berikut ada tujuh perkara yang dilakukan mereka dalam meraih kejayaan:
 
1. Orang berjaya berani mengambil risiko

Mereka berupaya untuk mencapai target, melakukan kajian, membuat networking dengan ramai orang, dan ghairah mencuba sesuatu yang baru seiring perkembangan zaman. David C. McClelland, seorang guru besar yang mendalami perjalanan orang-orang yang berjaya serta telah melakukan perjalanan ke banyak negara dan melatih usahawan kecil, menyatakan cara menjadi usahawan kecil yang berjaya adalah dengan menjadi pengambil risiko ; yang mahu terus mengambil risiko untuk meraih kejayaan..Namun begitu berani mengambil risiko mestilah dengan persediaan yang lengkap bukan main terjah sahaja.
 
2. Orang yang berjaya percaya kepada diri sendiri dan merasakan bahwa mereka berbuat sesuatu untuk dunia.

Mereka memandang sebuah dunia yang besar dan ingin memainkan peranan penting di dalamnya. Mereka tetap bekerja sesuai keterampilan mereka, sambil tetap menyedari bahawa keterampilan memberi nilai kepada keterampilan lainnya. Mereka juga sedar, kerja mereka adalah terbaik akan menghasilkan keuntungan bagi mereka.
 
3. Orang yang berjaya menikmati apa yang sedang mereka lakukan.

Mereka mampu melihat pekerjaan yang mereka lakukan sebagai sesuatu yang menyenangkan hati ; jika mereka bekerja di mana mereka dapat nampak unggul dan menjadi pekerja terbaik. Orang yang berjaya menyukai persaingan; mereka menikmati pencapaian di puncak permainan mereka.
 
4. Orang yang berjaya adalah pelajar seumur hidup

Mereka menyedari, pendidikan tidak pernah berakhir tapi dimulai di setiap tingkatan kehidupan dan terus berlanjutan hingga akhir kehidupan. Pendidikan tidak terbatas di ruang kelas; ertinya sentiasa mencuba idea yang baru, membaca buku, surat khabar, majalah, dan menggunakan Internet merupakan bentuk pendidikan.
5. Orang yang berjaya berpandangan positif terhadap apa yang mereka lakukan, dan ini meluas pada hal-hal lain
 

Mereka percaya gelas itu setengah penuh dan bukan setengah kosong. Mereka menanamkan semangat pada diri sendiri dan dapat membayangkan diri bagaimana mereka berhasil menyelesaikan suatu tugas sukar atau mencapai penghargaan tertinggi. Orang yang berjaya bagaikan pelatih bagi orang lain, dengan memberi pesanan-pesanan positif dalam kehidupan sehari-hari. Mereka gembira melihat orang lain membuat tonggak sejarah dalam kehidupan mereka.
 
6. Orang yang berjaya mempunyai banyak cara untuk memotivasi diri sendiri.
Ada yang dengan cara melakukan beberapa cara setiap hari pada bidang berbeza. Seorang pemuda  memotivasikan dirinya sendiri dengan mencuba mendapatkan lebih banyak wang daripada kakaknya. Seorang wanita berusia 29 tahun menjadi doktor terkemuka  untuk menunjukkan kepada bekas gurunya bahawa dia memiliki keterampilan dan kecerdasan layak untuk mencapai profesion itu.
 
7. Orang yang berjaya menyelesaikan tugas bukan separuh jalan, dan mereka menggunakan cara kreatif dalam meraih kejayaan.
 

Meskipun mungkin memerlukan waktu lebih lama, mereka akhirnya mencapai garis penamat. Mereka manfaatkan masa dengan baik dalam mensinergikan kemampuan fizikal dan mental untuk mencapai kejayaan.

Siapa tahu kita pun mampu mengikuti jejak mereka.

5 Nama Syaitan Yang Harus Kita Waspada



Dapat dari sebuah buku berjudul “Dialog dengan jin muslim” karya Muhammad Isa Dawud.
Apa yang nak dikongsikan disini adalah nama 5 syaitan yang merupakan wakil Iblis untuk menggoda umat manusia.
 
1) Tsabar
Dia selalu mendatangi orang yang sedang kesusahan atau dilanda musibah, seperti kematian, banjir dan sebagainya. Kemudian dia membisikkan dan menyatakan supaya timbul perasaan benci terhadap Allah swt. Kemudian orang yang ditimpa musibah itu marah dan caci maki terhadap ketentuan Allah swt terhadap dirinya.

2) Dasim
Syaitan inilah yang selalu berusaha dengan sekuat tenaganya untuk mengadu domba, menimbulkan perasaan benci satu sama lain dikalangan suami isteri sehingga terjadi perceraian
 
3) Al-A’war
Makhluk laknatullah ini adalah specialist dalam urusan terjadinya perzinaan. Anak-anak dia menjadikan tarikan bahagian tubuh kaum wanita ketika mereka keluar rumah, khususnya kaum wanita masa kini, betul-betul sangat menggembirakan iblis di kerajaannya yang besar.
 
4) Maswath
Specialist dalam menciptakan pembohongan besar maupun kecil.
 
5) Zalnabur
Syaitan yang satu ini berkeliaran di pasar-pasar di seluruh penjuru dunia. merekalah yang menwujudkan pertengkaran, caci-maki, perselisihan, dan bunuh membunuh antara sesama manusia.

Persoalan Agama: Solat hajat boleh dilakukan pada waktu siang, malam


Bersama Ustaz Zahazan Mohamed

SOALAN
Bolehkah solat hajat (tahajud) dilakukan pada waktu siang?

JAWAPAN

Ada orang menganggap bahawa solat hajat itu adalah solat tahajud. Padahal solat tahajud boleh dibuat dengan sebarang solat asalkan dikerjakan selepas sembahyang Isyak dan sesudah tidur.

Tahajud menurut lughah (bahasa) adalah: “Mengangkat tidur dengan takalluf (berat). Menurut istilah, solat (yang dikerjakan) sesudah melakukan solat Isyak, walaupun dijamak (dihimpunkan) beserta solat Maghrib sebagai jamak takdim dan sesudah tidur walaupun tidurnya itu sebelum masuk waktu Isyak. Sama saja solat itu sunat atau fardu, sama ada qadak atau nazar.

Adapun solat hajat, tidaklah termasuk solat yang mempunyai waktu tertentu tetapi termasuk solat yang mempunyai sebab, iaitu seumpama seseorang yang berhajat kepada sesuatu yang belum diperolehnya untuk keperluan agamanya atau dunianya. Tetapi jika ia dilakukan sesudah tidur dan sesudah mengerjakan solat Isyak, jadilah solat hajat ini solat tahajud. Dengan keterangan itu, jelaslah bahawa boleh saja berlaku solat hajat itu bukan solat tahajud atau tidak semestinya solat hajat itu solat tahajud. Ia boleh dihimpunkan pada sesuatu dan boleh berpisah keduanya pada suatu yang lain (Ijtima’usy syaiaini fi maddatin wa infiradu kullin minhuma fi ukhra). Ia diistilahkan sebagai al-Umum wal Khushushul wajhi. Maksudnya, boleh saja berlaku satu solat yang berkedudukan sebagai solat hajat itu juga solat tahajud. Seperti solat hajat yang dikerjakan pada malam hari sesudah solat Isyak dan sesudah tidur.

Boleh juga berlaku solat tahajud yang bukan hajat seperti solat sunat mutlaq atau solat witir yang dilakukan sesudah tidur dan sesudah solat Isyak. Boleh jadi juga solat hajat bukan solat tahajud kerana ia dilakukan waktu tengah hari atau malam sebelum tidur.

Imam Ghazali dalam Ihya’ Ulumiddin juzuk 1, halaman 213 sebagai berikut: “Yang kelapan (daripada solat yang mempunyai sebab) adalah solat hajat. Maka barang siapa yang sempit atasnya suatu hal dan menyentuh kepadanya hajat dalam kebaikan agamanya dan dunianya kepada suatu perkara yang tidak dilakukannya, maka hendaklah ia lakukan solat ini.”

Justeru, solat hajat boleh dilakukan sama ada siang atau malam kecuali pada waktu yang dimakruhkan. Jumlah rakaatnya adalah dua berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi (maksudnya) iaitu: “Bahawa sesungguhnya ada seorang lelaki yang rosak penglihatannya datang kepada Nabi SAW seraya berkata: Doakanlah kepada Allah untukku, bahawa disembuhkan aku. Sabda Baginda SAW: Jika engkau mahu, aku dapat menundanya bagimu. Itu lebih baik. Dan jika engkau mahu aku dapat mendoakan.

“Maka lelaki itu berkata: Doakanlah kepada Allah.” Maka Nabi pun memerintah untuk berwuduk dan bersembahyang dua rakaat dan berdoa dengan doa ini: “Allahumma Inni As aluka wa atawajjahu ilaika bi muhammadin nibiyirrahmah. Ya Muhammadu Inni qod tawajjahtu bika ila rabbi fi hajati hazihi litaqdi.

Allahumma fasyaffi’hu fiyya. (Maksudnya:Ya Allah. Sesungguhnya aku bermohon kepada Engkau dan aku menghadap kepada Engkau dengan Muhammad Nabiyirrahmah.

Wahai Muhammad, sesungguhnya aku menghadap bersama Engkau kepada Tuhanku dalam memohon hajatku ini agar ditunaikan-Nya. Ya Allah, perkenankan dia mensyafaatkan daku.”

Di sebalik ibadah korban


Oleh Harussani Zakaria

Rata-rata umat Islam akan memperingati kehadiran bulan Zulhijjah yang cukup sinonim dengan sambutan perayaan yang disebut sebagai "Eid al Adha". Kendatipun begitu, Islam telah menawarkan kelebihan yang lebih besar dari keseronokan berhari raya iaitu aktiviti peribadatan haji dan pelaksanaan ibadah korban. Tercatat dalam kitab-kitab muktabar, Ibadah korban adalah satu sunnah yang menggambarkan peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim yang diarahkan oleh Allah SWT untuk menyembelih anaknya sepertimana firman Allah dalam surah Al-Saffat ayat 102 yang bermaksud Maka ketika Anaknya itu sampai (ke peringkat umur Yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya Aku melihat dalam mimpi Bahawa Aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?.

Dalam menafsirkan ayat ini, para mufasirin membahaskan tentang siapakah si anak yang dikorbankan itu, adakah ia Nabi Ismail ataupun Nabi Ishak a.s. Al Imam Ibnu Kathir menyatakan bahawa yang dimaksudkan anak di dalam ayat ini ialah Nabi Ismail. Namun, bila diteliti pandangan yang dilontarkan oleh Al Imam Al-Tobari, beliau menukilkan bahawa yang dimaksudkan dengan anak itu ialah Nabi Ishak a.s. Saya meninggalkan percanggahan ini serta menyerahkannya kepada Allah SWT yang Maha Mengetahui bagi mengajak para pembaca meneliti cerita seterusnya. Maka, Nabi Ibrahim a.s. pun diarahkan untuk menyempurnakan perintah untuk menyembelih anaknya sendiri yang ketika itu sudah meningkat umurnya.

Menurut Al Imam Jalaluddin As Sayuti dan Iman Jalaluddin Al Mahalli di dalam tafsir karangan mereka Tafsir Quran Al Az'im Lil Imamaini Al Jalilaini, umur anaknya ketika itu 7 tahun sementara sebahagian ulama' menyatakan 13 tahun. Maka, ketika itulah Nabi Ibrahim a.s. bermimpi menyembelih anaknya, dan sebahagian ulama' menyebut bahawa Malaikat Jibril datang mengingatkan perintah tersebut.

Kedua-dua mereka sama ada Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya saling melafazkan taat setia untuk melaksanakan perintah Allah SWT itu. Malah, si anak yang masih muda remaja dengan penuh keyakinan seperti yang telah dirakamkan dalam surah al-Saffat ayat 102 yang bermaksud …Wahai ayah, jalankanlah (lakukanlah) apa Yang diperintahkan kepadamu; insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar. Pada ayat selanjutnya Allah S.W.T. menerangkan yang bermaksud Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - Dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah kami).

Al Imam Al-Tabari telah memperihalkan bagaimana detik-detik peristiwa itu berlaku, maka berkata anaknya: "Wahai bapaku kemaskan ikatan pada diriku, hingga aku tidak mampu bergerak". Maka, ketika Nabi Ibrahim a.s. meletakkan pisau di leher anaknya, maka menitiklah air matanya tanda kesedihan. Sifat kebapaan yang kasih kepada anaknya menyebabkan baginda gugup melakukannya. Ketika si anak melihat ayahandanya kelihatan gugup untuk meneruskan sembelihan tersebut, maka berkata si anak: "Pantaskan sembelihan ini, biar ia tepat dihalqumku, agar mudah maut untuk aku hadapi".

Maka, ketika itu Nabi Ibrahim a.s. mendapat kekuatan baru lalu dengan penuh tekad keyakinan dalam menjalankan suruhan Allah SWT itu, nabi Ibrahim menyembelih anaknya. Namun ketika itulah Allah SWT menukarkan anaknya itu dengan seekor kibas. Nyata anaknya masih hidup. Lalu Allah berfirman dalam ayat 104 dan 105 yang bermaksud serta Kami menyerunya wahai Ibrahim!. "Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi Yang Engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang Yang berusaha mengerjakan kebaikan.

Pengorbanan yang tiada taranya ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim a.s. seringkali kedengaran oleh kita semua melalui pelbagai sumber. Persoalannya, berapa ramai di antara kita mampu berbicara tentang pengorbanan, namun pengamalannya masih ditahap yang tidak membanggakan. Saya dihubungi oleh salah seorang Pegawai Agama dari sebuah negeri bertanyakan adakah boleh untuk ia membenarkan keputusan mesyuarat ahli Jawatankuasa Masjid yang memutuskan untuk mengambil duit masjid bagi melaksanakan peribadatan korban dan dagingnya disedekahkan kepada fakir miskin di kariah tersebut?

Saya terfikir, apakah tiada di kalangan mereka manusia yang berkemampuan melaksanakannya sehingga terpaksa mengambil wang kutipan dari institusi masjid. Seperti mana yang kita fahami peribadatan korban yang dimaklumi sebagai sunat muakkad tertanggung atas mereka yang hidup dan berkemampuan di kalangan mereka sahaja. Apakah sudah terdesak sehingga memerlukan tabungan wang dari masjid yang niat penyumbangnya adalah untuk masjid dan bukannya aktiviti korban.

Gelagat

Dewasa ini saya sering memerhati gelagat masyarakat yang mengambil berat dengan gesaan agama agar melakukan ibadat korban. Ini merupakan suatu titik tolak bahawa sifat penyanyang dan prihatin terhadap orang Islam yang lain masih wujud dalam hati sanubari masyarakat kita. Cuma, yang perlu diperingatkan ialah keperluan memperbetulkan niat dalam melaksanakannya agar tidak dicemari dengan kesombongan, bermegah-megah dengan kemampuan dan perkara mazmumah yang lain.

Suatu sikap yang perlu dikikis oleh sebahagian besar masyarakat kita ialah berlumba-lumba meramaikan majlis sembelihan korban dengan harapan membawa pulang bungkusan daging bukannya membawa pulang semangat dan ruh persaudaraan sesama Islam.

Pengorbanan akan membawa kesatuan. Bila yang kaya membantu yang miskin, yang kuat membantu yang lemah, yang mulia membantu yang hina, inilah pengorbanan yang kita perlukan dalam masyarakat hari ini. Pengorbanan yang menuntut kita membuang sikap individualistik terhadap diri sendiri bagi mengutamakan kepentingan orang lain. Jika ummah Melayu hari ini dapat melihat intipati pengorbanan dari sudut yang saya sebutkan ini, saya yakin kesatuan ummah yang kita impikan akan menjadi kenyataan.

Saya tertarik dengan laporan akhbar berkaitan kesediaan Menteri Besar Perak menghulurkan bantuan berupa air bersih kepada mangsa banjir di Kedah selepas perbincangan bersama Menteri Besar Kedah.

Motif utama kedua-dua pihak adalah membantu mangsa-mangsa banjir yang amat mengharapkan keprihatinan pemimpin atas musibah yang dihadapi. Sesuatu yang amat menarik bila mana kedua-dua pemimpin utama negeri sanggup mengenepikan kepentingan politik kepartian masing-masing demi meneruskan keselesaan ummah.

Maka hari ini, kita umat Islam perlulah meneruskan talian kisah sejarah penuh bermakna pengorbanan Nabi Ibrahim yang digelar Khalilullah bersama anaknya. Inilah manifestasi kehambaan kelas pertama yang membuktikan keimanan dan ketaqwaan mereka demi meletakkan Islam ke puncak mercu.

Semoga ibadah korban hari ini dapat memberikan erti yang mendalam pada diri kita semua…Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha..

20 fakta menarik mengenai Islam

1. Nama “Muhammad” adalah nama yang paling banyak digunakan di seluruh dunia, juga tempat   pertama di Britain menewaskan nama Jack dan Harry.
2. Albania merupakan negara satu-satunya Islam di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam
3. Kata-kata berikut ini diambil dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl.
4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita ( secara perkiraan matematik ). Kata “lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24
5. Tidak ada apa-apa di dalam Kaabah.
6. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber. Pemeluk Islam bertambah 2.9% setahun. Pertumbuhan ini lebih cepat berbanding pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2.3% setahun.
7. Umat Hindu percaya bahawa di dalam Kaabah ada salah satu dari Tuhan mereka yang bernama “Shiva Lingam”
8. Jikalau sekarang Al-Quran dihancurkan kesemuanya, maka versi arab dari Al-Quran akan segera di-recover oleh jutaan muslim, yang disebut Hafiz yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Quran dari mulai awal sampai dengan akhir ayat. Al Quran adalah satu-satunya kitab suci yang dihafal jutaan manusia sehingga keaslian/kesuciannya sentiasa terjaga.
9. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dari 1.4 juta askar Amerika, lebih kurang 3,700 daripadanya yang beragama Islam.
10. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20,000 orang AS masuk Islam setiap tahun selepas peristiwa 9/11.
11. Jasad Nabi Muhammad pernah dicuba dicuri 2 kali, namun kedua-duanya gagal.
12. Jasad Firaun (Ramses II) yang tenggelam di laut merah, baru ditemui oleh arkeologi Giovanni Battista Belzoni tahun 1817. Setelah 3000 tahun berada di bawah tanah dan pasir.
13. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah SAW menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat,sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama enam belas bulan.
14. Nabi Muhammad SAW tidak pandai membaca dan menulis, namun ingatannya sangat kuat dan sangat bijak.
15. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad SAW sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii … ummatii” yang menunjukkan betapa besar cintanya kepada umatnya.
16. Rasulullah SAW telah mengetuai 23 kali perang, hanya sekali sahaja kalah iaitu Perang Uhud.
17. Musa A.S adalah nama yang paling banyak disebut dalam Al-Quran, manakala Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam Al-Quran.
18. Semua anak lelaki Nabi Muhammad, iaitu Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Ramai ulama mengatakan Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.
19. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.
20. Makam Ibrahim bukanlah kubur Nabi Ibrahim A.S sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang. Makam Ibrahim adalah batu bekas tapak kaki baginda semasa Nabi Ibrahim membangun Kaabah.

http://melayukuhebat.blogspot.com/2010/11/20-fakta-menarik-mengenai-islam.html

05 November 2010

Dosa Yang Lebih Besar Dari Berzina

Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yang mencekam.

Tudung kepalanya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.

Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus menunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." "Apakah dosamu wahai wanita ayu?" Tanya Nabi Musa a.s. terkejut. "Saya takut mengatakannya." Jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" Desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun secara ketakutan bercerita, "Saya... telah berzina". Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun...lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. Mata Nabi Musa pun berapi-api. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan celaka, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia menangis terangguk-angguk dan keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus ke mana lagi hendak mengadu. Bahkan dia tak tahu ke manakah kakinya untuk melangkah. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.

Sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang hina itu?" "Ada!" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Musa yang kian keliru. "Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina".

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan keampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibandingkan dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Kaabah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.

Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita penzina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pengajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah (berterusan).

1-bilangan perkataan solat dlm quran....byk skali perkataan solat dlm quran ..ni brmakna ia adalah perkara penting..

2- islam terbina ats 5 dsr..semua tahu kan...

3-allah bg sdiri kewajipan solat pd nabi...tidak melalui jibril....semua amala...n lain dwahyukan melalui jibril..namun knp tdk solat?,..

4-tujuan utama israk mikraj nabi adalah untuk terima watikah kefardhuan solat..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...