HENSEM DAN CANTIK BELAKA

ATTENTION

Assalamualaikum..
Disini diingatkan bahawa perkara-perkara yang berkaitan dengan agama, diminta dibuat rujukan terlebih dahulu dengan orang yang lebih arif dalam bidang ini..sebelum mengambilnya sebagai rujukan..
Sekian..

!!!!!!!!!!!!!!!! MY BLOG LIST !!!!!!!!!!!!!!!!

25 February 2011

15 Tanda Orang Itu Malas



asalamualaikum..
disini dikongsikan 15 tanda orang yang malas

1. Mereka yang tahu melakukan tetapi tidak mahu melakukannya.

2. Mereka yang boleh melakukan tetapi enggan untuk melakukannya.

3. Mereka yang berupaya melakukan tetapi tidak bersedia melakukannya.

4. Mereka yang sanggup melakukan tetapi ingkar untuk melakukannya.

5. Mereka yang ditugaskan melakukan tetapi menolak untuk melakukannya.

6. Mereka yang berpeluang melakukan tetapi mencari alasan untuk tidak melakukannya.

7. Mereka yang diberi mudah untuk melakukan tetapi mereka payah untuk melakukannya.

8. Mereka yang sedikit melakukan tetapi mendakwa banyak telah melakukannya.

9. Mereka yang biasa melakukan tetapi mengelak untuk melakukannya.

10. Mereka yang sering melakukan tetapi mendakwa tidak pernah melakukannya.

11. Mereka yang mahir melakukan tetapi mendakwa tidak pernah melakukannya.

12. Mereka yang ada asas tetapi tidak mahu mencuba untuk melakukannya.

13.Mereka yang sepatutnya melakukan tetapi mengelak untuk melakukannya.

14. Mereka yang berkelapangan tetapi mendakwa suntuk untuk melakukannya.

15. Mereka yang berdaya tetapi berpura pura tidak boleh melakukannya.


sekian
sebagai renungan..

18 February 2011

Kuruskan Badan Tanpa Ubat


 asalamualaikum..
1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini
menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi
2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
 
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS

Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM 

Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. SIMPAN SATU DIARI

Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

10. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS

Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih
makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

sekian..
sebagai renungan..

09 February 2011

Petua Mencerah Dan Melincinkan Kulit

asalamualaikum..
hari ini saya ingin berkongsi sedikit dengan smua pembaca SR tntang petua untuk mencerah dan melincinkan kulit sama ada pada girl mahupun boy..

  1. satu biji buah tomato masak dicampur 1 sudu teh susu tepung. letakan dan perlahan-lahan gosakkan pada muka dan leher. 
  2. 1/2 genggam kacang hijau dicampur 1/2 genggam kacang dhal, rendamkan semalaman. keesokan harinya dikisar bersama yogurt. ratakan pada muka dan leher, tunggu sehingga kering dan bilasnya. lakukan dengan seberapa kerap yang boleh.
  3. 1 biji sengkuang dan 1 biji carrot dikupas. rendam segenggan beras untuk 3 malam. kesemua bahan ini hendaklah dikisar sehingga halus. sapukan pada muka setiap hari untuk 20-30 minit dan bilas nya dengan air.
  4. 1 biji kentang, dibuang kulitnya dan dicampur dengan 1 biji kuning telur. lumurkan pada muka dan bila kering terus dibilas dengan air suam sehingga bersih.
  5. 1 biji timun dibuang kulitnya dikisar dan ditapis. ambil airnya disapukan pada kulit dan dibiarkan 20 minit. kemudian dibilaskan dengan air bersih.
semoga dapat membantu anda untuk inginkan mencerah dan melincinkan kuliut..

sekian..
sebagai renungan..

04 February 2011

Soya Baik Atau Memudaratkan??



asalamualaikum...
Salah satu makanan yang digembar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan mengandungi nutrien penting dan protein adalah soya. Banyak pendedahan oleh orang Amerika sendiri tentang betapa soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.

Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).

KES : 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).

(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)

(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)

Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama ‘phytic acid (3)’ yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)

Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe.

(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)

Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupUn sedikit.

Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.

Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.

Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.

Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

KES: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari!

KES: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

sekian..
sebagai renungan..

Khasiat & Kelebihan Habbatus Sauda


asalamualaikum

Disini diceritakan khasiat, kebaikan dan kelebihan habbatus sauda atau jintan hitam..
Nabi Muhammad pernah bersabda "Tetaplah kamu dengan Habbatus sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali mati"

Habbatus sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.

Habbatus sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.

Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus sauda merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.

Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).

Habbatus Sauda merupakan tumbuhan yang paling banyak unsur senyawa.

sekian..
sebagai renungan

03 February 2011

Petua Tangani Stress Apabila Marah


asalamualaikum
harini saya hendak berkongsi dengan pembaca petua untuk kita menangi stress apabila marah.

KEMARAHAN adalah satu masalah utama emosi akibat tertekan. Ia dialami semua orang sama ada di rumah, sekolah atau tempat kerja. Apabila keterlaluan, berpanjangan dan tidak mampu mengawalnya akan membawa kepada kemarahan.

Perkara harus dilakukan apabila marah:

  1. Menyedari yang anda sedang marah dan katakan ‘Saya sedang marah..’
  2. Bertenang..kira hingga 10, tarik nafas panjang dan mengucap.
  3. Kenal pasti kenapa anda marah.
  4. Cuba dengan penjelasan orang lain.
  5. Jangan berkata sesuatu untuk menyakitkan hari atau menghukum orang lain.
  6. Beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan.
  7. Membiasakan diri memaafkan dengan menerima bahawa manusia juga melakukan kesalahan
  8. Cara mengurangkan kemungkinan untuk marah:
  9. Fikir secara positif.
  10. Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan.
  11. Belajar menyukai diri sendiri.
  12. Belajar bertenang.
  13. Adakan hobi.
  14. Luangkan masa untuk beriadah.
  15. Dapatkan tidur yang cukup.
  16. Dapatkan teman untuk meluahkan masalah
sekian
sebagai renungan..

01 February 2011

Tips berjaya di dalam perniagaan.



asalamualaikum..
hari ini saya ingin berkongsikan tips-tips untuk berjaya di dalam perniagaan..

Kongsi sedikit tentang 5 Langkah untuk berjaya dalam perniagaan.

1. Berani memulakan langkah.
Ya. memang betul. kebanyakan insan yang bernyawa yang kita jumpa, selalu berkata, "Aku ingin berjaya. Aku ingin memandu pulang Ferrari F1, membawa ibuku ke pasar" dan sebagainya.. tapi. dimakah silapnya? hingga insan tersebut masih belum tercapai cita-citanya.

2. Berani keluarkan modal.
Semua tahu. perniagaan adalah satu kerjaya yang mampu memberikan kemewahan, kekayaan harta yang berganda. tapi. ramai manakah yang berjaya dalam bidang perniagaan?sejauh manakah perniagaan mampu membawa anda? percayalah. ianya mampu membawa anda terbang ke langit! kerana apa mereka tidak berjaya? mungkin kerana takut untuk mengeluarkan modal. "abang, nak tikam nombor pun kena keluar duit. mana ada bisnes free"

3.Berani rugi.
Sesetengah golongan, mereka sangat takut akan kerugian. mereka fikir, ini adalah cilaka untuk diri mereka. Tidak! bagi aku. kerugian ini adalah bagus di awal permulaan. kerana, dari kerugian, kita boleh berfikir secara labih matang, dan lebih berhati-hati terhadap apa yang dilakukan. Belajar dari kesilapan jauh lebih baik dari mengulangi kesilapan yang sama berulang kali. ini beerti, kerugian tersebut mampu mengajar kita untuk berfikir lebih positif dan berjaya.

4. Berani rajin.
Ya. tak ada orang yang malas akan mendapat hasil. Pernah menjadi isu, "ada orang kata. Perniagaan MLM (Multilevel marketing) tu goyang kaki je pun boleh duit. tak perlu guna tenaga pun macam petani yang membanting sawah, kerani kerajaan yang bekerja 10jam sehari dll tanpa menggunakan tenaga, panca indera, tangan kaki yang dikurniakan Tuhan." beb. sapa kata mereka goyang kaki boleh duit?

    "dalam menggunakan perkhidmatan internet juga sebenarnya kita menggunakan segala anugerah yang Allah berikan. dari pancaindera mata, sehinggalah ke akal fikiran digunakan untuk melaris dan mempromosikan apa yang diniagakan. salahkah kita jika menggunakan kemudahan dan teknologi yang ada untuk melakukan kerja. memang beban dan zahirnya tak nampak dimata seperti pekerja kontraktor dan petani yang membanting tulang 4 kerat di bendang. tapi usaha dan pancaindera tetap digunakan. jangan sempitkan kefahaman tentang islam dan akihrnya umat kita ketinggalan. terima kasih."

5. Berani mengikut langkah orang yang berjaya.
Ya. Pernah dengar ayat ni, "dont be your self. copycat orang yang berjaya, dan lakukan lebih baik dari beliau". Hidup ini, sedar tak sedar selalunya terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Jika anda berada di dalam 5 orang berkumpulan. Jika 4 orang itu adalah penagih dadah, 99.9% anda juga mungkin terjebak dengan mereka. Tetapi, Jika 4 orang tersebut adalah orang yang berjaya, 99.9% juga anda mungkin

sekian..
sebagai renungan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...