HENSEM DAN CANTIK BELAKA

ATTENTION

Assalamualaikum..
Disini diingatkan bahawa perkara-perkara yang berkaitan dengan agama, diminta dibuat rujukan terlebih dahulu dengan orang yang lebih arif dalam bidang ini..sebelum mengambilnya sebagai rujukan..
Sekian..

!!!!!!!!!!!!!!!! MY BLOG LIST !!!!!!!!!!!!!!!!

30 April 2011

Jauhi dari Gay.



asalamualaikum..

Hari ini saya nak berkongsi cerita saya mengenai Gay. Anda semua mesti sudah tahu kan. Apa yang dimaksudkan dengan Gay ini??.  Jika tidak tahu ia adalah hubungan lelaki sesama lelaki. Memang Nabi tidak mengaku umat. Berdosa besar pulak tu..

Berbalik dengan cerita saya. Saya mempunyai seorang kawan yang Gay. Mula-mula saya tidak tahu tentang perkara ini. Setelah diberitahu oleh seorang kawan lain baru la dapat tahu.

Cerita nya bermula.Mula-mula dia terlibat dalam Gay ini hanya untuk dapatkan duit. Kalau difikirkan macam tidak logik pun ada. Tetapi melalui pemerhatian saya, dia memang kaya sikit  berbanding dulu2. Kira pakai baju, seluar ngan kasut brand2 jgak la. mmm dari mana datang duit ni?? entah la. Tapi melalui perbualan dia ngan Gay dia. Barulah saya tahu.  Dia dapat duit dengan mintak kepada pasangan dia. Tapi boleh pulak kan orang tu bagi duit kat dia tu. Sebab apa?? Mengapa??.. Itu saya tidak tahu..

Minat dia terhadap Gay semakin hari semakin menjadi-jadi. Dulu ada girlfriend, sekarang entah ke mana. Tiap-tiap malam sembang dengan pasangan Gay dia. Sembang tu faham-faham je la. Kadang-kadang dengar, rasa macam nak muntah pun ada. Geli rasa nya. Pasangan dia plak bukan seorang, ramai plak tu. Agak tension dengan kelakuan dia ni. Pastu bukan itu saja, kawan saya pernah dicium oleh nya. Mula-mula main2, sekarang macam semakin serius..

tamat cerita mengenai kawan saya itu..

Cerita saya ini bukan apa. Nak berkongsi gambaran tentang Gay ini. Diharap kawan saya ini akan kembali ke jalan yang betul. Walaupun ia mendatang duit, ia adalah dari sumber yang haram. dan Nabi pun tidak mengaku umat. Semoga ada titik keinsafan di dalam diri dia. Jangan la kita dekati golongan Gay ini kerana banyak mendatangkan masalah kepada kita.

Pengaruh Gay..

Melalui media banyak sudah kita terdengar mengenai Gay ini. Semakin berleluasa golongan Gay ini. Tapi macam tidak ada jalan penyelesaian. Dimana-mana saja mesti ada golongan Gay ini. Tidak percaya, cuba ada baca media-media sekarang. Mesti ada cerita Gay. Fenomena ini sudah jadi macam biasa.

Golongan Gay ini pun ada grade-grade jugak. Dah macam baju ada plak grade-grade dia. mmm singkatan bahasa tu jgn kata la..Bermacam-macam. Semua ini saya ketahui melalui cerita diatas..

fikir-fikirlah..

Kenapa lah ada Gay ini??. Sedangkan ramai wanita di luar sana. Lelaki juga dicari.

semoga melalui cerita ini, diharap semua dapat menjauhi dan menentang golongan Gay ini. Diharap juga mereka mendapat keinsafan.

sekian...
sebagai renungan..

29 April 2011

Kotak Kasih Untuk Ayah


asalamualaikum..

Satu hari ketika seorang ayah membeli beberapa gulung kertas bungkusan hadiah, anak perempuannya yang masih kecil dan manja sekali, meminta satu gulung daripada beliau.

"Untuk apa?", tanya si ayah. "Nak bungkus hadiah", jawab si kecil.

"Jangan dibuang-buang ya", pesan si ayah, sambil memberikan satu gulungan kecil.

Keesokan harinya, pagi-pagi lagi si kecil sudah bangun dan membangunkan ayahnya, "Yah, Ayah... ada hadiah untuk Ayah."

Si ayah yang masih menggeliat, matanya pun belum lagi terbuka sepenuhnya menjawab, "Sudahlah.... nanti nanti saja."

Tetapi si kecil pantang menyerah, "Ayah, Ayah, bangun Ayah, dah pagi."

"Eh... kenapa ganggu ayah... masih terlalu awal lagi untuk ayah bangun."

Ayah terpandang sebuah bungkusan yang telah dibalut dengan kertas pembungkus yang diberikan semalam.

"Hadiah apa ni?"

"Hadiah hari jadi untuk Ayah. Bukalah Yah, buka sekarang."

Dan si ayah pun membuka bungkusan itu.

Ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong. Tidak berisi apa pun juga.

"Eh.. kenapa kosong?? Tak ada isi di dalamnya. Kan Ayah dah kata jangan buang-buang kertas bungkusan Ayah. Membazir tu"

Si kecil menjawab, "Tak Ayah, ada isi tu... tadi kan, Puteri masukkan banyak sekali ciuman untuk Ayah."

Si ayah merasa terharu, dia mengangkat anaknya lalu dipeluk dan diciumnya.

"Puteri, Ayah belum pernah menerima hadiah seindah ini. Ayah akan selalu menyimpan hadiah ini.

Ayah akan bawa ke pejabat dan sekali-sekala kalau perlu ciuman Puteri, Ayah akan mengambil satu. Nanti kalau kosong diisi lagi ya!"

Kotak kosong yang sesaat sebelumnya dianggap tidak berisi, tidak memiliki nilai apa-apa pun, tiba-tiba terisi, tiba-tiba memiliki nilai yang begitu tinggi. Apa yang terjadi?

Lalu, walaupun kotak itu memiliki nilai yang sangat tinggi di mata si ayah, namun di mata orang lain tetap juga tidak memiliki nilai apa pun dan menganggapnya sebuah kotak kosong.

Sahabat-sahabat, sebagaimana anda memandangi hidup demikianlah kehidupan anda. Hidup menjadi bererti, bermakna, kerana anda memberikan erti kepadanya, memberikan makna kepadanya. Bagi mereka yang tidak memberikan makna, tidak memberikan erti, hidup ini ibarat lembaran kertas yang kosong.

Hadiah yang mahal tiada nilainya kalau diberi tanpa rasa kasih, tapi hadiah yang biasa-biasa mampu mengikat hati seseorang andai diberi dengan rasa sayang.. tak perlu yang mahal cukup dengan sepotong doa tulus di hati kita mampu mengikat hati orang yang kita sayang hingga ke syurga!

sekian..
sebagai renungan..

25 April 2011

Blog Pilihan 1

assalamualaikum..

Hari ini best je hujan kat rumah.setelah berhari-hari panas.hehehe.mmm tapi bukan ini yang hendak diceritakan. :)

Saya hendak berkongsi satu blog kepada anda semua. Rasanya dalam tahun ini jugak tuan empunya ini membuat blog. Nama blog nya adalah mata hati.. Tidak tahu kenapa begitu tertarik. Mungkin disebabkan info dan maklumat yang dikongsikan adalah menarik. Tapi memang pun, banyak info yang menarik antara nya Lima Kunci perkara ghaib. Disini diceritakan hanya Allah sahaja yang mengetahui lima perkara ghaib itu. Hendak tahu jum terjah Lima Kunci.

Disamping itu juga dalam blog ini ada satu cerita, ceritanya adalah mengenai keldai dan lembu. Bahasa yang digunakan mudah difahami dan ada output yang hendak disampaikan. Jum kita baca dan ambil iktibar dari cerita itu Cerita Keldai dan Lembu.

Walaupun blog baru dibuat,"baru pun dalam 5 bulan jgak la"..hehe banyak lagi info dalam ini. Tidak larat hendak cerita. ;) Lagipun apa kata kita sendiri yang pergi melihat nya sendiri kat blog itu.. http://matahati-mama.blogspot.com/

Akhir kata, saya ucapkan Tq kepada pemilik blog ini kerana menjadi follower blog saya..

sekian..
sebagai renungan

*Jangan lupa pergi tengok..hehehehe

23 April 2011

Layahkah Kita Bergelar Saudara??


asalamualaikum..
disini dikongsikan satu cerita yang saya perolehi dari satu forum..marilah kita baca dan hayati cerita ini..semoga memberi kita pengetahuan tentang saudara-saudara kita..


"Umi!!!!" Khalid menjerit nyaring.

Sebaris rumah baru sahaja dihancurkan oleh jentolak di hadapan matanya. Khalid yang bersembunyi di sebalik batu-batu yang ada hampir sahaja menjerit ketakutan, mujur suaranya itu tersekat di kerongkong sehinggalah tentera-tentera kejam itu berlalu pergi... Jika tidak, entahkan hidup entahkan tidak lagi dirinya di muka bumi ini.

"Umi!!!" Khalid menjerit lagi.

Kanak-kanak berusia 6 tahun itu berlari-lari di atas serpihan batu-bata,terpaksa memungkinkan bahawa ibunya ada di situ... Cuaca yang panas terik tidak memberhentikan kakinya daripada terus melangkah, berlari ke segenap penjuru mencari insan yang paling dikasihinya.

"Khalid.. Khalid anak umi..."

Suara lembut itu membuatkan kepala Khalid menoleh ke arah sisinya. Wajahnya yang dibasahi peluh tersenyum senang melihat kehadiran Nur Laili, satu-satunya ahli keluarganya yang masih hidup pada saat itu. Khalid berlari ke arah Nur Laili, Nur Laili mendakapnya senang...

"Umi, Khalid ingat umi dah tinggalkan Khalid macam abi..."

* * *

"Khalid... Mari cepat pergi ke masjid, sekejap lagi azan ni!"

Kedengaran suara Salman Al-Farisi memanggil dari luar rumah. Khalid yang baru sahaja keluar dari bilik air terkedek-kedek lari mendapatkan bapanya.

"Umi, Khalid pergi dulu..." ucapnya seraya melangkah pergi...

"Abi, kenapa kita kena solat di masjid?. Umi tak pergi masjid pun abi..." Khalid bertanya. Matanya yang bening memandang tepat ke dalam anak mata Salman Al-Farisi.

Salman Al-Farisi menarik nafas panjang.

"Kita kan orang Islam sayang, kita lelaki, lelaki kuat, jadi kena solat di masjid. Umi tak apa solat di rumah. Lagipun, bila ramai-ramai orang Islam berkumpul di masjid, orang kafir pun akan gerun, nampaklah orang Islam ni bersatu, bila bersatu, kita akan kuat kan sayang?" Salman Al-Farisi cuba menerangkan seringkas mungkin buat kanak-kanak berusia 6 tahun itu.

"Tapi abi...."

"Kenapa Khalid?"

"Kenapa dulu masjid kosong saja, sekarang ni baru nampak penuh... Bukankah sekarang ni banyak tentera, kat setiap penjuru ada tentera, dulu tak ada tentera kenapa orang tak sibuk ke masjid?" Penuh ketulusan suara itu bertanya.

Salman Al-Farisi termenung jauh. Tangannya yang memimpin tangan Khalid digenggam seerat mungkin. Bagaimanakah cara terbaik untuknya menerangkan keadaan ummah pada masa kini kepada kanak-kanak sekecil Khalid.

"Khalid... Kalau Khalid dapat apa yang Khalid nak, tapi Khalid degil, tak mahu dengar cakap abi.. Tiba-tiba satu hari semua tu abi ambil balik , Khalid hidup susah, baru Khalid rasa betapa bermaknanya kesenangan yang lalu kan?"

Angguk.

"Macam tu jugalah keadaan sekarang ni. Dulu, Allah bagi nikmat banyak sangat... Tapi manusia tak mahu bersyukur malah manusia tak nak dengar cakap Allah. Sekarang ni, bila dah susah baru semua tahu betapa pentingnya sesuatu arahan Allah. Mustahil arahan daripadaNya itu sia-sia."

"Abi, Khalid tak mahu lawan cakap Allah!" Khalid bersemangat.

"Ya sayang, Khalid kena jadi macam Khalid Al-Walid. Dia seorang panglima perang yang hebat, dia tak pernah gentar dalam mempertahankan agama Islam bahkan dia rela mati di jalan Allah". Bersemangat Salman Al-Farisi memberi kekuatan buat si anak kecil itu. Satu-satunya anak yang masih tinggal untuk bersama-samanya berjuang di jalan Allah.

"Macam abang-abang?" Khalid bertanya lagi.

Terlalu perit kenangan yang lalu itu untuk dikenang. Anak-anaknya semua berjumlah 5 orang. Kelima-limanya adalah lelaki dan 4 orang daripadanya telah pun syahid di jalan Allah. Biarpun perit, namun Salman Al-Farisi tetap bersyukur kerana mempunyai anak-anak yang bergelar mujahid fi sabilillah!

"Abi....."

Khalid mula menyorok di belakang Salman Al-Farisi.

Lamunan Salman Al-Farisi terhenti. Matanya tertancap, melihat objek-objek yang bergerak di hadapannya. Kelihatan beberapa orang tentera berlegar-legar dengan senapang di sisi. Salman Al-Farisi memandang Khalid di sisi yang ketakutan.

Allah... lindungilah anak yang tidak berdosa ini...

Salman Al-Farisi mendukung tubuh kecil Khalid dan melangkah gagah menuju ke masjid yang berada beberapa langkah lagi di hadapannya. Khalid menangis semahunya di bahu abi tercinta...

* * *

Pom! Pom!

Bunyi ledakan peluru membantutkan konsentrasi seluruh jemaah yang sedang bersolat. Khalid terpaku melihat beberapa baris jemaah yang telah pun rebah ke bumi akibat ditembak ketika sedang bersolat. Sebentar sahaja, dan tentera-tentera kejam itu pun pergi meninggalkan mayat-mayat bergelimpangan di dalam masjid.

Khalid mula tidak keruan. Di mindanya tergambar wajah abi tercinta... Khalid mundar-mandir. Satu persatu wajah para syuhada' yang berada di lantai masjid di tatapnya. Dan...

"Abi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Khalid meraung. Wajah insan yang amat disayanginya berada di situ. Kepala Salman Al-Farisi berlubang ditembusi peluru. Darah yang berwarna merah pekat mengalir membasahi separuh mukanya.Mengerikan.

"Abi... Kenapa tinggalkan Khalid..."

Pandangan Khalid mulai kelam dan Khalid rebah di situ...

* * *

"Umi..." Khalid bersuara dalam sendunya yang masih berbaki.

Nur Laili yang asyik mengelamun tersentak.

"Ya sayang.." Tangan yang mampu menggoncang dunia itu mengusap lembut kepala Khalid. Penuh kasih.

"Kenapa negara Islam yang lain tak bantu kita?"

Nur Laili terdiam, terpegun dengan pertanyaan si anak kecil yang dimatangkan dengan kesusahan hidup, kengerian peperangan, melarat tanpa insan bergelar ayah di sisi.

"Mereka bantu sayang, mereka beri duit, makanan.."

"Tapi umi, Khalid nak senjata! Khalid nak lawan tentera-tentera yang zalim tu!"

Nur Laili tersentak sekali lagi.

"Umi..." Perlahan, Khalid memanggil.

"Ya sayang..."

"Adakah mereka mendoakan kita?".

"Siapa?"

"Semua orang Islam. Orang Islam semua bersaudara, kan umi?"

Nur Laili terdiam. Kepetahan Khalid membuatkan jiwanya bergelora.

Ya Allah, adakah kami berada dalam ingatan saudara-saudara kami yang sedang hidup dalam kesenangan sekarang???.

"Umi..."

Khalid memanggil lagi.

"Ya..."

"Tidak malukah mereka apabila ditanya di Padang Mahsyar nanti apa yang mereka telah lakukan untuk saudara mereka yang berada dalam kesusahan seperti kita?".

"Siapa?"

"Semua orang Islam. Orang Islam semua bersaudara, kan umi?"

Diam.

"Umi.."

"Ya nak.."

"Apa yang telah mereka lakukan untuk kita?". Khalid yang selesa berada dalam pelukan seorang wanita bergelar umi menggenggam erat tangan wanita solehah itu.

"Siapa?"

"Semua orang Islam. Orang Islam semua bersaudara, kan umi?"

Ayat yang sama diulang-ulang oleh anak kecil itu. Mata Nur Laili mula digenangi air...

"Umi tidak tahu sayang..."

''Oh Allah... Masihkah kami layak bergelar saudara???''.

"Umi..."

"Ya sayang..."

Nur Laili mengucup penuh kasih dahi anak kecil itu. Khalid tidak seharusnya merasai suasana seperti ini, terlalu kejam buat dirinya...

"Umi... Abi pernah kata kalau perang, seharusnya mereka berperang dengan tentera sahaja, bukan orang awam macam kita. Betulkah umi?"

"Ya sayang.."

"Jadi mengapa kita digelar pengganas umi?"

Nur Laili tidak mampu lagi menahan air matanya daripada tumpah. Setitik demi setitik, dia tidak tahu mengapa mereka digelar pengganas. Mungkinkah faktor media massa atau apa?. Itu semua dia tidak kisah tapi mengapa ada juga segelintir umat Islam yang mengatakan mereka pengganas?. Tidakkah mereka tahu keadaan saudara mereka ketika ini...

"Kenapa umi menangis?"

Khalid yang merasa titisan air mata jatuh ke atas kepalanya lantas bangun dan mengelap air mata itu..

"Umi, di padang Mahsyar nanti, air mata ini bakal menjadi saksi buat saudara-saudara kita yang diam, membisu tanpa memberi bantuan, kan umi?".

Angguk.

Pom!!!.

Ledakan peluru itu tepat mengenai dada Nur Laili... Khalid terperanjat. Ini merupakan kali kedua insan kesayangannya rebah di hadapan matanya. Khalid menangis.. Tangannya yang kecil menggoncang-goncang tubuh Nur Laili yang kaku. Sekejap sahaja, tangannya merah dibasahi darah umi tercinta.

"Umi, siapa lagi yang akan menerangi malam Khalid..."

Tentera-tentera kejam itu mara menghampiri Khalid. Senapang diacukan ke kepala kanak-kanak kecil itu. Khalid memandang dengan perasaan amarah kerana maruah dia dan keluarganya telah dirobek-robek. Dia tidak lagi gentar. Batu di sebelahnya di genggam kemas, dan..

Layakkah Kita Bergelar Saudara?

"Aku mahu jadi seperti Khalid Al-Walid. Allahu akbar!!" Khalid bangun dan melontar batu itu ke arah tentera yang hampir dengannya. Serentak dengan itu juga bunyi ledakan peluru kedengaran lagi, tepat menembusi kepala Khali. Khalid rebah di samping uminya...

"Umi.... Kita dapat jumpa abi dan abang-abang nanti..."

Dan mata Khalid terpejam jua, untuk selamanya....

sekian..
sebagai renungan..

22 April 2011

Adab Berbicara



asalamualaikum...
disini hendak saya kongsikan beberapa adab berbicara..

1. Memilih Perkataan Yang Baik Dan Tepat.

2. Bercakaplah Dengan Tenang, Jangan Tergopoh Gapah Supaya Senang Difahami.

3. Bercakaplah dengan seseorang mengikut kadar kefahaman dan kemampuan akal fikirannya.

4. Jangan Bercakap Sesuatu Yang Tidak Pasti Kesahihannya Supaya Tidak Berlaku Bohong.

5. Kurangkanlah Bercakap Kecuali Perkara Yang Bermanfaat.

6. Jauhi daripada Bercakap Kosong Atau Maksiat.

7. Berfikir Sebelum Bercakap.

8. Berilah Penghormatan Kepada Orang Yang Lebih Mulia Untuk Bercakap Seperti Ulama, Guru, Orang Tua Dan Seumpamanya.

9. Jangan Mencelah Atau Memotong Percakapan Orang Yang Sedang Bercakap.

10. Jangan Mempermainkan Atau Memperolok-olok Percakapan Orang Lain

11. Jangan Menegur Percakapan Orang Lain dengan Tujuan Menghina Atau Mengaibkannya.

12. Rendahkan Suara Ketika Bercakap.

13. Jangan Ada Unsur-Unsur Mengumpat Atau Memfitnah Orang Lain.

14. Jangan Menggunakan Kata-Kata Keji, Maki Hamun Dalam Percakapan.

15. Bercakaplah Denga Muka Yang Manis.

16. Elakkan Bersumpah Dalam Percakapan Kecuali Perlu.

17. Meminta Maaf Ketika Tersasul Atau Tersalah Cakap.

18. Elakkan Bergurau Secara Berlebihan.

19. Jangan Memuji Secara Berlebihan.

20. Jangan Bercakap Untuk Membangga Diri.

diharab dapat kita ikuti..

sekian..
sebagai renungan

*sumber forum syok.org..

16 April 2011

Cantiknya lelaki, Gagahnya perempuan..


asalamualaikum..

Cantiknya seorang lelaki tu bukan pada rupa fizikal tapi pada murni rohaninya . Lelaki yang cantik :
  • Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan buat perempuan
  • Lelaki yang sedia menerima segala teguran
  • Lelaki yang memberi madu , setelah menerima racun
  • Lelaki yang tenang dan lapang dada
  • Lelaki yang baik sangka
  • Lelaki yang tak pernah putus asa
*p/s : Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati . Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki .

Kegagahan seorang wanita pula bukan terletak pada pejal otot badan , tapi pada kekuatan perasaannya. Perempuan yang gagah :
  • Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
  • Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
  • Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
  • Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginannya

sekian..
sebagai renungan

*Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman . Seluruh kegagahan yang ade pd Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan .

15 April 2011

Kasih dan Sayang Ibu..


seorang ibu sanggup mambawa kandungan yang sarat selama 9 bulan..begitu peritnya hari-hari yang dilaluinya selama itu..seorang ibu juga sanggup berbuat apa saja untuk menjaga anaknya didalam kandungannya..diharapkan anak yang membesar ini dapat menjadi seorang anak yang soleh dan solehah..siksanya bukan berhenti begitu sahaja..terpaksa melawan sakit dan sensara untuk melahirkannya..sanggup mengadaikan nyawa demi anaknya..sesudah dilahirkan, si ibu memberi kasih sayang yang secukupnya kepada anaknya..menjaga dengan penuh kasih sayang..sewaktu anaknya masih  kecil, mengajar anaknya untuk mengenali dunia, memberi keselesaan sepenuhnya kepada anaknya tanpa mengira dirinya supaya suatu hari nanti anaknya dapat menjadi anak yang berguna..dan sanggup berkorban apa saja..

penat lelah ini tiada siapa yang tahu, hanya diri yang menangung sahaja yang mengetahui..segala penat ini diharap dapat memberi kesejahtera kepadanya bila sudah dewasa nanti..tetapi anak yang dididik dan diasuh  bagai minyak yang penuh itu tadi tidak menjadi apa yang diinginkan oleh ibunya..selalu sahaja melawan cakap ibunya, mencaci dan menghina ibunya, sanggup melukan hati ibunya..dan mengabaikan ibunya begitu sahaja..dan sanggup dihantar ibunya ke rumah jagaan..

adakah kita mahu ini terjadi kepada kita???.....

pernahkan kita berfikir betapa peritnya seorang ibu untuk menjaga anak-anaknya..

sewaktu kecil ibu menuruti segala karenah anaknya..sesudah besar anaknya melawan cakap ibunya..

semasa kecil ibu memberi kasih sayang secukupnya..sesudah besar anaknya mencaci menghina ibunya..

didalam kandungan ibu tidak malu membawa kandungan anaknya..sesudah besar anaknya malu bersama ibunya..

semasa kecil ibu sanggup menghabiskan masanya menjaga anaknya..sesudah besar anaknya sibuk dengan urusan kerja..

beginikah kita membalas jasa ibu kita??...
  
atau........

kita tidak mengetahui pengorbanan ibu kita??..

sedarlah..seorang ibu sanggup berbuat apa saja demi anaknya...sanggupkah kita membiarkan ibu kita begitu sahaja..setelah berapa banyak pergorbanannya dibuat kepada kita..

mengapa perlu kita bersifat ego dengan ibu sendiri..mengapa biadapnya kita kepada mereka..ia tidak membawa kemana pun kita..

ingatlah walau siapa pun kita..kayakah??...berpangkatkah??..hebatkah??..orang ternamakah??syurga tetap dibawah tapak kaki ibu..dan dengan ibulah titik permulaan bagi kita..sesungguhnya kasih sayang ibu amatlah berharga..

percayalah jika kita berbuat jahat pada ibu kita, anak kita pasti akan membalas kepada kita...dan seterusnya.. 

oleh itu, marilah sama-sama kita memohon kemaafan dengan ibu kita..sesungguhnya banyak dosa yang kita telah buat padanya..dengan segaja ataupun tidak..diharap ibu kita sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera..sayangilah ibu..jagalah perasaan mereka..

saya sayang ibu saya.. :)

sekian.
sebagai renungan

13 April 2011

Jenis-jenis Puasa


Puasa Wajib
  • Puasa pada bulan Ramadhan atau qadha' kerananya.
  • Puasa Kifarah (denda) bagi orang yang berkata kepada isterinya dengan perkataan: "Belakang awak seperti belakang emak saya" dan seumpamanya.
  • Puasa Kifarah (denda) bagi orang yang membunuh orang.
  • Puasa Kifarah (denda) bagi orang yang bersetubuh pada siang hari bulan Ramadhan.
  • Puasa ganti Dam Haji Tamattu' bagi orang yang menunaikan fardhu haji.
  • Puasa ganti daripada Dam Haji sahaja.
  • Puasa sebab luput Nusuk (mengerjakan ibadah haji).
  • Puasa ganti daripada mengeluarkan fidyah
  • Puasa Kifarah kerana bersumpah
Puasa Sunat
  •  Puasa pada hari Isnin dan Khamis
  •  Puasa pada hari yang kesembilan bulan Dzulhijjah bagi orang yang tidak mengerjakan haji
  •  Puasa pada hari 'Asyura' ( hari yang kesepuluh) bulan Muharram.
  •  Puasa pada hari 'Tasu'a' (hari yang kesembilan) bulan Muharram.
  •  Puasa pada hari-hari: 13, 14 dan 15 pada tiap-tiap bulan Islam melainkan pada 13 Dzulhijjah (dihukumkan haram).
  •  Puasa pada 28,29 dan 30 haribulan tiap-tiap bulan Islam.
  •  Puasa enam hari pada bulan Syawal(lebih afdhal kiranya dikerjakan dengan berturut-turut)
  •  Puasa hari yang kelima belas pada bulan Sya'aba (Nisfu Sya'ban.
Puasa Makhruh
  •  Puasa orang yang mendapat sakit yang bersangatan.
  •  Puasa orang yang dalam perjalanan atau pelayaran.
  •  Puasa orang yang sangat tua.
  •  Puasa yang asalnya sunat dikerjakan oleh orang yang ada menanggung puasa qadha'.
  •  Puasa perempuan yang hamil.
  •  Puasa pada hari Jumaat.
  •  Puasa pada hari Sabtu yang tidak dihubungkan dengan hari yang lainnya.
  •  Puasa pada hari 'Arafah bagi orang yang mengerjakan haji.
  •  Puasa sepanjang-panjang tahun (sepanjang masa)
Puasa Haram
  •  Puasa pada Hari Raya Fitrah (Raya Puasa).
  •  Puasa pada Hari Raya Adha (Raya Haji).
  •  Puasa pada hari tasyrik (11, 12 dan 13 Dzulhijjah).
  •  Hari yang disyaki hari pertama bulan Ramadhan.
  •  Hari-hari selepas 15 haribulan Sya'ban, jika bukan puasa qadha' atau nazar atau bukan hubungan dengan puasa pada hari yang sebelumnya atau bukan hari yang ia telah biasa mengerjakan puasa.
  •  Puasa sunat bagi perempuan tanpa izin suami.
sekian..
sebagai renungan

    11 April 2011

    Kata-kata Peransang


    asalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua..
    hari ini, saya ingin berkongsi sedikit mengenai kata-kata peransang..Fahami dan hayatilah setiap kata-kata peransang ini semoga ia dapat menyemarakkan semangat anda untuk ingin terus berusaha
    dalam merealisasikan impian anda...

    "Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat"
     - Charles Cahier

    "Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka"
     - Charles Cahier

    "Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung  pemikirannya"
     - James Allen

    "Menyimpang seinci, rugi seribu batu"
     - Peribahasa Cina

    "Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat"
     - Benjamin Disraeli

    "Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain"
     - I. Salanter Lipkin

    "Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya"
     - Aristotle

    "Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya"
     - Albert Camus

    "Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya"
    - Marcus Aurelius

    "Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah"
     - Jose Joaquin Olmedo

    "Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat"
      - Joseph Conrad

    "Manusia tidak merancang untuk gagal,tetapi mereka gagal untuk merancang"
    - William J. Siegel

    "Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah"
    - Philip Massinger

    "Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah"
     - Lao Tze

    "Kegagalan adalah asas kemenangan"
     - Lao Tze

    "Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah"
    - Lao Tze

    "Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran"
     - Flower A. Newhouse

    "Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang"
     - Samuel Johnson

    "Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang"
     - Cecil B. DeMille

    "Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan"
     - Peribahasa Arab

    "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih"
     - Peribahasa Melayu

    "Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya"
     - Confucius

    "Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi"
    - Confucius

    sekian..
    sebagai renungan

    *moga jadi pedoman bersama..

    10 April 2011

    Tata Cara Dan Adab Makan Yang Dianjurkan


    asalamualaikum hari ini saya ingin berkongsi sedikit tata cara dan adab makan yang dianjurkan oleh nabi kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
    Berikut ini beberapa tata cara dan adab makan yang dianjurkan oleh Nabi kita Muhammad s.a.w.

    1- Membaca basmalah sebelum makan, dan jika lupa maka membaca:

    "Dengan menyebut nama Allah pada awal dan akhirnya"

    2- Duduk dengan baik tegap dan tidak menyandar, karena hal itu lebih baik bagi lambung sehingga makanan akan turun dengan sempurna. Dan Rasulullah s.a.w telah melarang kita untuk makan sambil bersandar.

    Beliau bersabda: "Sesungguhnya aku tidak makan dengan bersandar"

    3- Mencuci tangan sebelum makan, sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w.

    4- Menggunakan tangan kanan.

    5- Bersikap sederhana dan tidak berlebih-lebihan ketika makan.

    6- Memulai makan dari yang dekat dan tidak memenuhi mulut dengan makanan yang banyak.

    7- Tidak banyak bicara ketika sedang makan.

    8- Disunnahkan untuk makan secara berjamaah dan tidak makan secara endirian,kerana jamaah akan mempererat persaudaraan dan menyebabkan turunnya barokah pada makanan kita.

    9- Ketika makan berjamaah dalam satu tempat makan maka jangan mengembalikan apa yang tersisa ditangan ke tempat makan, akan tetapi ambilah suapan yang sedikit hingga tidak bersisa.

    10- Tidak mengeluarkan suara keras ketika mengunyah makanan, kerana hal itu mengganggu orang lain.

    11- Jangan mengawasi dan melihat-lihat orang yang sedang makan, kerana hal itu mengganggu perasaan mereka, dan mengurangi selera
    makan.

    12- Tidak menyisakan makanan dipiring, bahkan kita dianjurkan untuk membersihkan tangan dan jari-jari kita dengan mulut ketika selesai
    makan,dan jika ada makanan yang jatuh supaya dipungut dan dibersihkan kemudian dimakan.

    13- Membaca alhamdulillah dan doa setelah makan

    14- Mencuci tangan setelah makan.

    sekian
    sebagai renungan

    *Inilah beberapa tuntunan Rasulullah s.a.w. Dalam makan dan minum, semoga kita boleh mengikuti petunjuk dan meniti jejaknya.

    05 April 2011

    Faedah Membaca


    asalamualaikum dan selamat sejahtera..hari ini saya ingin berkongsi dengan pembaca blog sekadar renungan mengenai faedah membca..banyak manfaat yang boleh diperolehi dari membaca..
    Pelbagai ilmu pengetahuan dapat diperoleh dengan mengamalkan tabiat membaca antara:

    • Meningkatkan daya fikir seseorang
    • Meningkatkan kemahiran atau kepakaran dalam sesuatu bidang yang diceburi 
    • Mengisi masa lapang dengan cara yang berfaedah
    • Memperoleh kepuasan dan keseronokan
    • Menenangkan fikiran dan mengurangkan bebanan
    • Menyebarkan ilmu pengetahuan yang diperoleh kepada orang lain
    • Mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara negatif yang tidak mendatangkan manfaat kepada diri
    sekian
    sebagai renungan

    *Harta dan kekayaan boleh hilang sekelip mata, tetapi ilmu tidak akan hilang, malah jika ilmu
    berbudaya dalam diri dengan baik, bukan sahaja kekal tetapi boleh memberikan keupayaan kepada
    seseorang memulihkan diri dalam menghadapi sebarang kerumitan dan cabaran*

    02 April 2011

    Kepentingan Kitar Semula


    asalamualaikum dan selamat sejahtera.kitar semula barangan yang sudah terpakai adalah satu perbuatan yang baik.
    Terdapat beberapa kepentingan kitar semula yang boleh kita perolehi . Antaranya ialah :

    1. Mengurangkan pencemaran alam sekitar . Apabila ramai dikalangan masyarakat yang
    mengamalkan amalan kitar semula , masalah pencemaran boleh diatasi dengan lebih efektif .

    2. Memupuk sikap berjimat cermat . Sikap berjimat cermat mamberikan banyak faedah kepada pengamalnya . Kita boleh menabung atau mengurangkan penggunaan sesuatu sumber.

    3. Menceriakan persekitaran alam sekitar . Melalui kaedah guna semula , kita boleh memanfaatkannya untuk menceriakan persekitaran kita . Contohnya kita boleh menggunakan botol - botol yang terpakai untuk dijadikan pagar kawasan pokok bunga .

    4. Mengurangkan penggunaan sumber . Melalui kitar semula kita boleh mengurangkan penggunaan sumber kerana kita boleh mengurangkan pembelian untuk sumber yang baru dengan menggunakan sumber yang sedia ada .

    5. Menambah pendapatan kita . Melalui amalan jual beli , kita boleh menambahkan lagi pendapatan kita di samping memberikan peluang pekerjaan kepada sesetengah pihak . Ini boleh mengurangkan kadar pengangguran rakyat di Malaysia .

    sekian
    sebagai renungan

    *marilah kta semua mengitar semula barangan yang terpakai untuk keuntungan bersama.

    10 Tanda Yang Difokuskan Apabila Gagal Mendidik Sebagai Ibubapa Muslim



    asalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca sekadar renungan. hari ini saya ingin berkongsi sedikit kepada anda mengenai 10 tanda-tanda yang difokuskan apabila gagal mendidik anak-anak sebagai ibubapa muslim. semoga ini dapat memberi maanfaat kepada mereka yang mahu mendirikan rumah tangga kelak. 

    1. Apabila anak anda tahu rancangan TV selama sebulan, tetapi tidak mengetahui bilakah masuknya waktu solat seharian.

    2. Apabila anak anda boleh menyebut 10 nama artis-artis terkenal, tetapi tidak boleh memberitahu nama 10 orang rasul.

    3. Apabila anak anda bangga menjadi seorang yang berfikiran bebas, tetapi malu digelar sebagai seorang muslim.

    4. Apabila anak anda mampu mengingati lirik lagu paling popular setiap minggu, tetapi tidak dapat mengingati satu surah Al-Quran sekalipun kerana “ianya terlalu susah”.

    5. Apabila anak anda tidak mahu tidur kerana dia sibuk ber’chatting’, tetapi rasa mengantuk apabila tibanya masa menunaikan solat subuh.

    6. Apabila anak anda menyimpan duit untuk membeli pakaian fesyen terkini tetapi terasa sakit untuk bersedekah/membayar zakat.

    7. Apabila pergi ke pusat membeli-belah itu lebih ‘PENTING’ daripada pergi ke masjid.

    8. Apabila anak anda mampu bertutur lebih dari satu bahasa asing dan tiada satupun daripada bahasa tersebut bahasa Al-Quran (Arab).

    9. Apabila anak anda lebih menyukai sambutan Hari Krismas LEBIH dari sambutan Aidiladha/Aildilfitri.

    10. Apabila anak anda berfikiran berpakaian seksi atau mendedahkan aurat “LEBIH DITERIMA DAN DIHORMATI” daripada memakai pakaian Islamik(menutup aurat dan tidak menampakkan bentuk tubuh).

    10 ‘checklist’ ini menggambarkan didikan yang tidak sempurna sebagai muslim dan pengaruh besar globalisasi kepada anak-anak. Abang-abang dan kakak-kakak pun perlu mendidik adik-adik. Tunjukkan contoh yang terbaik dengan akhlak yang baik dan pakaian yang baik.

    sekian..
    sebagai renungan

    *petikan dari seorang sahabat blog..
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...