HENSEM DAN CANTIK BELAKA

ATTENTION

Assalamualaikum..
Disini diingatkan bahawa perkara-perkara yang berkaitan dengan agama, diminta dibuat rujukan terlebih dahulu dengan orang yang lebih arif dalam bidang ini..sebelum mengambilnya sebagai rujukan..
Sekian..

!!!!!!!!!!!!!!!! MY BLOG LIST !!!!!!!!!!!!!!!!

30 December 2011

13 Tanda Anda Telah Jatuh Cinta

Assalamualaikum.

Disini hendak dikongsikan satu entri yang berkaitan dengan Cinta. Tanda-tanda yang menunjukan bahawa anda telah jatuh cinta kepada seseorang. Bukan sakit je ada tanda, jatuh cinta pun ada jugak..hehe.. Perkongsian sebagai renungan bersama.

1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.

2. Anda akan sentiasa merindui dia.

3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.

4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.

5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.

6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.

7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.

8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.

9. Dia sentiasa di fikiran anda.

10. Anda akan sentiasa terhidu baunya.

11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.

12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.

13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda.

Yang no 10 mugkin susah hendak ditaksir.. Apa pun ini hanyalah satu perkongsian untuk bersama.

sekian..
Sebagai Renungan..

Entri Lama: Kisah Kejujuran Seorang Saudagar Permata, Perkara Yang Menjejaskan Prestasi Komputer, Tamatnya Cuti Sekolah, Mengapa Budaya Ilmu Penting, Jauhi dari Gay

27 December 2011

Tips Hendak Membeli Laptop

Assalamualaikum..

Hari ini, saya hendak kongsikan beberapa tips untuk anda membeli laptop. Mungkin ini, dapat membantu anda dari kerusingan ketika hendak membeli laptop.

1. Penggunaan – Motif atau tujuan utama laptop tersebut dibeli. Jika untuk bermain games perlukan laptop yang lebih canggih. Jika hanya untuk menaip dan melayari internet, cukup sekadar yang sederhana.

2. Budget – Berapa budget, anggaran atau lebih senang duit yang anda ada. Lebih digalakkan membeli secara tunai berbanding menggunakan kaedah hutang. Lebih menjimatkan. Tetapi tidak salah membeli menggunakan kaedah hutang, ansuran seperti kad kredit, cuma tidak disyorkan.

3. Warranti – Jaminan sesuatu laptop kebiasaannya adalah satu tahun. Tetapi kita tidak mahu menggunakan laptop dalam tempoh satu tahun sahaja. Mahukan lebih daripada itu. Pastikan warranti lebih lama supaya kita lebih bersedia dengan kemungkinan buruk.

4. Buat pemerhatian – Kunjungi mana-mana kedai yang menjual laptop. Tanya dan buat perbandingan antara satu produk atau jenama dengan yang lain. Tidak terburu-buru membeli dengan tawaran kerana ianya melibatkan duit yang beribu-ribu. Pastikan jangan tertipu.

5. Tanya pemilik – Ini salah satu cara paling berkesan sebelum membuat sebarang tindakan. Pemilik laptop, biasanya rakan-rakan sendiri lebih mudah memberikan nasihat, pro dan kontra sesebuah laptop yang ingin dibeli.

6. Model - Jenama juga memainkan peranan penting. Kadangkala jenama memberikan keyakinan kepada kita untuk membeli.

7. Bantuan – Servis bantuan selepas jualan juga penting. Ke mana kita akan rujuk jika ada masalah? Siapa kita perlukan? Bagaimana dengan servisnya? Adakah meluas?

Semoga ini dapat membantu anda untuk memilih dan membeli laptop yang diingikan. Diambil dari satu forum perkongsian..

Sekian..
Sebagai Renungan.

Entri Lama: Berhati-hati Dengan Cermin Ada Muslihatnya, Merokok 15 Kesan Pemusnah Imej, Jum Exchange Banner, Kisah Seekor Ulat Dengan Nabi Daud A.S, Belajar Asas Kod HTML 3

24 December 2011

Berapakah Geniuskah Anda??

Assalamualaikum..

Mari kita membuat sedikit ujian dementia untuk menguji tahap genius anda. Lihat betapa cekapnya anda untuk menjawab soalan yang diberikan.

Di bawah anda ini terdapat empat soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan pantas. Anda tidak boleh mengambil masa terlalu lama dan perlu menjawabnya dengan segera.




















Soalan Pertama:

Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?

Jawapan: Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!...


Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterus. Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama?














































Soalan Kedua:
Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat...?

Jawapan: Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi.. siapakah yang terakhir, bagaimana anda boleh memotong orang yang terakhir?Adakah anda pantas dan cerdik, tidak begitu rupanya.?....


























Soalan Ketiga:
Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan tanpa menggunakan fikiran sahaja . Jangan guna kertas dan pensil atau kalkulator dan dengan secepat yang mungkin...


















































Ambil 1000 dan campur 40. Sekarang campur lagi 1000. Campur lagi 30 .... Campur lagi 1000 . Campur lagi 20... Campur lagi 1000 . Campur lagi 10..... Berapa kah jumlah semua?



Jawapan : Adakah jawapan anda 5000 ?Jawapan sebenar adalah 4100.....




















Jika anda tak percaya gunakan kalkulator untuk mengira.! Mungkin ini bukan hari anda kan ? Mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul .


















































Soalan keempat:
Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?

Jawapan : Adakah jawapan anda Nunu? Salah! sudah tentu Salah. Namanya Mary. Baca semula soalan!.....































Sekarang cuba anda menjawab soalan bonus:

Seorang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakonan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.

Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimaa dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. ...?

Jawapan: Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati....

Bagaimana dengan ujian ini??
sekian..
Sebagai Renungan

Entri Lama: Cantiknya lelaki, Gagahnya perempuan, Tata Cara Dan Adab Makan Yang Dianjurkan, 15 Tanda Orang Itu Malas, Petua tangani stress apabila marah, Khasiat & Kelebihan Habbatus Sauda

19 December 2011

Adab-adab Meludah

Assalamualaikum

Hari ini, saya hendak kongsikan dengan anda adab-adab ketika meludah. Saya terjumpa di satu laman forum dan memikirkan ia adalah satu perkara yang baik untuk dikongsi bersama. Kadang kita tidak perasan, kita selalu meludah air liur merata-rata dan tanpa menghirau tempat tu kotor atau tempat najis.
Di dalam islam asal nak meludah pun air liur sekali pun ada cara-caranya.Kalau nak meludah air liur atau apa-apa didalam mulut janganlah didepan orang ramai atau orang sedang menjamu selera.

Kita sebagai umat islam mesti menjaga kebersihan dan jangan meludah air liur di tempat-tempat yang kotor seperti didalam tandas, longkang dan tempat-tempat kotor yang lain.

Yang amat penting kita perlu tahu ialah

1) Jika meludah kekiri - Kita akan meludah kepada syaitan/Iblis

2) Jika meludah ke kanan - Kita seperti telah meludah ke arah Nabi kita iaitu Mohammad SAW

3) Jika meludah Ke depan - Kita seperti telah meludah kearah ALLAH SWT.

Sekian..Sebagai Renungan

Entri Lama : Adab Berbicara, Anak Kecil Yang Takut Api Neraka, Adakah Blog Anda Untuk Orang Dewasa??, Terima Kasih Nuffnang, Layahkah Kita Bergelar Saudara??

16 December 2011

Kisah Guru Dengan Muridnya

Assalamualaikum.

Hari ini, saya hendak kongsikan satu cerita yang menarik untuk diambil iktibar dan pengajaran bersama. Kisah mengenai seorang guru bersama murid-muridnya.

Seorang wanita berjilbab rapi tampak sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.

Guru berkata, "Saya punya permainan... Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka berserulah "Pemadam!"

Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.

Beberapa saat kemudian sang guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka berserulah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!".

Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti. Guru tersenyum kepada murid-muridnya.

"Anak-anak, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membedakannya. Namun kemudian, musuh-musuh kita memaksakan kepada kita lewat berbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya.Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kalian terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya.  Musuh-musuh kalian tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika."

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada di tengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir. Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.

"Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terangterang... Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar."

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.

Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah
dihancurkan..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda.

Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."

"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (perang pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya mereka. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan
lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."

"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar."
"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..."

Matahari bersinar terik tatkala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya.

sekian
Sebagai Renungan

Entri Lama : 9 sebab mengapa hati tidak bahagia, Dosa Tinggal Solat Lebih Besar Daripada Zina, Pantun Mari Sembahyang yang manja, 12 Barisan Manusia.. Menuju ke Akhirat, 5 Nama Syaitan Yang Harus Kita Waspada

10 December 2011

4 Perkara Sebelum Kamu Tidur

Assalamualaikum

Rasullah berpesan kepada Aisyah ra :
"Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an.
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3. Sebelum para muslim meredhai kamu.
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah.

Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah....Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara ini seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda:

"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkanAl-Qur'an.

Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.

Dan memperbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

sekian..
Sebagai Renungan

Entri lama: Beberapa Arahan Berguna Untuk "Run", Keyboard Shortcut, Antara Pendayung Dan Si Bijak, Petua mencerah dan melincinkan kulit, Tips berjaya di dalam perniagaan

09 December 2011

Kerana Kulit Diri Tertipu

Assalamualikum..

Hari ini, saya hendak berkongsikan satu cerita tauladan untuk pengunjung. Diambil dari sebuah forum perkongsian. Semoga ini dapat dijadikan pengajaran.

Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya. Lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama. Si ayah hanya tersenyum. si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya..

Beberapa bulan berlalu, dengan berkat kesungguhannya.Ternyata si anak telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang. hatinya berbunga keriangan. Satu hari, si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya. Si ayah memuji anaknya, sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dengan kejayaan si anak yang cukup cemerlang. Si anak tersenyum puas, di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu. Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik. Si anak terkesima, sungguh bukan itu yang kuhajatkan. Dengan hati yang berat, kotak itu bertukar tangan. Matanya terarah kepada riak wajah ayahnya, yang tidak menunjukkan sebarang perubahan. Seolah-olah tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang di hatinya.

Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu dan penutup kotak dibuka. Aapa makna semua ini??? Sebuah Al-Quran kecil, cantik dengan kulit muka yang bertinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan. Si anak memandang ayahnya, terasa dirinya dipermainkan. Amarahnya membuak, nafsu mudanya bergelojak. Ayah sengaja mempermainkan saya. Ayah bukannya tak tahu betapa saya menyukai kereta tu. Bukannya ayah tak mampu untuk membelikannya. Sudah ayah, bukan al-Quran ini yang saya nak. Katanya keras. Al-quran itu diletakkan ke atas meja bacaan. Si anak terus meninggalkan si ayah, tanpa memberi walau sesaat untuk si ayah bersuara. Pakaiannya disumbatkan ke dalam beg. Lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya dan memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yang dimilikinya.

10 tahun berlalu. Si anak kini merupakan seorang yang berharta dan mempunyai syarikat sendiri dengan isteri yang cantik dan anak-anak yang sihat. Cukup membahagiakan, namun hatinya tersentuh. Sudah 10 tahun. Sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya. Sedang dia berkira-kira sendiri. Telefonnya berdering dari peguam ayahnya. Penguam menyatakan ayahnya meninggal dunia semalam dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak. Si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yang berkaitan perwarisan harta.

Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa. Si anak pulang ke banglo ayahnya. Si anak memerhatikan banglo yang menyimpan 1001 nostalgia dalam hidupnya, hatinya sebak. Bertambah sebak apabila mendapati di atas meja di bilik bacaannya. Al-quran yang diletakkannya masih lagi setia berada di situ. Bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini. Perlahan-lahan langkahnya menuju ke situ dan mengambil al-quran itu, sambil membelek-beleknya dengan penuh keharuan. Tiba-tiba, jatuh sesuatu dari al-quran itu, segugus kunci di muka belakang al-quran itu. Sebuah sampul surat ternyata diletakkan disitu. Kunci itu segera dipungut dan hatinya tertanya-tanya. Nyata sekali, di dalam sampul surat itu terdapat resit pembelian kereta idamannya. Dibeli pada hari konvokesyennya dengan bayaran yang telah dilunaskan oleh si ayah. Sepucuk warkah, tulisan tangan orang yang amat dikenalinya selama ini. Hadiah teristimewa untuk putera kesayanganku. Air mata si anak menitis deras hatinya bagai ditusuk sembilu penyesalan mula bertandang namun semuanya sudah terlambat...

Sekian..
Sebagai Renungan

Entri Lama : Bagaimana ROH orang MUKMIN dibawa, Perkara mengenai lelaki, 5 Tips untuk Menulis dengan Pantas, Hikmah di sebalik makanan, 9 sebab mengapa hati tidak bahagia

06 December 2011

Keburukan Kuku Panjang

Assalamualaikum..

Hari ini hendak kongsikan sedikit mengenai keburukan menyimpan kuku ataupun keburukan kuku panjang. Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang. Bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk ke semua babi-babi tersebut.

The Truth

Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak. Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, membuat cucur pisang, menguli tepong, dan lain-lain. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan hendak anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional Info

Info tambahan kuku yang panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada Saidina Ali, sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad SAW. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari

1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut A.S.

sekian..
Sebagai Renungan

Entri Lama : Kuruskan badan tanpa ubat, soya baik atau memudaratkan, Bulan Rejab, Belajar Asas Kod HTML 2, Logo Yahudi Zionis Dalam Laptop, PC & Notebook kita

04 December 2011

Adakah Anda Penggemar Kangkung??

Assalamualaikum..

Jika anda penggemar kangkung, tidak kira apa jenis kangkung, petis kangkung, atau yang lain-lain yang berkaitan dengan kangkung, mungkin cerita ini dapat menjadi pertimbangan untuk anda apabila anda rasa mahu makan kangkung..

Saya mendapat cerita ini dari seorang teman.

Pada suatu hari di klinik yang terkenal, semua doktor kebingungan kerana ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut. Anak itu dibawa ke klinik oleh orang tuanya setelah 2 hari menderita diarhea. Sudah bermacam ubat sakit perut yang diberikan kepada anak itu, namun diarhea nya tidak sembuh.

Di klinik, kedua orang tua anak tersebut ditanya oleh doktor, makanan apa yang dimakan oleh anak tersebut selama 2 hari ini. Orang tua anak itu kebingungan, kerana sejak anaknya diarrhea , anak tersebut tak lalu nak mahu makan, dia hanya minum susu, itu pun akan muntah semula.

Setelah dikaji, ternyata sebelum menderita diarhea , malam tersebut anak itu makan kangkung di restoran oleh orang tuanya. Doktor segera melakukan xray, ternyata dalami usus anak tersebut telah berkembang biak lintah dengan anaknya yang kecil-kecil.

Doktor tidak dapat melakukan apa-apa dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan kesihatan apa-apa pun.

Akhirnya anak kecil malang itupun meninggal dunia. setelah dikaji, ternyata lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar. Memang, untuk penggemar kangkung yang paling enak adalah batangnya. Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama manapun, apa lagi untuk kangkung kerana proses memasak tidak terlalu lama untuk menghasilkan rasa kangkung yang sedap. Lintah hanya akan mati jika dibakar.

Di dalam usus anak tadi, lintah yang hanya dalam 1 ke 2 hari berkembang biak dengan cepatnya kerana menghuni didalam tubuh dan terus menghisap darah yang ada, doktor juga menjadi bingung, bagaimana mematikan/membersih kan lintah yang telah sangat banyak tersebut dari dalam usus anak malang itu.

Best Regards,
Dr. Norni Abdullah,
Psychiatrist,
Hospital Tengku Ampuan Rahimah,
42500 Klang,
Selangor.
Tel : +60333756279
Fax : +60333729089

sekian..
Sebagai Renungan

Cerita Tidak Boleh Bersalaman Dengan Bukan Mahram, Puasa Dulu Baru Raya, Blogwalking Dengan Mister Linky's, Selamat Hari Guru, Churp-churp

02 December 2011

Renungan Bersama Lima Jari

Assalamualaikum..

"Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam.
Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Naik pulak kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Justeru itu, amal ibadat mesti dilipat gandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes"

sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

Sekian..
Sebagai Renungan

24 Perkara Jangan Dilakukan, 10 Hadiah Utama Yang Sering Dilupai Untuk Orang Tersayang, 7 kunci kejayaan orang yang berjaya, Rahsia Dan Hikmah Diwajibkan Solat, 4 Syarat Hidupkan Hati Dengan Al-Quran

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...