HENSEM DAN CANTIK BELAKA

ATTENTION

Assalamualaikum..
Disini diingatkan bahawa perkara-perkara yang berkaitan dengan agama, diminta dibuat rujukan terlebih dahulu dengan orang yang lebih arif dalam bidang ini..sebelum mengambilnya sebagai rujukan..
Sekian..

!!!!!!!!!!!!!!!! MY BLOG LIST !!!!!!!!!!!!!!!!

15 August 2011

Kisah Seekor Ulat Dengan Nabi Daud A.S


Assalamualaikum..
Salam Ramadan..Hari ini hendak kongsikan sedikit satu cerita mengenai seekor ulat dengan Nabi Daud A.S. Cerita ini diambil dari internet di satu forum perkongsian ilmu. Semoga kita mendapat faedah berdasarkan cerita ini, di bulan Ramadan yang mulia ini.

Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.

Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?"

Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. "Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca

'Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim' setiap malam sebanyak 1000 kali.

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?"

Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.

Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.

sekian
sebagai renungan..

*Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.

12 comments:

  1. masyaAllah..x terkate klo dibaca dan dihayati..huuu..kite pon x mampu buat mcam ni

    ReplyDelete
  2. Allah tu maha berkuasa..
    semua percaturan DIA di alam ini ada sbbnya dan semuanya adalah tepat...

    ReplyDelete
  3. betul tu..
    boleh tak kalau sy ckp..
    kita jgn pandang rendah pada org yg lebih rendah darjatnya dari kita didunia ni..

    ReplyDelete
  4. moga kisah ini menginsafkan kita.... Allah maha berkuasa.. tiada beza antara kita

    ReplyDelete
  5. untuk kita jadikan amalan sepanjang hidup kita.....
    insya allah....

    ReplyDelete
  6. best dan sejuk infonya..seronok uncle baca..moga diperbanyakkan info sebegini untuk tatapan pembaca. ^^

    ReplyDelete
  7. Entri yg bermanfaat. ;). Tq utk perkongsian ni

    ReplyDelete
  8. thanks for sharing

    entri yang bagus

    peringatan untuk diri sendiri jugak :)

    ReplyDelete
  9. Nice sharing..

    peringatan utk diri sendiri juga.. ^_^

    ReplyDelete
  10. bagusnye entry ni..
    semoga kita sama2 beroleh faedah :)

    ReplyDelete

komen-komen lah untuk mengeratkan silaturahim..
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...