HENSEM DAN CANTIK BELAKA

ATTENTION

Assalamualaikum..
Disini diingatkan bahawa perkara-perkara yang berkaitan dengan agama, diminta dibuat rujukan terlebih dahulu dengan orang yang lebih arif dalam bidang ini..sebelum mengambilnya sebagai rujukan..
Sekian..

!!!!!!!!!!!!!!!! MY BLOG LIST !!!!!!!!!!!!!!!!

25 November 2011

3 Soalan 1 Penampar

Assalamualaikum...

Jawapan dengan Tamparan...

Pemuda : Anda siapa dan apakah boleh anda menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:-
  1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud tuhan kepada saya?
  2. Apakah yang dinamakan takdir?
  3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?
Tiba-tiba Imam tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda : Kenapa anda marah kepada saya? (sambil menahan sakit)
Imam : Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak faham.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentulah saya merasakan sakit.
Imam : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda : Ya!
Imam : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Pemuda : Saya tidak boleh.
Imam : Itulah jawapan pertanyaan pertama. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tapi kita tidak mampu melihat wujudnya.

Imam : Apakah malam tadi anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda : Tidak.
Imam : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak.
Imam : Itulah yang dinamakan takdir.

Imam : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda : Kulit.
Imam : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda : Kulit.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit.
Imam : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan...

Sekian..
Sebagai Renungan

Entri Lama: Petua Membuat Keputusan,  Jodoh Tidak Bergolek-golek Datang, Petua Untuk Mendapat Pasangan, Belajar Dari Kisah Luqman Al-Hakim, Tips/Panduan Atasi Zina Hati

04 November 2011

Berhati-hati Dengan Cermin Ada Muslihatnya

Assalamualaikum..

Hari ini, saya hendak kongsikan satu info yang amat penting untuk kita, terutamanya pada kaum hawa @ wanita. Hal ini berkaitan dengan cermin muka.

PERHATIAN KEPADA SEMUA KAUM WANITA
(PERKOSAAN VISUAL)

Semasa ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, akan terdapat beberapa cermin besar. Anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding akan kelihatannya seperti cermin biasa dan itu sememangnya benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka).

Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki. Adalah sangat sulit, secara jelas untuk kita memastikan permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Kita hendaklah lebih berhati-hati didalam zaman yang serba moden ini.

Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah?. Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya 2 arah tapi untuk di kawasan orang ramai :

LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI)

Letakkan hujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan bahawa cermin itu adalah cermin biasa (selamat).Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah!!!. Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI". Tidak perlu membayar dan hanya memerlukan berapa saat untuk dibuat. Mudah dilakukan, dan ini mungkin boleh menyelamatkan anda dari "PERKOSAAN VISUAL"

sekian..
Sebagai Renungan..

Entri Lama : Khasiat & Kelebihan Habbatus Sauda,  Antara Pendayung Dan Si Bijak, Tips Jimat Minyak Kereta Mengapa sembah Kaabah?, Hapuskan Password Yang Tersimpan Dalam PC, Hadiah Yang Terbaik

01 November 2011

Teknik Membaca Yang Berkesan

Assalamualaikum..

Membaca adalah satu hobi yang amat baik sekali. Dengan membaca pelbagai ilmu pengetahuan yang dapat kita perolehi. Disini saya hendak kongsikan teknik membaca yang berkesan iaitu Sistem PQRST. Sistem PQRSTadalah suatu teknik membaca yang diperkenalkan oleh Thomas, Ellen LamarRobinson dan H. Alan dalam buku mereka yang bertajuk "Improving Reading In Every Class".

Berikut adalah tunjang Teknik Membaca PQRSTini. Terdapat 5 langkah yang menjadi dalam teknik ini.

(a) Preview (Tinjau)

Preview. TINJAU tajuk-tajuk utama pada keseluruhan buku atau bab tertentu denganmemberi perhatian kepada tajuk-tajuk besar dan kecil padanya. Tujuan utama proses peninjau ini adalah untuk anda mendapatkan gambaran keseluruhan tentang isi-isi penting pada buku atau bab-bab dalam buku itu. Dengan mendapat segera tentang gambaran kandungan buku itu, fikiran anda akan lebih tertumpu kepada isu-isu utama yang dibincang atau diutarakan pada buku tersebut.

(b) Question (Soal)

Question. SOAL diri anda dengan menjadikan tajuk besar dan kecil dalam bab itu sebagaisoalannya. Misalnya, tajuk bagi seksyen ini ialah Meningkatkan Mutu Pembacaan. Bentuk soalan yang boleh anda buat adalah "Bagaimanakah saya dapat meningkatkan mutu pembacaan saya" Dengan adanya soalan itu semasa anda membaca, tumpuan fikiran anda akan lebih fokus kepada mencari jawapan atau jawapan-jawapan tentang soalan yang tertumpu pada fikiran anda pada ketika anda membaca.

(c) Read (Baca)

Read. Sambil MEMBACA tumpukan perhatian untuk mendapatkan bahan bacaan anda, jawapan bagi soalan yang anda telah timbulkan itu. Ini merupakan suatu pembacaan yang aktif. Oleh itu, carilah tempat tumpuan, di mana anda boleh membaca dengan sepenuhnya. Dengan berbuatkan keberkesanan dan impak proses demikian, anda akan dapa meningkatkan pemahaman serta pengingatan anda terhadap idea-idea utama bahan yang dibaca.

(d) Self - Recitation (Menyebut Kendiri)

Self - Recitation. MENYEBUT KENDIRI ialah suatu proses di mana anda mencuba ingat fakta utama atau bahan yang anda telah baca. Adalah lebih berkesan jika anda menyebutkan fakta-fakta kepada diri anda secara lisan. Tujuan utamanya ialah untuk mengingat semula apa yangandatelah baca iaitu dengan menggabungkan semua proses secara serentak.

(e) Test (Uji)

Test. UJI diri anda setelah anda habis membaca keseluruhan bab. Fikirkan berapa banyakkah idea-idea daripada bab yang baru anda baca itu dapat anda ingati. Pada peringkat inilah anda harus mula menyimpan apa yang telah anda pelajari ke dalam ingatan jangka panjang anda.


Dengan menggunakan Teknik Membaca PQRST, masalah terlalu banyak untuk dibaca akan dapat anda atasi. Teknik Membaca PQRST ini memudah dan mempercepatkan proses pembacaan serta pengingatan anda.

Disini dikongsikan lagi satu kaedah membaca dengan berkesan. Mungkin sedikit berbeza dengan Teknik PQRST.

Fokuskan Kepada Isu Yang Anda Baca

Semasa membaca, tumpukan sepenuh perhatian dan fikiran anda kepada TOPIK yang anda sedang baca.

Fahami Dahulu Baru Hafal

Tumpukan perhatian kepada MEMAHAMI dan mendapat idea-idea atau fakta-fakta utama bacaan anda. Jangan hiraukantahap kelajuan membaca anda. Yang penting ialah anda faham apa yang anda sedang baca.Anda akan lebih mudah mengingati fakta-fakta atau isi-isi utama / bahan-bahan yang anda baca jika anda memahami apa yang anda baca. Menghafal tanpa memahami apa yang anda baca boleh menyebabkan anda cepat bosan belajar. Jika anda faham apa yang anda baca, minat anda akan meningkat untuk membaca seterusnya. Di samping itu, anda pula akan lebih mudah membuat nota daripada bacaan anda.

Perkataan yang Anda Tidak Mengerti

Sekiranya terdapat perkataan-perkataan yang anda tidak tahu ertinya semasa anda membaca, anda tidak harus serta-merta membuka kamus jika perkataan itu tidak begitu penting. Memberhentikan bacaan untuk mendapat pengertiannya akan mengganggu proses pembacaan anda. Anda hendaklah tandakan dengan pensil perkataan yang anda tidak fahami itu. Apabila selesai bacaan, barulah anda cari pengertiannya.

Perbendaharaan Kata

Setiap perkataan baru yangterdapat dalam bahan bacaan, hendaklah anda kumpulkan ke dalam sebuah buku khas. Di samping perkataan itu, catatkan pengertiannya serta ayat yang sesuai bagi perkataan tersebut.Cuba gunakan perkataan-perkataan itu dalam karangan dan percakapan anda sehari-hari. Dengan cara ini anda akan dapat memperluaskan pengetahuan anda tentang perkataan-perkataan, baik dari segi pengertian mahupun kegunaannya. Dengan adanya perbendaharaan kata yang luas, bukan saja
bacaan anda menjadi lancar, bahkan anda akan lebih mudah memahami semua yang terkandung dalam buku itu.

Gambar Rajah

Anda hendaklah memberi perhatian kepada gambar-gambaratau rajah-rajah di dalam buku. Biasanya, gambar atau rajah mengandungi maksud yang menerangkan sesuatu dengan lebih jelas. Ini membolehkan anda memahami huraian buku tersebut dengan lebih mudah. Ingat peribahasa Cina ini: "A picture is worth a thousand words".

sekian
Sebagai Renungan

Entri Lama : Pembohongan Seorang Ibu, Adakah Blog Anda Untuk Orang Dewasa??, Perlu Bayar Zakat Emas, Perkara Yang Menjejaskan Prestasi Komputer, Kasih dan Sayang ibu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...