HENSEM DAN CANTIK BELAKA

ATTENTION

Assalamualaikum..
Disini diingatkan bahawa perkara-perkara yang berkaitan dengan agama, diminta dibuat rujukan terlebih dahulu dengan orang yang lebih arif dalam bidang ini..sebelum mengambilnya sebagai rujukan..
Sekian..

!!!!!!!!!!!!!!!! MY BLOG LIST !!!!!!!!!!!!!!!!

30 May 2011

Tips Jimat Minyak Kereta


Assalamualaikum

Disebabkan harga minyak yang sentiasa naik. Saya ingin berkongsi tips-tips untuk menjimatkan minyak yang diambil daripada Sidang Pengarang Wanita Dot Us.. Kita sebagai penguna tidak ada hak untuk menentukan harga minyak. Dengan ekonomi global yang tidak stabil. Harga minyak tidak mudah untuk turun. Bila harga minyak naik akan membebankan pengguna. Berikut merupakan petua atau nasihat mengenai penjimatan minyak. Sama ada berkesan atau tidak adalah bergantung pada individu.

Isi minyak sebelah malam, apabila cuaca sudah sejuk. Dikatakan isi minyak pada waktu malam, kurang gas dalam petrol atau diesel. Kandungan gas dikatakan banyak pada waktu siang yang panas, di mana setiap liter yang diisi pengguna akan rugi sebab haba petrol bercampur lebihan gas dalam kandungannya.

Isikan minyak sehingga tangki penuh. Minyak atau petrol cepat habis jika ruang tangki banyak yang kosong. Benarnya tips ini memang ada. Minyak atau petrol akan meruap. Semakin besar ruang semakin banyak minyak atau petrol meruap. Petrol yang meruap tidak dapat dibakar oleh enjin. Dicadangkan juga penuhkan semula tangki apabila tangki separuh kosong. Jangan tunggu sehingga meter pada tanda “E” baru diisi. Semakin banyak ruang kosong semakin banyak petrol meruap, maka lebih cepat habis.

Bawa kereta dalam kelajuan yang tetap. Tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. 70 – 90 km sejam adalah bersesuaian. Pastikan anda mematuhi had laju dan pandu pada lorong yang sesuai. Semakin laju kereta, semakin minyak digunakan. Pandu secara perlahan pula menyebabkan beban pada kereta. Ini menyebabkan enjin tertekan dan menyebabkan banyak minyak digunakan.

Patuhi jadual penyelenggaraan kereta atau kenderaan anda. Enjin yang diselenggara akan berfungsi dengan baik dan lebih berkesan. Pada jangka masa yang tetap, gunakan bahan rawatan petrol. Ini bertujuan untuk cucian pada injap minyak agar tidak tersumbat. Pastikan penapis petrol diperiksa atau ditukarkan apabila perlu.

Angin tayar perlu sentiasa pada tahap tekanan yang disyorkan pada model kereta dan jenis tayar yang digunakan. Seminggu sekali periksa tekanan tayar. Penjagaan tayar yang baik memastikan cengkaman tayar yang sesuai dan pada jumlah jarak yang jauh nyata menjimatkan minyak.

Jika boleh kurangkan penggunaan penghawa dingin. Perjalanan pagi atau malam yang sejuk tidak perlu penghawa dingin. Buka tingkap sedikit dan biarkan angin luar masuk. Awas jangan buka tingkap terlalu luas sehingga tangan dari luar boleh mencapai ke dalam dengan mudah.

Kurangkan beban kereta. Barang-barang yang tidak perlu dalam kereta perlu dikeluarkan. Semakin banyak beban semakin banyak tenaga dan minyak digunakan.
Diharap tips dan nasihat ini boleh membantu dalam menjimat penggunaan petrol kenderaan anda.

sekian..
sebagai renungan..

*Semoga dapat membantu menjimatkan perbelanjaan minyak kereta :)
*Terdapat penambahan tips yang diberi oleh Cik Aish berdasarkan komennya di entry ini. Katanya "masa isi myk tu, biar arah berlawanan..kalau tank belah kiri, park kereta biar tpt myk tu belah kanan..so that bila isi, tali gelung tu straight je..myk maksimum..kalau tak, myk akan berkumpul sikit kat dalam gelung tu" Terima kasih kepada Cik Aish diatas perkongsian tips ini.

12 comments:

  1. bagus la info ni...leh jijah amalkan kat my Persona Elegance jijah...wee~~

    ReplyDelete
  2. nice tips..tambahan isi minyak dengan penuh perasaan dan niat minyak ini cukup untuk seminggu,seterusnya parking kat rumah sahaja,hanya gunakan untuk panaskan enjin sahaja..insyaalah minyak jimat...huhuu..gurau aje... whatever the good post..teruskan berblog..wassalam..

    ReplyDelete
  3. nice tips. thanks. boleh ckp ngan abh nak isi minyak penuh2 :)

    ReplyDelete
  4. bgus la info ni..lpas ni ley praktikkan :)

    ReplyDelete
  5. thanks 4 sharing tis ... sgt b'gune, hehe :)

    ReplyDelete
  6. ada lagi satu tips..hehe..masa isi myk tu, biar arah berlawanan..kalau tank belah kiri, park kereta biar tpt myk tu belah kanan..so that bila isi, tali gelung tu straight je..myk maksimum..kalau tak, myk akan berkumpul sikit kat dalam gelung tu..cuba la..hehe

    ReplyDelete
  7. terbaek tip ni.. hehehe.. :D

    ReplyDelete
  8. ok jugak tapi satu lagi tip pakai kereta kancil je.. jimat hehe

    ReplyDelete
  9. oh! pasni kena isi selalu la minyak...

    ReplyDelete
  10. Budak botak : Boleh sangt2..hehehe..tq dtng sini lagi..
    tq to all perkomen..hehehe..
    sharing is caring kan :)

    ReplyDelete

komen-komen lah untuk mengeratkan silaturahim..
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...