HENSEM DAN CANTIK BELAKA

ATTENTION

Assalamualaikum..
Disini diingatkan bahawa perkara-perkara yang berkaitan dengan agama, diminta dibuat rujukan terlebih dahulu dengan orang yang lebih arif dalam bidang ini..sebelum mengambilnya sebagai rujukan..
Sekian..

!!!!!!!!!!!!!!!! MY BLOG LIST !!!!!!!!!!!!!!!!

10 May 2011

Kelebihan Air Zamzam

asalamualaikum..

Hari ini saya hendak berkongsi sedikit mengenai kebaikan air zamzam. Kalau hendak tahu, terdapat banyak khasiat air zamzam ini. Air zamzam ini juga mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan berbanding air lain. Perkara ini diperakui oleh banyak kajian saintifik, termasuk sarjana Barat.

Sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud: “Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air zamzam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit.”

Dulu time kecik-kecik, sapa balik Makkah mesti bagi air zamzam. Pastu mak selalu pesan suruh minum banyak-banyak. Katanya boleh buat otak kita cepat berkembang :) "teringat2"hehe

Disamping itu juga, ia mempunyai beberapa keistimewaan antaranya tidak pernah kering walaupun berjuta-juta manusia memanfaatkannya setiap hari, terutama pada musim haji. Air zamzam tidak akan kering hingga hari kiamat. Hal itu, adalah bukti keagungan dan kebesaran Allah.

Antara lain kelebihan air zamzam ini adalah :
  1. Boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dengan izin Allah.
  2. Diberkati dan mengeyangkan peminumnya.
  3. Mampu menyempurnakan hajat peminumnya dengan izin Allah.
  4. Allah menjadikan air zamzam sebagai penyebab kepada pembangunan dan kemajuan bumi Makkah. Seterusnya, kewujudan Baitullah di bumi itu.
  5. Antara mata air syurga.
  6. Antara tanda kekuasaan Allah di bumi Makkah.
  7. Antara nikmat besar dan manfaat yang dapat dilihat di Tanah Haram Makkah.
  8. Ia keluar dari kawasan paling mulia di muka bumi ini.
  9. Air dipilih untuk membersihkan hati Rasulullah SAW beberapa kali.
  10. Minuman orang mulia (al-abrar).
  11. Menambah kekuatan badan.
sekian..
sebagai renungan

14 comments:

  1. wah..tp susah nk dpt air zam2..yg jual kt kedai tu ori ke x ek?

    ReplyDelete
  2. wah bagus juga nih emang air zam2 gak pernah ada marttinya untuk di mnafaatkan.,,.,.,.!!

    ReplyDelete
  3. Cik Teddy : mmm a'a kena pgi dkat makkah..itu tidak pasti..klau was2 beli kat agen2 yang bwak orng pgi umrah @ haji..
    jasa : tq

    ReplyDelete
  4. air zam-zam rasanya pun sdap..kalu air biasa,dpt rasa cam da chemical...rindu tanah suci...tiap2 ari dpt minum ..even amek wudhuk..huhu...

    ReplyDelete
  5. air zamzam memang best rasa dia..

    ReplyDelete
  6. tbaekkkkk....
    jom tgok kburukan soya pulak...
    http://pqahcool.blogspot.com/2011/05/soyajom-terjah.html

    ReplyDelete
  7. Ucu : tq..nnti datang2 lagi ye.. :)

    ReplyDelete
  8. Subhanallah
    air yang sangat luar biasa..

    ReplyDelete

komen-komen lah untuk mengeratkan silaturahim..
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...