HENSEM DAN CANTIK BELAKA

ATTENTION

Assalamualaikum..
Disini diingatkan bahawa perkara-perkara yang berkaitan dengan agama, diminta dibuat rujukan terlebih dahulu dengan orang yang lebih arif dalam bidang ini..sebelum mengambilnya sebagai rujukan..
Sekian..

!!!!!!!!!!!!!!!! MY BLOG LIST !!!!!!!!!!!!!!!!

21 June 2011

Nabi Idris dan Pedoman Hidup

assalamualaikum

Hari ini hendak berkongsi sedikit mengenai pedoman hidup Nabi Idris a.s. Sebelum itu mari kita baca serba sedikit mengenai biodata Nabi Idris a.s.

Nabi Idris a.s adalah keturunan keenam Nabi Adam, putera dari Yazid bin Mihla'iel bin Qoinan bin Anusy bin Syith bin Adam a.s dan dia adalah keturunan pertama yang dikurniakan kenabian setelah Adam dan Syith. Nabi Idris a.s mengikut sementara riwayat bermukim di Mesir, di mana ia berdakwah untuk agama Allah s.w.t. mengajarkan tauhid dan beribadah menyembah Allah s.w.t. serta memberi beberapa pedoman hidup bagi pengikut-pengikut agar menyelamatkan diri dari siksaan di akhirat dan kehancuran serta kebinasaan di dunia. Ia hidup sampai berusia 82 tahun.

Di antara beberapa nasihat dan kata-kata mutiaranya ialah :- 

1. Kesabaran yang disertai iman kepada Allah s.w.t. membawa kemenangan.
2. Orang yang bahagia adalah orang yang merendah diri dan mengharapkan syafaat dari Tuhannya dengan amal-amal solehnya.    
3. Bila kamu memohon sesuatu daripada Allah s.w.t. dan berdoa, maka ikhlaskanlah niatmu. Demikian pula puasa dan sembahyangmu.
4. Janganlah bersumpah dengan keadaan kamu berdusta dan janganlah menuntut sumpah dari orang yang berdusta agar kamu tidak menyekutui mereka dalam dosa.
5. Bertaatlah kepada raja-rajamu dan tunduklah kepada pembesar-pembesarmu serta penuhilah selalu mulut-mulutmu dengan ucapan syukur dan puji kepada Allah s.w.t.
6. Janganlah mengiri orang yang mujur nasibnya kerana mereka tidak akan banyak dan lama menikmati kemujuran nasibnya. 
7. Barangsiapa melampaui kesederhanaan, tidak suatupun akan memuaskannya.
8. Tanpa membahagi-bahagikan nikmat yang diperolehi, seseorang tidak dapat bersyukur kepada Allah s.w.t. atau nikmat-nikmat yang diperolehinya itu.

sekian..
sebagai renungan..

*Moga dapt menjadi pedoman di dalam hidup kita.

22 comments:

  1. thanks sbb share info biodata & pedoman Nabi Idris :)

    ReplyDelete
  2. salam
    syukran share pasal ni,..insyaAllah dpt mjadi pdoman dalam hidup

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah..ameen

    ReplyDelete
  4. thanks for sharing..nice entry :)

    Latest Entry: Doodle buat mereka part 2

    ReplyDelete
  5. entri yang bagus !! i like it ..
    sharing is caring

    ReplyDelete
  6. wassalam..terima kasih sudi berkongsi entri yg bagus sebegini.. :)

    ReplyDelete
  7. Betapa mulia nya sifat nabi..
    terima kasih diatas penrkongsian info ini :)

    ReplyDelete
  8. As Salam , dtg menjenguk tuan tanah . hahha , ni ape citer ni ? ohh ... cerita tentang Nabi Idris a.s .. emm .. Alhamdulillah , info yg sgt memberi pengetahuan .. ;)

    ReplyDelete
  9. Terima kasih atas info dan penceritaan yg berguna ni..

    ReplyDelete
  10. info yang menarik dan juga untuk padoman bagi orang yang kurang beriman....cara buat 3 colum pada footer template blog

    ReplyDelete
  11. insyaALLAH akn dijadikan pedoma hidup..may us be bless always...

    p/s:kdg2 tertanye2 ikhlas ke hati nih buat kebaikan?sbb syaitan xkan berenti berbisik smpai hati pon xpasti.sedih rase...

    ReplyDelete

komen-komen lah untuk mengeratkan silaturahim..
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...