HENSEM DAN CANTIK BELAKA

ATTENTION

Assalamualaikum..
Disini diingatkan bahawa perkara-perkara yang berkaitan dengan agama, diminta dibuat rujukan terlebih dahulu dengan orang yang lebih arif dalam bidang ini..sebelum mengambilnya sebagai rujukan..
Sekian..

!!!!!!!!!!!!!!!! MY BLOG LIST !!!!!!!!!!!!!!!!

31 July 2011

Ramadan Datang Lagi


Assalamualaikum..
Di bulan ramadan ini, orang islam diwajibkan berpuasa selama sebulan bagi mengikut rukun islam yang ketiga. Berdosa bagi sesiapa yang tidak berpuasa pada bulan ramadan.

" Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. " - (surah Al-Baqarah: 183)

Dikesempatan ini, saya hendak kongsikan niat untuk berpuasa..

Lafas Niat Ringkas..

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.

Lafas Niat Lengkap

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Lafaz Niat Sebulan

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

sekian.. 
sebagai renungan..

*Sempena pada bulan ramadan yang mulia ini, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat..

25 July 2011

Belajar Asas Kod HTML 3

Assalamualaikum..

Setelah berkongsi asas-asas kod HTML pada entri-entri yang lepas. Mengenai pengunaan bentuk tulisan  dan pengenalan HTML di Belajar Asas Kod HTML 1 dan tag-tag utama yang terdapat di dalam kod HTML di Belajar Asas Kod HTML 2

Di entri pada kali ini, saya hendak berkongsi dengan anda untuk membuat jadual dengan mengunakan kod HTML.

Jadual yang dimaksudkan adalah seperti dibawah ini:

Merah Hijau
Kuning Unggu
Biru Hitam

Tapi sebelum itu, mari kita pelajari beberapa tag-tag utama untuk membuat sesebuah jadual

<table>
Mentakrifkan jadual

<th>
Mentakrifkan header jadual

<tr>
Mentakrifkan baris jadual

<td>
Mentakrifkan sel jadual

Selepas kita mengetahui jenis-jenis tag dan kegunaan setiap tag ini, baru lah kita boleh membuat satu jadual yang lengkap..

Ini merupakan satu contoh arahan untuk membuat jadual

<table border="1">
<tr>
<th>Header 1</th>
<th>Header 2</th>
</tr>
<tr>
<td>row 1, cell 1</td>
<td>row 1, cell 2</td>
</tr>
<tr>
<td>row 2, cell 1</td>
<td>row 2, cell 2</td>
</tr>
</table>

Hasilnya adalah seperti jadual yang dibawah..

Header 1 Header 2
row 1, cell 1 row 1, cell 2
row 2, cell 1 row 2, cell 2

Setiap warna yang di highlight akan menghasilkan ruangan baris dan sel di dalam jadual tersebut.. Jika tidak mahu header, anda hanya perlu membuang warna merah itu sahaja berserta <tr> dan </tr>
untuk menambah kan ruangan pada baris dan jadual, perlulah menambah kan lagi arahan-arahan pada kod anda..

Sebagai contoh yang lain, kita hendak membuat satu jadual yang mengandungi bulan, hari, jam dan minit

<table border="1">
<tr>
<th>Bulan</th>
<th>Hari</th>
<th>Jam</th>
<th>Minit</th>
</tr>
<tr>
<td>Julai</td>
<td>31</td>
<td>744</td>
<td>44, 640</td>
</tr>
<tr>
<td>Ogos</td>
<td>31</td>
<td>744</td>
<td>44, 640</td>
</tr>
<tr>
<td>September</td>
<td>30</td>
<td>720</td>
<td>43, 200</td></tr>
<tr>
<td>Oktober</td>
<td>31</td>
<td>744</td>
<td>44, 640</td> </tr>

</table>

dan hasilnya adalah seperti ini:

Bulan Hari Jam Minit
Julai 31 744 44, 640
Ogos 31 744 44, 640
September 30 720 43, 200
Oktober 31 744 44, 640

sekian..
sebagai renungan..

* Diharap anda boleh menghasilkan satu jadual yang menarik..he3..nanti anda boleh lah membuat jadual pada ruangan komen pada entri-entri dengan mengunakan kod HTML ini..

18 July 2011

Hadiah Yang Terbaik


assalamualaikum..

Hari ini saya hendak kongsikan hadiah-hadiah yang terbaik yang patut kita beri kepada orang disekeliling kita.. Mungkin kita tidak sedar, begitu pentingnya hadiah ini.. Hadiah ini bukanlah berupa wang, kereta, rumah atau sebagai nya.. Hadiah ini lebih tinggi nilai dari semua itu.. Apabila kita memberikan hadiah ini, kita akan berasa lebih disayangi..

Hadiah kepada kawan - Kesetiaan 

Hadiah kepada musuh - Kemaafan 

Hadiah kepada ketua - Khidmat 

Hadiah kepada orang muda - Contoh terbaik 

Hadiah kepada orang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan

Hadiah kepada pasangan - Cinta dan ketaatan

Dengan memberikan hadiah sebegini rupa, insyalallah kita akan berasa lebih disayangi dan dihargai,,

sekian..
sebagai renungan..

* Hadiah untuk penulis, kongsilah bersama-sama.. ;)

11 July 2011

Sibuk Bekerja

Assalamualaikum..

Hari ini entri lebih kepada personal..hehehe.. Seminggu yang lepas tuan tanah baru memulakan alam perkerjaan.. Jadi, tuan begitu sibuk bekerja hingga kurang masa untuk BW atau membalas kunjungan teman-teman blog..sedih sangat tau tak boleh BW macam dulu~ Walaupun begitu, tuan tanah akan sentiasa berkongsi info-info yang menarik walaupun sibuk bekerja..hehehe..itu semestinya :)

Dikesempatan ini, ingin memberitahu: Blog ini akan kurang diupdate dengan tuan tanah yang begitu sibuk bekerja dan akan kurang nya masa untuk tuan tanah menjalankan aktiviti BW.. Kepada pengujung yang datang ke blog ini, maaf lah jika tidak sempat untuk membalas kunjungan anda atau membalas komen anda.. Tetapi, tuan tanah ini  akan cuba membalas kunjungan blog anda semua walaupun sibuk bekerja..

sekian
Sebagai Renungan

* 1st menamakan diri sendiri sebagai tuan tanah..hehehe :)

09 July 2011

Kabinet Iblis Laknatullah


Assalamualaikum..

Mendengar tajuk nya saja, mesti ada terbayang kabinet menteri atau parlimen.. Tapi bukan itu yang hendak dimaksudkan berdasarkan tajuk diatas dan tiada kaitan langsung dengan parlimen atau sewaktu dengan nya.. Apa yang hendak dikongsikan oleh saya adalah kabinet mengenai iblis. Iaitu musuh kita semua.. Bukan negara saja ada kabinet malah iblis pun ada kabinet dia jugak.. Kabinet yang dibuat untuk menyesatkan umat Nabi Muhammad S.A.W.. Mari bersama kita mengetahui kabinet iblis ini

Presiden / Perdana Menteri / Field Marshall = Iblis

Agenda Utama :

Menyesatkan manusia supaya sentiasa mungkar dan mengingkari perintah Allah s.w.t dan membuat kezaliman di muka bumi.

Kementerian :

Nama: Zailatun
Kementerian : Perdagangan Gelap Dan Tipu Muslihat
Tugas: Mengajak peniaga supaya menipu, berdusta, mengurangi timbangan, menjalankan riba dan lain-lain.

Nama: Wawatsin
Kementerian: Kemarahan Dan Ketidaksabaran
Tugas: Mengajak manusia supaya tidak sabar, mengeluh, manyalahkan Allah S.W.T bila datang musibah, tergopoh gapah, sombong dan lain-lain.

Nama: Akwan
Kementerian: Kezaliman Dan Kemaksiatan
Tugas: Mengajak manusia melakukan kezaliman, khusunya remaja, mengajak melakukan kemungkaran, memperlihatkan perbuatan jahat itu baik dan perbuatan baik itu jahat.

Nama: Hafaf
Kementerian: Penyesatan Dan Kekufuran
Tugas: Menghasut manusia untuk minum arak untuk menyesatkan mereka yang akhirnya membawa kepada maksiat lain dan kekufuran ( sebaba arak adalah ibu segala maksiat)

Nama: Wamurah
Kementerian: Hiburan, Khayalan Dan Kemungkaran
Tugas: Menghasyt manusia supaya suka kepada hiburan yang melalaikan, menyayi, menari dan segala seni yang menjauhkan diri dari mengingati Allah S.W.T

Nama: Laqwal
Kementerian: Kesesatan Dan Murtad
Tugas: Mempengaruhi manusia supaya tetap kafir, musyrik dan murtad hingga hilang keimanan kepada Allah S.W.T

Nama: A'war
Kementerian: Penggodaan Dan Penzinaan
Tugas: Mempengaruhi lelaki dan wanita supaya melakukan zina melalui panahan mata.Merupakan pakar seks haram.

Nama: Al-Wasnan
Kementerian: Kemalasan Dan Penangguhan
Tugas: Mengajak manusia malas melakukan ibadah, lalai bila melakukan ibadah dan menangguh dariapada melakukan kabaikan.

Nama : Dasim
Kementerian: Perosak Rumah Tangga Dan Keluarga
Tugas: Menggoda suami isteri, anak-anak dan ahli keluarga supaya bergaduh, curang, khianat, sumbang mahram dan lain-lain.

Nama: Dajjal
Kementerian: Syirik Dan Kerosakan Di Muka Bumi
Tugas: Akan muncul ketika hampir kiamat, mengaku tuhan, menggoda manusia dan memaksa manusia menyembahnya.

sekian
Sebagai Renungan..

* Diharap kita dapat mempelajari sesuatu.. Petikan dari satu forum..

03 July 2011

Hapuskan Password Yang Tersimpan Dalam PC

Assalamualaikum

Hari ini saya hendak berkongsi dengan anda cara untuk menghapuskan password yang terdapat di dalam komputer anda. Tapi ia hanya untuk penguna Mozilla Firefox saja.. Mungkin anda tidak tersedar kadang-kadang password tersimpan dengan sengaja di dalam komputer. Ini penting kerana, kita kadang-kadang on9 di kedai komputer atau laptop lain..Disini akan diberitahu cara untuk membuangkan password anda jika terdapat didalam komputer. Bagi yang dah tahu tutup mata dan baca entri yang lain..hehehe Selalunya password ini akan tersimpan di dalam perisian internet anda.. contohnya

Mozilla Firefox..
 
   Tekan Tools kemudian, Options
Kemudian tekan Security dan seterusnya Saved Passwords
Kemudian akan keluar kotak ini..Anda pastikan bahawa tiada email anda terdapat disini..Jika ada, anda Remove kan.. Show Passwords akan menunjukan passwords yang telah disimpan dalam komputer..

sekian..
Sebagai Renungan

* Bagi perisian lain, masih mencari-cari..Kalau yang tahu kongsilah bersama-sama :)

01 July 2011

Kisah Si Penjual Tempe

Assalamualaikum

Hari ini, saya hendak kongsikan satu cerita iaitu mengenai Si Penjual Tempe. Jum kita sama-sama membaca dan menghayati isi pengajaran yang hendak disampaikan. Semoga kita bersama-sama memperoleh faedah daripada cerita ini.

ceritanya :

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi,
separuh jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman ALLAH yang menyatakan bahawa ALLAH dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa? Ya ALLAH, aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin..

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa ALLAH pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh ALLAH. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi.? Ya ALLAH, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin..

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin
meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul.

Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban ALLAH akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa.? Ya ALLAH, aku percaya,
Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin?. Lalu dia pun berangkat. Disepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa berdoa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yang berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun terkejut seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada ALLAH kerana doanya tidak dikabulkan.

Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh
dibawa pulang. Namun jauh disudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada ALLAH, pasti ALLAH akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir? Ya ALLAH, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini.?

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita? Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi.? Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi.

Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya?Ya ALLAH, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin..

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada ALLAH. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu? Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi??

Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England,si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum
jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti disana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh ALLAH?

sekian

Sebagai Renungan..

* Pengajarannya adalah kita sering memaksakan kehendak kita kepada ALLAH sewaktu berdoa, padahal sebenarnya ALLAH lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...