HENSEM DAN CANTIK BELAKA

ATTENTION

Assalamualaikum..
Disini diingatkan bahawa perkara-perkara yang berkaitan dengan agama, diminta dibuat rujukan terlebih dahulu dengan orang yang lebih arif dalam bidang ini..sebelum mengambilnya sebagai rujukan..
Sekian..

!!!!!!!!!!!!!!!! MY BLOG LIST !!!!!!!!!!!!!!!!

06 May 2011

Bercinta Tidak Semestinya Berkahwin


asalamualaikumm..

tajuk entri yang agak pelik.hehe Sebenar nya bercinta ini banyak. cintakan alam sekitar, cintakan negara, cintakan  tuhan dan macam2 lagi..yang hendak dimaksudkan berdasarkan tajuk entri diatas adalah bercinta sesama manusia. Atau lebih khusus lagi lelaki dan perempuan, adam dan hawa..

Bila tanya semua orang, mesti ada pengalaman bercinta seperti itu. tidak kira la kat sekolah, tempat keja, atau dimana2 sahaja..Bercinta ini juga mesti ada yang manis, kalau yang manis ada pahit apa lah lagi kan.

Didalam entri ni hendak berkongsi la sedikit beberapa adab yang perlu dijaga semasa bercinta. Jangan ingat makan je ada adab, bercinta pun ada jugak :)
Antara adab2 nya adalah :

1.Menjaga batas-batas pergaulan dengan tidak menyentuh sesama sendiri, tidak membuang masa berjam-jam dengan bertelefon atau berbual-bual, dan tidak menjadikan pergaulan mereka seperti suami isteri yang sudah sah dinikahkan. Mereka harus sedar dan berasa malu kerana mereka masih belum mempunyai sebarang hak ke atas satu sama lain.

2.Menghormati maruah dan harga diri masing-masing, dalam erti kata lain tidak membenarkan diri berdua-duaan dengan kekasih, kerana orang yang ketiga adalah syaitan. Di samping itu tidak berhias-hias atau menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat kekasih. Sebaik-baiknya sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku mereka.

3.Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. Restu daripada ibu bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai kelangsungan daripada cinta itu. Ibu bapa harus memainkan peranan dengan memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batasan akhlak dan ajaran agama semasa bercinta.

4.Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.

5.Sentiasa melakukan solat Istikharah bagi meneguhkan hati supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta, rupa atau keturunannya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya. Solat istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaannya itu untuk mendirikan rumah tangga yang terpelihara. Sekiranya dia bercinta tanpa niat untuk berumah tangga tetapi sekadar ingin bermain-main dan bersuka ria, maka percintaan itu adalah penipuan dan setiap perbuatan ke arah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Allah.

Tujuan saya berkongsi semua ini adalah untuk mengelakkan kita dari terjerumus ke dalam lembah maksiat. Bercinta sekarang tidak bereti kita akan dapat berkahwin denganya. Bercinta pun jangan la terlalu taksub sangat. Ingat orang2 tersayang sama.Jadi jaga la adab, yang penting sekali maruah keluarga. :) Mesti kita akan berasa malu jika suatu hari nanti kita berkahwin dengan orang lain dan berjumpa dengan cinta lama kita jika tidak menjaga adab2.

sekian..
sebagai renungan..

9 comments:

  1. (^^!
    BERCINTA tu susah..
    kalau x dapat kawal adab nahas jadi..
    ya Allah..jadikan diriku mereka2 yang mnjaga maruah baik dalaman mahupun luaran..

    ReplyDelete
  2. tq 4 the info! sgt brguna... =)

    ReplyDelete
  3. cinta itu memang indah..
    tapi kadang2 kite yang memburukkan die..
    nyway.. gud info.. keep it up.. :)

    ReplyDelete
  4. betol betol tuu , sukeee entry ni ! heee , ;DD

    do follow my blog
    www.teyqahd.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. betul3. setuju sgt2 dgn entri ni.
    bagussssssss :P

    ReplyDelete
  6. salam...

    jodoh ialah rahsia tuhan...kita hanya mampu merancang..

    ReplyDelete
  7. setuju, dlu aku bagai nak rak bercinta tapi last clash jugak...
    frust yer...
    =(

    ReplyDelete
  8. ada ke bercinta dulu sebelum kawin dalam Islam???

    ReplyDelete

komen-komen lah untuk mengeratkan silaturahim..
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...