HENSEM DAN CANTIK BELAKA

ATTENTION

Assalamualaikum..
Disini diingatkan bahawa perkara-perkara yang berkaitan dengan agama, diminta dibuat rujukan terlebih dahulu dengan orang yang lebih arif dalam bidang ini..sebelum mengambilnya sebagai rujukan..
Sekian..

!!!!!!!!!!!!!!!! MY BLOG LIST !!!!!!!!!!!!!!!!

16 May 2011

Mengapa Budaya Ilmu Penting

asalamualaikum..

Pada hari ini, saya hendak berkongsi mengenai budaya ilmu @ menuntut ilmu. Ada pepatah yang menyatakan menuntut ilmu biarlah sampai ke negeri cina. Ini mengambarkan begitu banyak kepentingan menuntut ilmu dari segi jasmani dan rohani. Disini saya kongsikan kepentingan budaya ilmu itu sendiri.

1.Kedudukan istimewa manusia di bumi dijelaskan oleh Allah dalam Al-Quran: Hanya orang yang berilmu berupaya mentaati Allah dengan sebaik-baiknya. (Surah al-Fatir (35):281.

2.Seorang yang berilmu agama lebih kuat menentang syaitan daripada seribu orang yang beribadat (tanpa ilmu yang cukup) – Hadis Tirmidhi dan Ibn Majah.

3.“Ilmu adalah ketua bagi amal; amal menjadi pengikutnya.” – Muadh bin Jabal (Sahabat Rasulullah)

4.Ekonomi bangsa yang tidak berilmu hanyalah ekonomi tumpangan yang menanti belas ihsan bangsa kaya dan maju untuk membuat pelaburan dan memaksakan syarat-syarat tertentu keatasnya.

5.Prasyarat awal dan terpenting bagi kejayaan, kekuatan dan kebahagiaan seseorang atau sesuatu bangsa adalah pembinaan budaya ilmu yang bersepadu dan jitu.

6.Seseorang individu atau sesuatu bangsa yang mempunyai kekuasaan dan kejayaan tidak boleh mempertahankan miliknya, apatah lagi mengembangkannya tanpa budaya ilmu yang baik. Malah dia akan bergantung kepada orang atau bangsa lain yang berilmu.

sekian..
sebagai renungan

*semoga kita sentiasa mempunyai semangat untuk terus menambahkan ilmu pengetahuan..

7 comments:

  1. salam

    sekadar berkongsi juga :)
    menuntut ilmu smpai ke negeri china bukanlah pepatah..tetapi merupakan hadis palsu. Mungkin terhasil kerana hubungan negara Arab yang ketika itu sudah semakin luas hingga ke negara Asia spt China telah membuatkn kata-kata ini terlahir. wallahu'alam. Betulkan jika saya dah salah.

    :)

    ReplyDelete
  2. menuntut ilmu itu tak ada pghujungnya..
    sekecil-kecil / sesingkat-singkat masa yg berlalu, pasti ada terselit setitik situasi yg memberi kita ilmu, tnpa kita sedari. (pendapat saya lah)

    TQ

    ReplyDelete
  3. ilmu itu penting, nanti orang cakap kita "bodoh", kita tak suka, jadi kita mesti pentingkan ilmu kerana kita semua ada akal untuk berfikir dengan waras dan kita semua adalah pintar kerana kita diberi otak.

    ReplyDelete
  4. salam n good monink..yana dtg meninggalkan jejak kat sini..happy holidayyy :)

    ReplyDelete
  5. Dan ilmu itu juga adalah luas maksudnyakan.. tidak semestikan duduk di hadapan sang guru..tapi saya tertarik dengan poin 3 terakhir..rasa seperti terkena batang hidung..

    ReplyDelete
  6. saya pernah terdengar bahawa kematian seorang yang berilmu adalah lebih terasa kehilangannya dari kematian seorang yang alim.

    http://akuislam.com/blog/renungan/menjadi-multiple-intelligent/#axzz1MNwUNRLO

    ReplyDelete

komen-komen lah untuk mengeratkan silaturahim..
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...