HENSEM DAN CANTIK BELAKA

ATTENTION

Assalamualaikum..
Disini diingatkan bahawa perkara-perkara yang berkaitan dengan agama, diminta dibuat rujukan terlebih dahulu dengan orang yang lebih arif dalam bidang ini..sebelum mengambilnya sebagai rujukan..
Sekian..

!!!!!!!!!!!!!!!! MY BLOG LIST !!!!!!!!!!!!!!!!

17 May 2011

Jom Masak Nasi Dagang


asalamualaikum..

Wah best nye dapat makan nasi dagang..hahaha..memang favourite ni.. 1st time jatuh cinta dekat nasi dagang ini masa pergi melawat kakak dekat terengganu. Dia belajar sana, mula2 makan tu. Terus jatuh cinta dengan kelazatan gulai nya ditambah dengan beras yang digunakan yang agak unik..he3 membuatkan selera makan bertambah2..ha3 ;)

Nasi dagang ini selalunya dikaitkan dengan terengganu la..Tapi tidak tahu apa sebabnya, mungin beras tu ditanam kat sana kot. Apa2 pun nanti kita pergi tanya orang terengganu. Sekarang rasa nya dekat pasar2 malam dekat rumah2 kita pun ada. Cuba pergi cari2 and survey. Mesti ada. Dah jumpa pastu beli. Cuma rasa, memang tiada bandingan nya la.ha3. Tapi ikut pada tukang masak sama la..he3

Disini hendak kongsi sikit Cara-cara hendak memasak nasi dagang ini. Terdapat dua subtopic..he3

Cara-cara memasak kuah: 

Mula-mula semua bahan untuk kuah di'blender' kecuali kerisik, nisan, santan dan kulit kayu manis. Selepas itu masak santan hingga naik minyak sedikit barulah dicampur bahan-bahan yang diblender, kerisik, nisan dan kulit kayu manis. Masak biar lama (api perlahan) bila santan surut separuh diisi air lagi hingga paras yang pertama, langkah ini hendak diulang lagi selepas air surut separuh lagi baru letak ikan yang direbus bersama air rebusan dan separuh dari asam gelugur yang diguna untuk rebus ikan, air ditambah lagi sehingga paras pertama dan dimasak api perlahan sehingga kuah pekat dikacau sekali-sekali.( masak kuah makan masa lebih kurang 7 jam, dengan yang demikian kuah menjadi warna gelap dan tulang ikan reput macam sardin di dalam tin. 

Cara-cara memasak nasi: 

Beras hendaklah direndam selama 8 jam. Beras yang direndam tadi hendaklah dibasuh dan dikukus kosong sehingga masak, kemudian diangkat dan digaul rata dengan santan cair, bawang merah yang dimayang dan halba. Kemudianckukus sekali lagi hingga masak dan diangkat dan digaul bersama santan pekat (diperolehi dengan memerah santan menggunakan air masak)yang sudah dicampur gula dan garam. Nasi sudah siap.

 Begitu la cara memasak nya. Terus rasa lapar bila tulis entry ini..he3. Bahan2 hendak dibuat sila rujuk internet @ orang yang tahu. Si penulis ini tidak tahu, dia tahu makan je..ha3.

disini saya hendak kongsi kan sedikit dari komen yang disediakan oleh afzainizam :

Nasi dagang sangat enak rasanya, tambah lagi jika dimasak oleh orang yang mahir memasaknya.Bagi mereka yang baru belajar mungkin tidak lagi mampu melahirkan keenakan tersebut.

Nasi dagang Terengganu biasanya diperbuat daripada campuran beras dan beras pulut dan dimasak bersama-sama santan kelapa.Ia dihidangkan dengan kuah nasi dagang yang dimasak dengan menggunakan rempah khas (berlainan dengan rempah kari biasa). Ikan yang digunakan biasanya ikan aya hitam (ikan tongkol) yang bersaiz besar, dipotong. Selain itu acar timun juga disediakan.

Nasi dagang dikatakan dikenali sedemikian kerana, hanya mempunyai satu lauk (tanpa acar timunnya). Mudah, bagaikan mereka yang dalam perdagangan tanpa penyediaan lauk-pauk yang banyak.

terima kasih kepada afzainizam kerana konsikan bersama..

sekian..
sebagai renungan..

*Kongsi cara-cara masak ini macam la tahu..Ni pun ciplak dari mak punya..ha3

8 comments:

  1. waaa,,bgge fara sbgai rakyat terengganu!hihii
    nasi dagang mmg best,,bese org terengganu mkn buat breakfst tau,,hihi

    ReplyDelete
  2. a'a..best sngat..
    owh ya ke..
    saya makan je..x kira dah..he3..
    apa2 pun thnk.dtng sini..

    ReplyDelete
  3. selalunya hari raya mom buat nasi dagang ni...

    ReplyDelete
  4. mamaema : owh..tpi nasi ni mmng sedap tmbah ngan kuah gulai dia plak kan.. ;)

    ReplyDelete
  5. nasi kerabu kalu dimakan dengan lauk ayam bakar pun sodap! heeeeee

    ReplyDelete
  6. Nasi dagang sangat enak rasanya, tambah lagi jika dimasak oleh orang yang mahir memasaknya.Bagi mereka yang baru belajar mungkin tidak lagi mampu melahirkan keenakan tersebut.

    Nasi dagang Terengganu biasanya diperbuat daripada campuran beras dan beras pulut dan dimasak bersama-sama santan kelapa.Ia dihidangkan dengan kuah nasi dagang yang dimasak dengan menggunakan rempah khas (berlainan dengan rempah kari biasa). Ikan yang digunakan biasanya ikan aya hitam (ikan tongkol) yang bersaiz besar, dipotong. Selain itu acar timun juga disediakan.

    Nasi dagang dikatakan dikenali sedemikian kerana, hanya mempunyai satu lauk (tanpa acar timunnya). Mudah, bagaikan mereka yang dalam perdagangan tanpa penyediaan lauk-pauk yang banyak.

    ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    " Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Maaf lama tak ziarah kamu semua….
    Jom Terjah entry terbaru ??
    diy spray bumper dan grip handle pintu

    ReplyDelete
  7. tangan dalam seluar : beli je kat pasar malam..hehehe
    cik pha : ya ke..tq for sharing.
    afzainizam : ni mmng orng terenganu pure ni..hehehe boleh tlong masak x..hehehe thank for sharing..

    ReplyDelete

komen-komen lah untuk mengeratkan silaturahim..
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...