HENSEM DAN CANTIK BELAKA

ATTENTION

Assalamualaikum..
Disini diingatkan bahawa perkara-perkara yang berkaitan dengan agama, diminta dibuat rujukan terlebih dahulu dengan orang yang lebih arif dalam bidang ini..sebelum mengambilnya sebagai rujukan..
Sekian..

!!!!!!!!!!!!!!!! MY BLOG LIST !!!!!!!!!!!!!!!!

01 November 2011

Teknik Membaca Yang Berkesan

Assalamualaikum..

Membaca adalah satu hobi yang amat baik sekali. Dengan membaca pelbagai ilmu pengetahuan yang dapat kita perolehi. Disini saya hendak kongsikan teknik membaca yang berkesan iaitu Sistem PQRST. Sistem PQRSTadalah suatu teknik membaca yang diperkenalkan oleh Thomas, Ellen LamarRobinson dan H. Alan dalam buku mereka yang bertajuk "Improving Reading In Every Class".

Berikut adalah tunjang Teknik Membaca PQRSTini. Terdapat 5 langkah yang menjadi dalam teknik ini.

(a) Preview (Tinjau)

Preview. TINJAU tajuk-tajuk utama pada keseluruhan buku atau bab tertentu denganmemberi perhatian kepada tajuk-tajuk besar dan kecil padanya. Tujuan utama proses peninjau ini adalah untuk anda mendapatkan gambaran keseluruhan tentang isi-isi penting pada buku atau bab-bab dalam buku itu. Dengan mendapat segera tentang gambaran kandungan buku itu, fikiran anda akan lebih tertumpu kepada isu-isu utama yang dibincang atau diutarakan pada buku tersebut.

(b) Question (Soal)

Question. SOAL diri anda dengan menjadikan tajuk besar dan kecil dalam bab itu sebagaisoalannya. Misalnya, tajuk bagi seksyen ini ialah Meningkatkan Mutu Pembacaan. Bentuk soalan yang boleh anda buat adalah "Bagaimanakah saya dapat meningkatkan mutu pembacaan saya" Dengan adanya soalan itu semasa anda membaca, tumpuan fikiran anda akan lebih fokus kepada mencari jawapan atau jawapan-jawapan tentang soalan yang tertumpu pada fikiran anda pada ketika anda membaca.

(c) Read (Baca)

Read. Sambil MEMBACA tumpukan perhatian untuk mendapatkan bahan bacaan anda, jawapan bagi soalan yang anda telah timbulkan itu. Ini merupakan suatu pembacaan yang aktif. Oleh itu, carilah tempat tumpuan, di mana anda boleh membaca dengan sepenuhnya. Dengan berbuatkan keberkesanan dan impak proses demikian, anda akan dapa meningkatkan pemahaman serta pengingatan anda terhadap idea-idea utama bahan yang dibaca.

(d) Self - Recitation (Menyebut Kendiri)

Self - Recitation. MENYEBUT KENDIRI ialah suatu proses di mana anda mencuba ingat fakta utama atau bahan yang anda telah baca. Adalah lebih berkesan jika anda menyebutkan fakta-fakta kepada diri anda secara lisan. Tujuan utamanya ialah untuk mengingat semula apa yangandatelah baca iaitu dengan menggabungkan semua proses secara serentak.

(e) Test (Uji)

Test. UJI diri anda setelah anda habis membaca keseluruhan bab. Fikirkan berapa banyakkah idea-idea daripada bab yang baru anda baca itu dapat anda ingati. Pada peringkat inilah anda harus mula menyimpan apa yang telah anda pelajari ke dalam ingatan jangka panjang anda.


Dengan menggunakan Teknik Membaca PQRST, masalah terlalu banyak untuk dibaca akan dapat anda atasi. Teknik Membaca PQRST ini memudah dan mempercepatkan proses pembacaan serta pengingatan anda.

Disini dikongsikan lagi satu kaedah membaca dengan berkesan. Mungkin sedikit berbeza dengan Teknik PQRST.

Fokuskan Kepada Isu Yang Anda Baca

Semasa membaca, tumpukan sepenuh perhatian dan fikiran anda kepada TOPIK yang anda sedang baca.

Fahami Dahulu Baru Hafal

Tumpukan perhatian kepada MEMAHAMI dan mendapat idea-idea atau fakta-fakta utama bacaan anda. Jangan hiraukantahap kelajuan membaca anda. Yang penting ialah anda faham apa yang anda sedang baca.Anda akan lebih mudah mengingati fakta-fakta atau isi-isi utama / bahan-bahan yang anda baca jika anda memahami apa yang anda baca. Menghafal tanpa memahami apa yang anda baca boleh menyebabkan anda cepat bosan belajar. Jika anda faham apa yang anda baca, minat anda akan meningkat untuk membaca seterusnya. Di samping itu, anda pula akan lebih mudah membuat nota daripada bacaan anda.

Perkataan yang Anda Tidak Mengerti

Sekiranya terdapat perkataan-perkataan yang anda tidak tahu ertinya semasa anda membaca, anda tidak harus serta-merta membuka kamus jika perkataan itu tidak begitu penting. Memberhentikan bacaan untuk mendapat pengertiannya akan mengganggu proses pembacaan anda. Anda hendaklah tandakan dengan pensil perkataan yang anda tidak fahami itu. Apabila selesai bacaan, barulah anda cari pengertiannya.

Perbendaharaan Kata

Setiap perkataan baru yangterdapat dalam bahan bacaan, hendaklah anda kumpulkan ke dalam sebuah buku khas. Di samping perkataan itu, catatkan pengertiannya serta ayat yang sesuai bagi perkataan tersebut.Cuba gunakan perkataan-perkataan itu dalam karangan dan percakapan anda sehari-hari. Dengan cara ini anda akan dapat memperluaskan pengetahuan anda tentang perkataan-perkataan, baik dari segi pengertian mahupun kegunaannya. Dengan adanya perbendaharaan kata yang luas, bukan saja
bacaan anda menjadi lancar, bahkan anda akan lebih mudah memahami semua yang terkandung dalam buku itu.

Gambar Rajah

Anda hendaklah memberi perhatian kepada gambar-gambaratau rajah-rajah di dalam buku. Biasanya, gambar atau rajah mengandungi maksud yang menerangkan sesuatu dengan lebih jelas. Ini membolehkan anda memahami huraian buku tersebut dengan lebih mudah. Ingat peribahasa Cina ini: "A picture is worth a thousand words".

sekian
Sebagai Renungan

Entri Lama : Pembohongan Seorang Ibu, Adakah Blog Anda Untuk Orang Dewasa??, Perlu Bayar Zakat Emas, Perkara Yang Menjejaskan Prestasi Komputer, Kasih dan Sayang ibu

8 comments:

komen-komen lah untuk mengeratkan silaturahim..
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...