Disini, saya hendak berkongsikan sedikit mengenai satu penyakit yang dikenali sebagai Sakit Jantung. Seperti kita ketahui penyakit ini bukan sahaja berlaku pada golongan tua, malahan golongan muda juga berpontensi untuk menghidap penyakit ini.
Apakah yang dimaksudkan dengan Sakit Jantung?
Serangan jantung terjadi apabila aliran darah ke bahagian otot jantung tersumbat, sekiranya aliran darah ini tidak dipulihkan dengan cepat, bahagian otot jantung menjadi rosak kerana kekurangan oksigen dan boleh menyebabkan kematian. Meskipun peranan jantung merupakan pam darah beroksigen ke seluruh badan, otot jantung juga memerlukan bekalan oksigen yang dibekalkan oleh arteri koronari.
Sebab berlakunya Sakit Jantung?
Menurut US National Heart Lung and Blood Institute serangan jantung sering terjadi akibat dari satu keadaan yang disebut Penyakit Arteri Koronari. (CAD). Penyakit ini terjadi akibat pengumpulan lemak bertahun-tahun sejak kita mula berumar 10 tahun yang dipanggil plak yang terkumpul di bahagian dalam arteri koronari (arteri yang membekalkan darah dan oksigen ke jantung), pengumpulan plak yang berterusan ini akan membentuk darah beku, sekiranya bekuan itu makin membesar, maka ianya akan menghalang penghantaran darah beroksigen ke bahagian otot jantung seterusnya otot jantung gagal berfungsi kerana kekurangan oksigen (oksigen amat diperlukan oleh sel untuk menjalankan respirasi sel). Sesiapa sahaja terdedah mendapat serangan jantung, sekiranya tiada unsur pencegahan dilakukan besar kemungkinan seseorang mendapat serangan jantung.
Tanda-tanda Sakit Jantung
- Dada merasa tidak selesa sekali sekala.
- Rasa kelesuan dan keletihan.
- Ketidakselasaan pada satu atau kedua-dua lengan, punggung, leher, rahang atau perut.
- Sesak nafas.
- Rasa mual (perasaan sakit perut) muntah, pening kepala dan hilang kordinasi.
- Kerap berpeluh tanpa sebab.
Perkara yang mudah dilakukan adalah mengubah suai pemakanan seharian bagi mengurangkan risiko diserang penyakit jantung. Makanan yang bermanfaat untuk kesihatan jantung adalah :
- Ikan
- Oat
- Epal
- Sayuran berwarna hijau
- Tomato
- Minyak Zaiton
- Badam
sekian
Sebagai Renungan
Entri Lama : Kepada Blogger Muslim, Jom Masak Nasi Dagang, Copy Dari Internet Ke PDF, Tips Jimat Minyak Kereta, Jangan Engkau Kahwini Wanita Yang Enam Ini
info menarik... huhu~ pasni kne byk la makan sayur ngan ikan...
ReplyDeleteTK : thanks..ok..hehe ;)
ReplyDeletealhamdullillah.....selepas pengambilan produk sne.,mak mentua saya tak jadi buat bypass, skrg cuma checkup setahun sekali sahaja....berikhtiarlah menggunakan produk sne ini utk sesiapa yg ada masalah jantung....www.produksne.com.my
ReplyDeleteIKHTIAR dengan produk SNE untuk ANDA yang bermasalah: 1.Lumpuh/Strok/Saraf
2.Jantung/Darah tinggi
3.Koma/Patah Tulang
4.Buah Pinggang/Gastrik
5.SakitPinggang/Sendi
6.Buasir/Haid/Sembelit
7.KencingManis
8.SLE/Luekimia/Thalassemia
9.Gout/Sakit Lutut
10.Asma/Lelah/Resdung
11.Thyroid/Bisul/Jerawat
12.SukarMengandung/Keguguran
13.Kanser/Fibroid
14.Penyakit Kulit((Psoriasis/Ekzema)
15.Prostat/Hati/Paru-Paru
16.Masalah Seksual/Berat Badan
17.Batu Karang/Tidak Lawas
18.Penyakit yg sukar di ubati.....