HENSEM DAN CANTIK BELAKA

ATTENTION

Assalamualaikum..
Disini diingatkan bahawa perkara-perkara yang berkaitan dengan agama, diminta dibuat rujukan terlebih dahulu dengan orang yang lebih arif dalam bidang ini..sebelum mengambilnya sebagai rujukan..
Sekian..

!!!!!!!!!!!!!!!! MY BLOG LIST !!!!!!!!!!!!!!!!

21 November 2010

5 HARI SEBAGAI RENUNGAN



Selain hari-hari yang dilalui dalam seminggu, ada hari yang perlu dijadikan renungan  dalam usaha untuk mencapai 'mardhatillah'. Hari-hari tersebut:

1. Yaum mafqud (hari yang sudah hilang). Ialah hari kelmarin yang kita tinggalkan bersama amalan baik, buruk, pahit atau manis. Jika kelmarin berlalu dengan amalan soleh, maka ia perlu diteruskan serta dipertingkatkan lagi tanpa henti. Sebaliknya jika ianya berlalu dengan kemungkaran dan maksiat kepada Allah, maka ia perlu dihentikan segera serta menyesal supaya perkara itu tidak
berlaku lagi.


Hari kelmarin juga mengajar kita erti muhasabah diri supaya dapat mengubah nasib hidup ke arah lebih diberkati Allah kerana manusia yang membiarkan harinya lebih buruk dari semalamnya adalah manusia yang rugi.

Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri" (al-Ra'd, 11).

2. Yaum masyhud (hari yang sedang disaksikan/hari ini). Setiap manusia mempunyai tugas dan tanggungjawab untuk dilaksanakan. Dan setiap manusia juga sewajibnya mengerti amanah dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab.

Orang bijak akan mendahulukan perkara utama yang perlu diselesaikan (aulawiyyat) berbanding perkara lain. Orang beriman akan mendahulukan perkaraukhrawi tanpa mengenepikan perkara duniawi. Seterusnya orang yang bijak lagi beriman akan menjambatani semua perkara tersebut dalam menyusuri titian 'siratal mustaqim' dan menjunjung keredhaan Allah kerana dunia ini adalah ladang tanaman untuk ke syurga nanti.

Allah Ta'ala berfirman lagi yang bermaksud: "Apakah orang-orang yang membuat kejahatan itu menyangka bahawa Kami akan menjadikan mereka seperti orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, sama di dalam kehidupan dan kematian mereka? Amat buruklah apa yang mereka sangka" (al-Jaathiah, 21).

3. Yaum mawrud (hari yang bakal mendatang). Setiap muslim yang beruntung akan harus mempunyai perancangan menghadapi hari esok supaya urusan hidup tidak terbantut. Kita masih boleh memperbaiki kelemahan dilakukan hari ini dengan memastikan ianya tidak berlaku lagi keesokan harinya. Sebagai seorang yang beriman juga, kita perlu bersedia untuk menerima segala apa yang ditakdirkan Allah.

Allah Ta'ala telah berfirman maksudnya: "Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada oranglain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan
janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan" (al-Qasas, 77).

4. Yaum maw'ud (hari yang dijanjikan). Allah telah berjanji akan kedatangan hari kiamat. Setiap mukmin wajib beriman dengan hari kiamat. Langit dan bumi akan hancur, begitu juga dengan planet serta cakerawala di alam maya ini. Semua makhluk Allah akan mati termasuklah para Malaikat. Yang kekal hanyalah Allah Yang Maha Kekal Abadi.

Tiada siapa yang tahu bilakah waktunya hari kiamat. Apa yang ditunjukkan Allah hanyalah tanda yang dapat dilihat manusia supaya insaf dan beriman kepada Allah S.W.T.

Firman Allah Ta'ala bermaksud: "Sesungguhnya Allah, hanya pada sisiNya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dialah yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya esok hari. Dan tiada
seorangpun yang dapat mengetahui di mana bumi dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal" (Luqman, 34).

Oleh itu kita mesti bersiap sedia dengan memperbanyakkan amalan soleh untuk menghadapi hari kiamat yang akan tiba pada bila-bila masa saja.

5. Yaum mamdud (hari pembentangan). Semua makhluk akan dibentangkan dihadapan Allah di Padang Mahsyar untuk perhitungan segala amalan baik atau buruk. Kehidupan di akhirat bersifat kekal abadi yang tiada kesudahannya sampai bila-bila. Ia memang tidak dapat difikirkan akal fikiran tetapi wajib diimani setiap umat Islam bahawa manusia akan dihidupkan kembali dan dibangkitkan untuk dihisab oleh Allah. Penyelamat utama hanyalah rahmat Allah dan syafaat Nabi Muhammad S.A.W dengan beriman kepada Allah dan memperbanyakkan amalan soleh di dunia ini.

Allah S.W.T telah berfirman bermaksud: "Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang yang berbuat baik (amal soleh)." (al-A'raf, 56) Berbahagialah orang beriman dan beramal soleh kepada Allah dan amat rugilah orang yang ingkar kepadaNya.

Olahan: Ajwad Abdul Aziz dari Berita Harian, 27 November 2009.

http://goo.gl/gSsPl

No comments:

Post a Comment

komen-komen lah untuk mengeratkan silaturahim..
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...