HENSEM DAN CANTIK BELAKA

ATTENTION

Assalamualaikum..
Disini diingatkan bahawa perkara-perkara yang berkaitan dengan agama, diminta dibuat rujukan terlebih dahulu dengan orang yang lebih arif dalam bidang ini..sebelum mengambilnya sebagai rujukan..
Sekian..

!!!!!!!!!!!!!!!! MY BLOG LIST !!!!!!!!!!!!!!!!

30 December 2011

13 Tanda Anda Telah Jatuh Cinta

Assalamualaikum.

Disini hendak dikongsikan satu entri yang berkaitan dengan Cinta. Tanda-tanda yang menunjukan bahawa anda telah jatuh cinta kepada seseorang. Bukan sakit je ada tanda, jatuh cinta pun ada jugak..hehe.. Perkongsian sebagai renungan bersama.

1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.

2. Anda akan sentiasa merindui dia.

3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.

4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.

5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.

6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.

7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.

8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.

9. Dia sentiasa di fikiran anda.

10. Anda akan sentiasa terhidu baunya.

11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.

12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.

13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda.

Yang no 10 mugkin susah hendak ditaksir.. Apa pun ini hanyalah satu perkongsian untuk bersama.

sekian..
Sebagai Renungan..

Entri Lama: Kisah Kejujuran Seorang Saudagar Permata, Perkara Yang Menjejaskan Prestasi Komputer, Tamatnya Cuti Sekolah, Mengapa Budaya Ilmu Penting, Jauhi dari Gay

27 December 2011

Tips Hendak Membeli Laptop

Assalamualaikum..

Hari ini, saya hendak kongsikan beberapa tips untuk anda membeli laptop. Mungkin ini, dapat membantu anda dari kerusingan ketika hendak membeli laptop.

1. Penggunaan – Motif atau tujuan utama laptop tersebut dibeli. Jika untuk bermain games perlukan laptop yang lebih canggih. Jika hanya untuk menaip dan melayari internet, cukup sekadar yang sederhana.

2. Budget – Berapa budget, anggaran atau lebih senang duit yang anda ada. Lebih digalakkan membeli secara tunai berbanding menggunakan kaedah hutang. Lebih menjimatkan. Tetapi tidak salah membeli menggunakan kaedah hutang, ansuran seperti kad kredit, cuma tidak disyorkan.

3. Warranti – Jaminan sesuatu laptop kebiasaannya adalah satu tahun. Tetapi kita tidak mahu menggunakan laptop dalam tempoh satu tahun sahaja. Mahukan lebih daripada itu. Pastikan warranti lebih lama supaya kita lebih bersedia dengan kemungkinan buruk.

4. Buat pemerhatian – Kunjungi mana-mana kedai yang menjual laptop. Tanya dan buat perbandingan antara satu produk atau jenama dengan yang lain. Tidak terburu-buru membeli dengan tawaran kerana ianya melibatkan duit yang beribu-ribu. Pastikan jangan tertipu.

5. Tanya pemilik – Ini salah satu cara paling berkesan sebelum membuat sebarang tindakan. Pemilik laptop, biasanya rakan-rakan sendiri lebih mudah memberikan nasihat, pro dan kontra sesebuah laptop yang ingin dibeli.

6. Model - Jenama juga memainkan peranan penting. Kadangkala jenama memberikan keyakinan kepada kita untuk membeli.

7. Bantuan – Servis bantuan selepas jualan juga penting. Ke mana kita akan rujuk jika ada masalah? Siapa kita perlukan? Bagaimana dengan servisnya? Adakah meluas?

Semoga ini dapat membantu anda untuk memilih dan membeli laptop yang diingikan. Diambil dari satu forum perkongsian..

Sekian..
Sebagai Renungan.

Entri Lama: Berhati-hati Dengan Cermin Ada Muslihatnya, Merokok 15 Kesan Pemusnah Imej, Jum Exchange Banner, Kisah Seekor Ulat Dengan Nabi Daud A.S, Belajar Asas Kod HTML 3

24 December 2011

Berapakah Geniuskah Anda??

Assalamualaikum..

Mari kita membuat sedikit ujian dementia untuk menguji tahap genius anda. Lihat betapa cekapnya anda untuk menjawab soalan yang diberikan.

Di bawah anda ini terdapat empat soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan pantas. Anda tidak boleh mengambil masa terlalu lama dan perlu menjawabnya dengan segera.




















Soalan Pertama:

Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?

Jawapan: Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!...


Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterus. Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama?














































Soalan Kedua:
Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat...?

Jawapan: Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi.. siapakah yang terakhir, bagaimana anda boleh memotong orang yang terakhir?Adakah anda pantas dan cerdik, tidak begitu rupanya.?....


























Soalan Ketiga:
Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan tanpa menggunakan fikiran sahaja . Jangan guna kertas dan pensil atau kalkulator dan dengan secepat yang mungkin...


















































Ambil 1000 dan campur 40. Sekarang campur lagi 1000. Campur lagi 30 .... Campur lagi 1000 . Campur lagi 20... Campur lagi 1000 . Campur lagi 10..... Berapa kah jumlah semua?



Jawapan : Adakah jawapan anda 5000 ?Jawapan sebenar adalah 4100.....




















Jika anda tak percaya gunakan kalkulator untuk mengira.! Mungkin ini bukan hari anda kan ? Mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul .


















































Soalan keempat:
Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?

Jawapan : Adakah jawapan anda Nunu? Salah! sudah tentu Salah. Namanya Mary. Baca semula soalan!.....































Sekarang cuba anda menjawab soalan bonus:

Seorang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakonan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.

Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimaa dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. ...?

Jawapan: Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati....

Bagaimana dengan ujian ini??
sekian..
Sebagai Renungan

Entri Lama: Cantiknya lelaki, Gagahnya perempuan, Tata Cara Dan Adab Makan Yang Dianjurkan, 15 Tanda Orang Itu Malas, Petua tangani stress apabila marah, Khasiat & Kelebihan Habbatus Sauda

19 December 2011

Adab-adab Meludah

Assalamualaikum

Hari ini, saya hendak kongsikan dengan anda adab-adab ketika meludah. Saya terjumpa di satu laman forum dan memikirkan ia adalah satu perkara yang baik untuk dikongsi bersama. Kadang kita tidak perasan, kita selalu meludah air liur merata-rata dan tanpa menghirau tempat tu kotor atau tempat najis.
Di dalam islam asal nak meludah pun air liur sekali pun ada cara-caranya.Kalau nak meludah air liur atau apa-apa didalam mulut janganlah didepan orang ramai atau orang sedang menjamu selera.

Kita sebagai umat islam mesti menjaga kebersihan dan jangan meludah air liur di tempat-tempat yang kotor seperti didalam tandas, longkang dan tempat-tempat kotor yang lain.

Yang amat penting kita perlu tahu ialah

1) Jika meludah kekiri - Kita akan meludah kepada syaitan/Iblis

2) Jika meludah ke kanan - Kita seperti telah meludah ke arah Nabi kita iaitu Mohammad SAW

3) Jika meludah Ke depan - Kita seperti telah meludah kearah ALLAH SWT.

Sekian..Sebagai Renungan

Entri Lama : Adab Berbicara, Anak Kecil Yang Takut Api Neraka, Adakah Blog Anda Untuk Orang Dewasa??, Terima Kasih Nuffnang, Layahkah Kita Bergelar Saudara??

16 December 2011

Kisah Guru Dengan Muridnya

Assalamualaikum.

Hari ini, saya hendak kongsikan satu cerita yang menarik untuk diambil iktibar dan pengajaran bersama. Kisah mengenai seorang guru bersama murid-muridnya.

Seorang wanita berjilbab rapi tampak sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.

Guru berkata, "Saya punya permainan... Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka berserulah "Pemadam!"

Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.

Beberapa saat kemudian sang guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka berserulah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!".

Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti. Guru tersenyum kepada murid-muridnya.

"Anak-anak, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membedakannya. Namun kemudian, musuh-musuh kita memaksakan kepada kita lewat berbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya.Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kalian terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya.  Musuh-musuh kalian tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika."

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada di tengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir. Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.

"Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terangterang... Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar."

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.

Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah
dihancurkan..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda.

Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."

"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (perang pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya mereka. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan
lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."

"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar."
"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..."

Matahari bersinar terik tatkala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya.

sekian
Sebagai Renungan

Entri Lama : 9 sebab mengapa hati tidak bahagia, Dosa Tinggal Solat Lebih Besar Daripada Zina, Pantun Mari Sembahyang yang manja, 12 Barisan Manusia.. Menuju ke Akhirat, 5 Nama Syaitan Yang Harus Kita Waspada

10 December 2011

4 Perkara Sebelum Kamu Tidur

Assalamualaikum

Rasullah berpesan kepada Aisyah ra :
"Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an.
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3. Sebelum para muslim meredhai kamu.
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah.

Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah....Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara ini seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda:

"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkanAl-Qur'an.

Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.

Dan memperbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

sekian..
Sebagai Renungan

Entri lama: Beberapa Arahan Berguna Untuk "Run", Keyboard Shortcut, Antara Pendayung Dan Si Bijak, Petua mencerah dan melincinkan kulit, Tips berjaya di dalam perniagaan

09 December 2011

Kerana Kulit Diri Tertipu

Assalamualikum..

Hari ini, saya hendak berkongsikan satu cerita tauladan untuk pengunjung. Diambil dari sebuah forum perkongsian. Semoga ini dapat dijadikan pengajaran.

Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya. Lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama. Si ayah hanya tersenyum. si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya..

Beberapa bulan berlalu, dengan berkat kesungguhannya.Ternyata si anak telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang. hatinya berbunga keriangan. Satu hari, si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya. Si ayah memuji anaknya, sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dengan kejayaan si anak yang cukup cemerlang. Si anak tersenyum puas, di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu. Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik. Si anak terkesima, sungguh bukan itu yang kuhajatkan. Dengan hati yang berat, kotak itu bertukar tangan. Matanya terarah kepada riak wajah ayahnya, yang tidak menunjukkan sebarang perubahan. Seolah-olah tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang di hatinya.

Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu dan penutup kotak dibuka. Aapa makna semua ini??? Sebuah Al-Quran kecil, cantik dengan kulit muka yang bertinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan. Si anak memandang ayahnya, terasa dirinya dipermainkan. Amarahnya membuak, nafsu mudanya bergelojak. Ayah sengaja mempermainkan saya. Ayah bukannya tak tahu betapa saya menyukai kereta tu. Bukannya ayah tak mampu untuk membelikannya. Sudah ayah, bukan al-Quran ini yang saya nak. Katanya keras. Al-quran itu diletakkan ke atas meja bacaan. Si anak terus meninggalkan si ayah, tanpa memberi walau sesaat untuk si ayah bersuara. Pakaiannya disumbatkan ke dalam beg. Lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya dan memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yang dimilikinya.

10 tahun berlalu. Si anak kini merupakan seorang yang berharta dan mempunyai syarikat sendiri dengan isteri yang cantik dan anak-anak yang sihat. Cukup membahagiakan, namun hatinya tersentuh. Sudah 10 tahun. Sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya. Sedang dia berkira-kira sendiri. Telefonnya berdering dari peguam ayahnya. Penguam menyatakan ayahnya meninggal dunia semalam dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak. Si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yang berkaitan perwarisan harta.

Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa. Si anak pulang ke banglo ayahnya. Si anak memerhatikan banglo yang menyimpan 1001 nostalgia dalam hidupnya, hatinya sebak. Bertambah sebak apabila mendapati di atas meja di bilik bacaannya. Al-quran yang diletakkannya masih lagi setia berada di situ. Bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini. Perlahan-lahan langkahnya menuju ke situ dan mengambil al-quran itu, sambil membelek-beleknya dengan penuh keharuan. Tiba-tiba, jatuh sesuatu dari al-quran itu, segugus kunci di muka belakang al-quran itu. Sebuah sampul surat ternyata diletakkan disitu. Kunci itu segera dipungut dan hatinya tertanya-tanya. Nyata sekali, di dalam sampul surat itu terdapat resit pembelian kereta idamannya. Dibeli pada hari konvokesyennya dengan bayaran yang telah dilunaskan oleh si ayah. Sepucuk warkah, tulisan tangan orang yang amat dikenalinya selama ini. Hadiah teristimewa untuk putera kesayanganku. Air mata si anak menitis deras hatinya bagai ditusuk sembilu penyesalan mula bertandang namun semuanya sudah terlambat...

Sekian..
Sebagai Renungan

Entri Lama : Bagaimana ROH orang MUKMIN dibawa, Perkara mengenai lelaki, 5 Tips untuk Menulis dengan Pantas, Hikmah di sebalik makanan, 9 sebab mengapa hati tidak bahagia

06 December 2011

Keburukan Kuku Panjang

Assalamualaikum..

Hari ini hendak kongsikan sedikit mengenai keburukan menyimpan kuku ataupun keburukan kuku panjang. Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang. Bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk ke semua babi-babi tersebut.

The Truth

Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak. Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, membuat cucur pisang, menguli tepong, dan lain-lain. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan hendak anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional Info

Info tambahan kuku yang panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada Saidina Ali, sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad SAW. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari

1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut A.S.

sekian..
Sebagai Renungan

Entri Lama : Kuruskan badan tanpa ubat, soya baik atau memudaratkan, Bulan Rejab, Belajar Asas Kod HTML 2, Logo Yahudi Zionis Dalam Laptop, PC & Notebook kita

04 December 2011

Adakah Anda Penggemar Kangkung??

Assalamualaikum..

Jika anda penggemar kangkung, tidak kira apa jenis kangkung, petis kangkung, atau yang lain-lain yang berkaitan dengan kangkung, mungkin cerita ini dapat menjadi pertimbangan untuk anda apabila anda rasa mahu makan kangkung..

Saya mendapat cerita ini dari seorang teman.

Pada suatu hari di klinik yang terkenal, semua doktor kebingungan kerana ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut. Anak itu dibawa ke klinik oleh orang tuanya setelah 2 hari menderita diarhea. Sudah bermacam ubat sakit perut yang diberikan kepada anak itu, namun diarhea nya tidak sembuh.

Di klinik, kedua orang tua anak tersebut ditanya oleh doktor, makanan apa yang dimakan oleh anak tersebut selama 2 hari ini. Orang tua anak itu kebingungan, kerana sejak anaknya diarrhea , anak tersebut tak lalu nak mahu makan, dia hanya minum susu, itu pun akan muntah semula.

Setelah dikaji, ternyata sebelum menderita diarhea , malam tersebut anak itu makan kangkung di restoran oleh orang tuanya. Doktor segera melakukan xray, ternyata dalami usus anak tersebut telah berkembang biak lintah dengan anaknya yang kecil-kecil.

Doktor tidak dapat melakukan apa-apa dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan kesihatan apa-apa pun.

Akhirnya anak kecil malang itupun meninggal dunia. setelah dikaji, ternyata lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar. Memang, untuk penggemar kangkung yang paling enak adalah batangnya. Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama manapun, apa lagi untuk kangkung kerana proses memasak tidak terlalu lama untuk menghasilkan rasa kangkung yang sedap. Lintah hanya akan mati jika dibakar.

Di dalam usus anak tadi, lintah yang hanya dalam 1 ke 2 hari berkembang biak dengan cepatnya kerana menghuni didalam tubuh dan terus menghisap darah yang ada, doktor juga menjadi bingung, bagaimana mematikan/membersih kan lintah yang telah sangat banyak tersebut dari dalam usus anak malang itu.

Best Regards,
Dr. Norni Abdullah,
Psychiatrist,
Hospital Tengku Ampuan Rahimah,
42500 Klang,
Selangor.
Tel : +60333756279
Fax : +60333729089

sekian..
Sebagai Renungan

Cerita Tidak Boleh Bersalaman Dengan Bukan Mahram, Puasa Dulu Baru Raya, Blogwalking Dengan Mister Linky's, Selamat Hari Guru, Churp-churp

02 December 2011

Renungan Bersama Lima Jari

Assalamualaikum..

"Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam.
Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Naik pulak kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Justeru itu, amal ibadat mesti dilipat gandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes"

sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

Sekian..
Sebagai Renungan

24 Perkara Jangan Dilakukan, 10 Hadiah Utama Yang Sering Dilupai Untuk Orang Tersayang, 7 kunci kejayaan orang yang berjaya, Rahsia Dan Hikmah Diwajibkan Solat, 4 Syarat Hidupkan Hati Dengan Al-Quran

25 November 2011

3 Soalan 1 Penampar

Assalamualaikum...

Jawapan dengan Tamparan...

Pemuda : Anda siapa dan apakah boleh anda menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:-
  1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud tuhan kepada saya?
  2. Apakah yang dinamakan takdir?
  3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?
Tiba-tiba Imam tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda : Kenapa anda marah kepada saya? (sambil menahan sakit)
Imam : Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak faham.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentulah saya merasakan sakit.
Imam : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda : Ya!
Imam : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Pemuda : Saya tidak boleh.
Imam : Itulah jawapan pertanyaan pertama. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tapi kita tidak mampu melihat wujudnya.

Imam : Apakah malam tadi anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda : Tidak.
Imam : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak.
Imam : Itulah yang dinamakan takdir.

Imam : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda : Kulit.
Imam : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda : Kulit.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit.
Imam : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan...

Sekian..
Sebagai Renungan

Entri Lama: Petua Membuat Keputusan,  Jodoh Tidak Bergolek-golek Datang, Petua Untuk Mendapat Pasangan, Belajar Dari Kisah Luqman Al-Hakim, Tips/Panduan Atasi Zina Hati

04 November 2011

Berhati-hati Dengan Cermin Ada Muslihatnya

Assalamualaikum..

Hari ini, saya hendak kongsikan satu info yang amat penting untuk kita, terutamanya pada kaum hawa @ wanita. Hal ini berkaitan dengan cermin muka.

PERHATIAN KEPADA SEMUA KAUM WANITA
(PERKOSAAN VISUAL)

Semasa ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, akan terdapat beberapa cermin besar. Anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding akan kelihatannya seperti cermin biasa dan itu sememangnya benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka).

Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki. Adalah sangat sulit, secara jelas untuk kita memastikan permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Kita hendaklah lebih berhati-hati didalam zaman yang serba moden ini.

Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah?. Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya 2 arah tapi untuk di kawasan orang ramai :

LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI)

Letakkan hujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan bahawa cermin itu adalah cermin biasa (selamat).Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah!!!. Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI". Tidak perlu membayar dan hanya memerlukan berapa saat untuk dibuat. Mudah dilakukan, dan ini mungkin boleh menyelamatkan anda dari "PERKOSAAN VISUAL"

sekian..
Sebagai Renungan..

Entri Lama : Khasiat & Kelebihan Habbatus Sauda,  Antara Pendayung Dan Si Bijak, Tips Jimat Minyak Kereta Mengapa sembah Kaabah?, Hapuskan Password Yang Tersimpan Dalam PC, Hadiah Yang Terbaik

01 November 2011

Teknik Membaca Yang Berkesan

Assalamualaikum..

Membaca adalah satu hobi yang amat baik sekali. Dengan membaca pelbagai ilmu pengetahuan yang dapat kita perolehi. Disini saya hendak kongsikan teknik membaca yang berkesan iaitu Sistem PQRST. Sistem PQRSTadalah suatu teknik membaca yang diperkenalkan oleh Thomas, Ellen LamarRobinson dan H. Alan dalam buku mereka yang bertajuk "Improving Reading In Every Class".

Berikut adalah tunjang Teknik Membaca PQRSTini. Terdapat 5 langkah yang menjadi dalam teknik ini.

(a) Preview (Tinjau)

Preview. TINJAU tajuk-tajuk utama pada keseluruhan buku atau bab tertentu denganmemberi perhatian kepada tajuk-tajuk besar dan kecil padanya. Tujuan utama proses peninjau ini adalah untuk anda mendapatkan gambaran keseluruhan tentang isi-isi penting pada buku atau bab-bab dalam buku itu. Dengan mendapat segera tentang gambaran kandungan buku itu, fikiran anda akan lebih tertumpu kepada isu-isu utama yang dibincang atau diutarakan pada buku tersebut.

(b) Question (Soal)

Question. SOAL diri anda dengan menjadikan tajuk besar dan kecil dalam bab itu sebagaisoalannya. Misalnya, tajuk bagi seksyen ini ialah Meningkatkan Mutu Pembacaan. Bentuk soalan yang boleh anda buat adalah "Bagaimanakah saya dapat meningkatkan mutu pembacaan saya" Dengan adanya soalan itu semasa anda membaca, tumpuan fikiran anda akan lebih fokus kepada mencari jawapan atau jawapan-jawapan tentang soalan yang tertumpu pada fikiran anda pada ketika anda membaca.

(c) Read (Baca)

Read. Sambil MEMBACA tumpukan perhatian untuk mendapatkan bahan bacaan anda, jawapan bagi soalan yang anda telah timbulkan itu. Ini merupakan suatu pembacaan yang aktif. Oleh itu, carilah tempat tumpuan, di mana anda boleh membaca dengan sepenuhnya. Dengan berbuatkan keberkesanan dan impak proses demikian, anda akan dapa meningkatkan pemahaman serta pengingatan anda terhadap idea-idea utama bahan yang dibaca.

(d) Self - Recitation (Menyebut Kendiri)

Self - Recitation. MENYEBUT KENDIRI ialah suatu proses di mana anda mencuba ingat fakta utama atau bahan yang anda telah baca. Adalah lebih berkesan jika anda menyebutkan fakta-fakta kepada diri anda secara lisan. Tujuan utamanya ialah untuk mengingat semula apa yangandatelah baca iaitu dengan menggabungkan semua proses secara serentak.

(e) Test (Uji)

Test. UJI diri anda setelah anda habis membaca keseluruhan bab. Fikirkan berapa banyakkah idea-idea daripada bab yang baru anda baca itu dapat anda ingati. Pada peringkat inilah anda harus mula menyimpan apa yang telah anda pelajari ke dalam ingatan jangka panjang anda.


Dengan menggunakan Teknik Membaca PQRST, masalah terlalu banyak untuk dibaca akan dapat anda atasi. Teknik Membaca PQRST ini memudah dan mempercepatkan proses pembacaan serta pengingatan anda.

Disini dikongsikan lagi satu kaedah membaca dengan berkesan. Mungkin sedikit berbeza dengan Teknik PQRST.

Fokuskan Kepada Isu Yang Anda Baca

Semasa membaca, tumpukan sepenuh perhatian dan fikiran anda kepada TOPIK yang anda sedang baca.

Fahami Dahulu Baru Hafal

Tumpukan perhatian kepada MEMAHAMI dan mendapat idea-idea atau fakta-fakta utama bacaan anda. Jangan hiraukantahap kelajuan membaca anda. Yang penting ialah anda faham apa yang anda sedang baca.Anda akan lebih mudah mengingati fakta-fakta atau isi-isi utama / bahan-bahan yang anda baca jika anda memahami apa yang anda baca. Menghafal tanpa memahami apa yang anda baca boleh menyebabkan anda cepat bosan belajar. Jika anda faham apa yang anda baca, minat anda akan meningkat untuk membaca seterusnya. Di samping itu, anda pula akan lebih mudah membuat nota daripada bacaan anda.

Perkataan yang Anda Tidak Mengerti

Sekiranya terdapat perkataan-perkataan yang anda tidak tahu ertinya semasa anda membaca, anda tidak harus serta-merta membuka kamus jika perkataan itu tidak begitu penting. Memberhentikan bacaan untuk mendapat pengertiannya akan mengganggu proses pembacaan anda. Anda hendaklah tandakan dengan pensil perkataan yang anda tidak fahami itu. Apabila selesai bacaan, barulah anda cari pengertiannya.

Perbendaharaan Kata

Setiap perkataan baru yangterdapat dalam bahan bacaan, hendaklah anda kumpulkan ke dalam sebuah buku khas. Di samping perkataan itu, catatkan pengertiannya serta ayat yang sesuai bagi perkataan tersebut.Cuba gunakan perkataan-perkataan itu dalam karangan dan percakapan anda sehari-hari. Dengan cara ini anda akan dapat memperluaskan pengetahuan anda tentang perkataan-perkataan, baik dari segi pengertian mahupun kegunaannya. Dengan adanya perbendaharaan kata yang luas, bukan saja
bacaan anda menjadi lancar, bahkan anda akan lebih mudah memahami semua yang terkandung dalam buku itu.

Gambar Rajah

Anda hendaklah memberi perhatian kepada gambar-gambaratau rajah-rajah di dalam buku. Biasanya, gambar atau rajah mengandungi maksud yang menerangkan sesuatu dengan lebih jelas. Ini membolehkan anda memahami huraian buku tersebut dengan lebih mudah. Ingat peribahasa Cina ini: "A picture is worth a thousand words".

sekian
Sebagai Renungan

Entri Lama : Pembohongan Seorang Ibu, Adakah Blog Anda Untuk Orang Dewasa??, Perlu Bayar Zakat Emas, Perkara Yang Menjejaskan Prestasi Komputer, Kasih dan Sayang ibu

28 October 2011

Mencegah Sakit Jantung

Assalamualaikum..

Disini, saya hendak berkongsikan sedikit mengenai satu penyakit yang dikenali sebagai Sakit Jantung. Seperti kita ketahui penyakit ini bukan sahaja berlaku pada golongan tua, malahan golongan muda juga berpontensi untuk menghidap penyakit ini.

Apakah yang dimaksudkan dengan Sakit Jantung?

Serangan jantung terjadi apabila aliran darah ke bahagian otot jantung tersumbat, sekiranya aliran darah ini tidak dipulihkan dengan cepat, bahagian otot jantung menjadi rosak kerana kekurangan oksigen dan boleh menyebabkan kematian. Meskipun peranan jantung merupakan pam darah beroksigen ke seluruh badan, otot jantung juga memerlukan bekalan oksigen yang dibekalkan oleh arteri koronari.

Sebab berlakunya Sakit Jantung?

Menurut US National Heart Lung and Blood Institute serangan jantung sering terjadi akibat dari satu keadaan yang disebut Penyakit Arteri Koronari. (CAD). Penyakit ini terjadi akibat pengumpulan lemak bertahun-tahun sejak kita mula berumar 10 tahun yang dipanggil plak yang terkumpul di bahagian dalam arteri koronari (arteri yang membekalkan darah dan oksigen ke jantung), pengumpulan plak yang berterusan ini akan membentuk darah beku, sekiranya bekuan itu makin membesar, maka ianya akan menghalang penghantaran darah beroksigen ke bahagian otot jantung seterusnya otot jantung gagal berfungsi kerana kekurangan oksigen (oksigen amat diperlukan oleh sel untuk menjalankan respirasi sel). Sesiapa sahaja terdedah mendapat serangan jantung, sekiranya tiada unsur pencegahan dilakukan besar kemungkinan seseorang mendapat serangan jantung.

Tanda-tanda Sakit Jantung

  1. Dada merasa tidak selesa sekali sekala.
  2. Rasa kelesuan dan keletihan.
  3. Ketidakselasaan pada satu atau kedua-dua lengan, punggung, leher, rahang atau perut.
  4. Sesak nafas.
  5. Rasa mual (perasaan sakit perut) muntah, pening kepala dan hilang kordinasi.
  6. Kerap berpeluh tanpa sebab.
Cara Mencegah Sakit Jantung

Perkara yang mudah dilakukan adalah mengubah suai pemakanan seharian bagi mengurangkan risiko diserang penyakit jantung. Makanan yang bermanfaat untuk kesihatan jantung adalah :

  • Ikan
  • Oat
  • Epal
  • Sayuran berwarna hijau
  • Tomato
  • Minyak Zaiton
  • Badam
Info : Makanan Cegah Sakit Jantung

sekian
Sebagai Renungan

Entri Lama : Kepada Blogger Muslim, Jom Masak Nasi Dagang, Copy Dari Internet Ke PDF, Tips Jimat Minyak Kereta, Jangan Engkau Kahwini Wanita Yang Enam Ini

25 October 2011

Rumah Yang Tidak Dimasuki syaitan

Assalamualaikum..

Setelah beberapa minggu tidak update artikel di dalam blog ini, kerana begitu sibuk dengan kerja-kerja harian. Hari ini saya hendak kongsikan dengan anda mengenai rumah yang tidak dimasuki syaitan. Artikel ini, saya ambil dari satu forum perkongsian. Saya telah meringkaskan kepada tajuk-tajuk besar tanpa huraian kerana huraianya yang begitu panjang. Semoga kita mendapat maanfaat.

Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan
  1. Rumah yang bersih dari kotoran
  2. Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
  3. Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
  4. Penghuninya jujur dan tidak berdusta
  5. Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)
  6. Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
  7. Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa
sekian..
Sebagai Renungan..

Entri Lama :  Keyboard Shoutcut, Dari Manakah Earning Nuffnang??, Jauhi Dari Sifat Sombong dan Bongkak,20 perkara yang buat wanita benci lelaki

    06 October 2011

    Merokok 15 Kesan Pemusnah Imej

    Assalamualaikum..

    Hari ini, saya hendak berkongsikan sedikit mengenai bahaya merokok. Pasti anda tahu kesan buruk merokok. Penyakit jantung, paru-paru, otak dan sebagaimya. Anda mungkin cuba untuk berhenti merokok. Tapi gagal kerana anda tidak serius kerana anda belum nampak kesan-kesan buruk merokok ini dengan jelas. Bagaimana jika anda nampak dengan mata kepala anda sendiri kesan pemusnah imej ini sejelas-jelasnya?


    ‘Beg’ dibawah mata.
    Tidak cukup tidur. Nikotin dalam rokok menyebabkan anda sukar untuk tidur.

    Psoriasis.
    Penyakit autoimun kulit. Kulit anda bertukar menjadi sisik.

    Gigi kuning.
    Nikotin menyebabkan gigi kuning. Walaupun menggunakan ubat gigi nikotin tetap melekat di gigi.

    Kerut banyak dan cepat tua.
    Merokok menyebabkan proses penuaan menjadi cepat. Perokok adalah 1.5 tahun lebih tua daripada orang tidak merokok. Kerut naik dimuka kerana rokok mengurangkan bekalan darah ketisu kulit.

    Jari kuning.
    Bukan sahaja gigi, malahan jari dan kuku juga menjadi kuning. Jika anda search di internet, anda mungkin jumpa tips merawat jari kuning seperti jus lemon, peluntur dan berus besi (ouch!)

    Rambut gugur. 
    Bahan kimia dalam rokok menyebabkan kerosakan pada DNA rambut. Hasilnya, rambut anda menjadi nipis dan gugur.

    Parut.
    Luka akan lambat sembuh. Ini kerana nikotin menyekat salur darah ke muka dan bahagian badan yang lain. Luka ini meninggalkan parut yang besar.

    Gigi rapuh.
    Merokok menyebabkan kanser mulut serta penyakit gusi. Gusi yang berpenyakit menyebabkan gigi mudah tercabut.

    Kulit rosak.
    Rokok mempunyai karbon monoksida yang mengambil tempat oksigen dalam badan. Kulit akan menjadi kering. Ini bertambah buruk dengan kesan nikotin yang menyebabkan kurang bekalan darah ke kulit. Rokok memusnahkan vitamin C dalam badan, nutrient yang melindungi kulit.

    Luka lambat sembuh.
    Seperti biasa, nikotin adalah penyebab utama luka lambat sembuh.

    Kutil.
    Perokok adalah lebih mudah mendapat jangkitan HPV (human papilomavirus) yang menyebabkan kutil pada bahagian sulit.

    Kanser kulit.
    Merokok penyebab kanser paru-paru, mulut, esophagus, dan juga kulit. Squamos cell carcinoma adalah kanser kulit paling tinggi dikalangan perokok.

    Garis merah pada kulit.
    Nikotin memusnahkan tisu, menyebabkan kulit hilang tegang dan kekuatan yang akan meninggalkan garis-garis merah.

    Perut lembik.
    Perokok akan menyimpan lebihan lemak yang tidak dicerna di bahagian perut, menyebabkan nampak boroi.

    Katarak.
    Kanta mata akan mengalami pengerasan, menjadi satu lapisan tidak lut cahaya. Apabila cahaya tidak masuk kedalam mata, anda tidak boleh melihat, atau erti lain buta.

    sumber: FarmasiKL

    sekian..
    sebagai renungan

    01 October 2011

    15 Pintu Dan 15 Senjata

    asalamualaikum..

    Setelah lama tidak berupdate di dalam blog ini. Saya ingin berkongsi dengan anda perkara mengenai 15 pintu dan 15 senjata.. Artikel ini diperoleh daripada sebuah laman forum.. Semoga memperoleh manfaat.

    15 Pintu Syaitan Yang Ada Didalam Diri Kita
    1. Pintu marah
    2. Cinta dunia
    3. Kebodohan (enggan menghadiri majlis ilmu)
    4. Suka berangan angan kosong
    5. Tamak
    6. Bakhil
    7. Suka pada pujian
    8. Riak atau sombong
    9. Ujub (merasa kagum)/takbur
    10. Takut dan gelisah
    11. Buruk sangka
    12. Memandang rendah pada orang lain
    13. Suka akan dosa
    14. Merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
    15. Putus asa daripada rahmat "ALLAH"
    15 Senjata Menghalang Syaitan
    1. Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
    2. Banyakkan berzikir
    3. Banyakan Beristigfar
    4. Baca "la i'laha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zolimin"
    5. Jangan tidur berseorangan
    6. Baca doa pagi dan petang
    7. Bersugi
    8. Melaksanakan solat jemaah
    9. Berwudhuk sebelum tidur
    10. Menutup aurat
    11. Membaca doa masuk tandas.
    12. Banyak berselawat pada hati
    13. Bertaubat, beristighfar
    14. Banyakan baca Al-Quran
    15. Membaca surah Yassin setiap pagi
    sekian..
    sebagai renungan

      05 September 2011

      Jum Exchange Banner

      Assalamualaikum..
      Hari ini, hendak buat satu entri khas untuk membuat promosi exchange banner..he3.. Kepada sesiapa yang berminat untuk membuat exchange banner, bolehlah mengambil banner di blog sebagai renungan ini.. Tinggalkan link anda pada komen di dalam entri ini dan kami akan mengambil banner anda untuk diletakan di dalam blog ini..

      Mari lah kita bersama-sama membuat pertukaran banner, supaya dapat mengeratkan lagi hubungan antara kita.. Jum-jum kita melakukan pertukaran banner..Kepada yang berminat bolehlah mengambil banner kami di bawah ini..




      create your own banner at mybannermaker.com!

      sekian..
      sebagai renungan

      02 September 2011

      Anak Kecil Yang Takut Api Neraka

      Assalamualaikum..
      Salam lebaran..Pada hari ini, saya hendak berkongsi lagi satu ceita yang menarik yang diambil di satu ruangan perkongsian di dalam sebuah forum..Semoga kita dapat mengambil iktibar dari cerita ini.. Ceita yang mengenai seorang anak lelaki dan seorang lelaki tua..

      Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.

      Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?" 

       Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."

      Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka.

      Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."

      Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?" 

      sekian..
      Sebagai Renungan.. 

      * Semoga kita berada di dalam golongan orang yang beriman.

      29 August 2011

      Selamat Hari Raya Aidilfitri

      Assalamualaikum..

      Salam syawal..Dikesempatan ini, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada semua rakan-rakan, saudara mara dan kedua ibu bapa saya diatas segala salah dan silap saya.. Tidak lupa kepada follower-follower yang mengikut laman blog sebagai renungan ini, andai ada salah dan silap, saya memohon kemaafan..

      Dihari yang mulia ini, marilah kita bersama-sama saling maaf bermaafan sesama kita. Semoga di hari lebaran yang mulia ini menjadi satu titik permulaan yang baik sesama kita pada masa akan datang.. Disamping itu juga, jangan kita lupa budaya ziarah menziarahi di hari lebaran ini.. Kunjung mengunjunglah rumah saudara mara..

      Dalam kegembiraan menyambut lebaran ini juga, janganlah kita lupa kepada saudara-saudara islam kita yang menyambut syawal dalam suasana yang bergolak, ditindas dan tidak sempurna.. Diharap mereka sentiasa tabah menempuh segala dugaan yang melanda mereka.. Semoga mereka sentiasa dilindungi Allah s.w.t.. Marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan mereka..

      Akhir kata..

      "SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN"

      sekian..
      Sebagai Renungan..

      28 August 2011

      Pembohongan Seorang Ibu

      Assalamualaikum..
      Hari ini, saya hendak kongsikan satu cerita yang diambil dari satu forum yang dikongsikan oleh seorang sahabat di forum tersebut..

      Baca dulu....dan anda akan faham maksudnya...Memang sukar untuk orang lain percaya, tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong! Sepanjang ingatan saya, sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk menjadi renungan anda semua.

      Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga yg miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga.Sebagai anak yangmmasih kecil, saya sering saja merungut. saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi mak cepat memujuk. Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, mak berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar."
      - PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

      Ketika saya mulai besar, mak yang gigih sering meluangkan waktu senangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik. Pulang memancing, mak memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu, mak duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. saya sedih melihat mak seperti itu. Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikan ikan itu kepada mak. Tetapi mak dengan cepat menolaknya. Mak berkata: "Makanlah nak, mak tak suka makan ikan."
      -PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

      Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Mak pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan kakak.Suatu hari, lebih kurang 1.30 pagi, saya terjaga dari tidur. saya melihat mak sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya lihat kepala mak terhangguk kerana terlalu mengantuk. saya berkata: "Mak, tidurlah, esok pagi mak kena pergi kebun pula." Mak tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuk lagi."
      -PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

      Di hujung musim persekolahan, mak meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, mak terus sabar menunggu saya di luar dewan. Mak sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, mak dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang mak yang jauh lebih kental.Melihat tubuh mak yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu untuk mak dan menyuruhnya minum. Tapi mak cepat-cepatmenolaknya dan berkata: "Minumlah nak, mak tak haus."
      -PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

      Setelah pemergian ayah kerana sakit, maklah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Mak bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu mak. Anehnya, mak menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering menasihati mak supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga mak dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi mak yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Mak berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki."
      - PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

      Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja, mak sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh mak supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi mak tidak mahu. Mak rela pergi pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan mak, pun begitu mak tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan mak mengirim balik wang itu, dan mak berkata: "Jangan susah-susah, mak ada duit."
      -PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

      Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya, juga di luar negara.Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa mak untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, mak sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini mak habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Mak tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: "Tak payahlah, mak tak biasa tinggal di negara orang."
      - PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

      Beberapa tahun berlalu, mak semakin tua. Suatu malam saya menerima berita mak diserang penyakit kanser. Mak mesti dibedah secepat mungkin. saya menjenguk ibunda tercinta. saya melihat mak terbaring lemah dikatil hospital setelah menjalani pembedahan. Mak yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Mak menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpakas menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya. saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga mak menjadi terlalu lemah dan kurus. saya menatap wajah mak sambil berlinangan air mata. saya cium tangan mak, kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat mak dalam keadaan seperti ini. Tetapi mak tetap tersenyum dan berkata-kata: "Jangan menangis nak, mak
      tak sakit."
      -PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

      Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

      sekian..
      Sebagai Renungan


      27 August 2011

      Cerita Tidak Boleh Bersalaman Dengan Bukan Mahram

      Assalamualaikum..
      Salam Ramadan..Hari ini, saya hendak berkongsikan satu cerita..hehehe..Cerita nya pendek je..Ia amat sesuai diambil iktibar dan pengajaran untuk kita semua.. Cerita ini, berkaitan dengan hukum bersalaman antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram..

      Ada dua orang sahabat baik yang bernama Ahmad dan David.. Mereka begitu rapat sekali.. Kemana saja mereka sentiasa pergi bersama-sama.. Pada suatu hari, mereka ingin mengadakan suatu perjumpaan dengan rakan-rakan lama sekolah mereka..

      Perjumpaan ini dihadiri oleh rakan-rakan mereka yang berbilang bangsa.. David melihat, Ahmad tidak bersalaman dengan kawan-kawan perempuan muslim mahupun pelajar perempuan lain.. Begitu juga dengan pelajar perempuan muslim lain..

      David berasa hairan, sedangkan bagi agama mereka, mereka boleh untuk bersalaman atau bersentuhan sesama mereka.. Selepas majlis itu selesai, David berjumpa dengan Ahmad untuk menanyakan sebabnya tidak boleh bersalaman antara lelaki dan perempuan..

      David datang kepada Ahmad dan bertanya,

      “Kenapa wanita Islam tidak dibenarkan berjabat tangan dengan lelaki?”

      Kemudian, Ahmad bertanya kembali kepada David, “Bolehkah kamu bersalam dengan Queen Elizabeth?”

      David menjawab, “Sudah tentu tidak, hanya orang tertentu sahaja dibenarkan untuk bersalam dengan Queen Elizabeth.”

      Ahmad tersenyum lalu berkata dengan jawapan yang ringkas. “Wanita muslim adalah ratu dan ratu tidak boleh bersalam dengan lelaki asing ."

      sekian..
      Sebagai Renungan..



      15 August 2011

      Kisah Seekor Ulat Dengan Nabi Daud A.S


      Assalamualaikum..
      Salam Ramadan..Hari ini hendak kongsikan sedikit satu cerita mengenai seekor ulat dengan Nabi Daud A.S. Cerita ini diambil dari internet di satu forum perkongsian ilmu. Semoga kita mendapat faedah berdasarkan cerita ini, di bulan Ramadan yang mulia ini.

      Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.

      Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?"

      Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. "Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca

      'Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim' setiap malam sebanyak 1000 kali.

      Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?"

      Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.

      Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.

      sekian
      sebagai renungan..

      *Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.

      13 August 2011

      Adakah Blog Anda Untuk Orang Dewasa??

      Asalamualaikum..
      Salam Ramadan..Melihat tajuk nya saja, pasti berbagai persoalan yang timbul di dalam fikiran kita.. Entri ini di buat kerana, semasa sibuk menjalankan operasi blogwalking..Ada banyak blog yang mengeluarkan kata-kata ini :

      "The blog that you are about to view may contain content only suitable for adults. In general, Google does not review nor do we endorse the content of this or any blog"

      setelah ditranslatekan
      "Blog yang anda akan lihat mungkin mengandungi kandungan yang hanya sesuai untuk orang dewasa.Secara umum, Google tidak mengkaji dan kita tidak menyokong kandungan ini atau mana-mana blog"

      atau dalam bentuk formalnya


      Ini mengundangkan tekanan di dalam jiwa..hehehe.. Jika blog anda mengandunginya, tolong hapuskan dari blog anda.. Ia akan melambatkan pengunjung ke blog anda.. Jika terdapat pengunjung yang kurang sabar, mereka akan konfem menekan button "close tab"..hehehe.. Pasti trafik anda juga akan berkurang..

      Pak Cik Google pun cakap : Google tidak mengkaji dan kita tidak menyokong kandungan ini atau mana-mana blog.. berdasarkan petikan diatas..pedihkan ayatnya.. ;)

      Banyak kesannya kalau kita letak benda ini kan..hehehe.. Terdapat juga, yang tidak sedar benda ini terdapat di blog mereka dengan sengaja atau pun tidak sengaja .. Oleh itu, mari kita buat pemeriksaan di blog kita.. 

      Langkah 1 : Dashboard
      Langkah 2 : Settings
      Langkah 3 : Basics
      Langkah 4 : Adult Content? >> "NO"


      sekian..
      sebagai renungan..

      11 August 2011

      Puasa Dulu Baru Raya


      Assalamualaikum..
      Salam Ramadan.. Hari ini hendak mengajak semua mendengar lagu Puasa Dulu Baru Raya disamping kita menjalankan ibadah berpuasa dalam bulan ramadan ini.. Lagu ini dinyanyikan oleh kumpulan Raihan.. Yang pastinya, ini adalah lagu lama dari kumpulan ini..hehehe.. Mari kita menghayati lirik lagu ini pada bulan yang mulia ini.. Semoga kita mendapat faedah dan rahmat..



      lirik lagu :

      Nawaitu saoma ghadin
      an ada i fardhi ramadhana
      hazihi sanati lillahi taala (2x)
      sahaja aku berpuasa esok hari
      untuk menunaikan fardhu ramadhan
      tahun ini kerana allah
      puasa ertinya menahan diri
      dari lapar dan dahaga
      juga perkara yang membatalkan
      dari terbit fajar sehingga maghrib

      Nawaitu saoma ghadin
      an ada i fardhi ramadhana
      hazihi sanati lillahi taala
      puasa melatih kita sabar
      puasa menjadikan kita sihat
      puasa perlukan keikhlasan
      di dalam bulan ramadhan

      Nawaitu saoma ghadin
      an ada i fardhi ramadhana
      hazihi sanati lillahi taala
      Hendaklah kita banyak sedekah
      jangan lupa pula baca al quran
      juga berzikir dan berdoa
      dan berselawat ke atas nabi

      Nawaitu saoma ghadin
      an ada i fardhi ramadhana
      hazihi sanati lillahi taala
      sahaja aku berpuasa esok hari
      untuk menunaikan fardhu ramadhan
      tahun ini kerana allah

      paling penting sebelum berhari raya
      tunaikanlah zakat dan fitrah
      agar kita dapat meraikan bersama
      tanpa mengira miskin dan kaya

      kini tibalah saat yang dinanti
      hari kemenangan bagi kita
      selamat berhari raya
      minal aidil wal faizin
      minal aidil wal faizin
      minal aidil wal faizin
      minal aidil wal faizin


      sekian..
      sebagai renungan..

      * Puasa dulu sampai penuh, barulah boleh raya dan jangan lupa melakukan ibadat-ibadat lain.. :)

      07 August 2011

      Terima Kasih Nuffnang



      Assalamualaikum..

      Salam Ramadan..Hari ini, ada satu berita gembira..hehehe.. Entri pada kali ini juga lebih kepada peribadi penulis.. Ini kerana, setelah hampir setahun di dalam dunia blog.. Pertama kalinya, telah berjaya cash-out cek dari nuffnang.. Kalau melihat nilainya, amat lah sedikit berbanding dengan otai-otai blog yang telah lama di dalam dunia blogger ini.. Walaupun begitu, setiap orang ada rezeki masing-masing..


      Gambaran ini adalah sebagai bukti kepada pengunjung sebagai renungan.. Disamping berkongsi pengetahuan, kita juga mampu menjana pendapatan melalui internet.. Oleh itu, marilah kita memanfaatkannya dengan sebaik-baiknya dan jangan disalah guna..

      sekian..
      sebagai renungan..

      05 August 2011

      Beberapa Arahan Berguna Untuk "Run"

      Assalamualaikum...
      Hari ini, saya hendak berkongsi dengan anda arahan-arahan yang digunakan dalam "Run" untuk memudahkan anda membuka sesuatu fail. Ini bagi sesiapa yang malas hendak mencari folder tersebut.. Ia jugak dapat menjimatkan masa anda untuk mencari folder itu disamping tidak perlu mencari nya di mana-mana.He3..

      Anda perlu mengingati keyword nya sahaja..

      Add/Remove Programs - appwiz.cpl
      Administrative Tools - control admintools Automatic Updates - wuaucpl.cpl
      Bluetooth Transfer Wizard - fsquirt
      Calculator - calc
      Certificate Manager - certmgr.msc
      Character Map - charmap Check
      Disk Utility - chkdsk Clipboard
      Viewer - clipbrd Command Prompt - cmd
      Component Services - dcomcnfg
      Computer Management - compmgmt.msc
      Date and Time Properties - timedate.cpl
      DDE Shares - ddeshare
      Device Manager - devmgmt.msc
      Direct X Control Panel (If Installed)* - directx.cpl
      Direct X Troubleshooter - dxdiag Disk
      Cleanup Utility - cleanmgr
      Disk Defragment - dfrg.msc
      Disk Management - diskmgmt.msc
      Display Properties - desk.cpl
      Display Properties (w/Appearance Tab Preselected) - control color
      Dr. Watson System Troubleshooting Utility - drwtsn32
      Driver Verifier Utility - verifier
      Event Viewer - eventvwr.msc
      File Signature Verification Tool - sigverif
      Findfast - findfast.cpl
      Folders Properties - control folders
      Fonts - control fonts Fonts Folder - fonts
      Free Cell Card Game - freecell Game Controllers - joy.cpl
      Group Policy Editor (XP Prof) - gpedit.msc
      Hearts Card Game - mshearts
      Iexpress Wizard - iexpress
      Indexing Service - ciadv.msc I
      Internet Properties - inetcpl.cpl
      IP Configuration - ipconfig /all
      Java Control Panel (If Installed) - jpicpl32 Aug 31 Sourish
      Keyboard Properties - control keyboard Local Security Settings - secpol.msc
      Local Users and Groups - lusrmgr.msc
      Logs You Out Of Windows - logoff
      Microsoft Chat - winchat
      Minesweeper Game - winmine
      Mouse Properties - control mouse
      Mouse Properties - main.cpl
      Network Connections - control
      netconnections Network Connections - ncpa.cpl
      Network Setup Wizard - netsetup.cpl
      Notepad - notepad Nview
      Desktop Manager (If Installed) - nvtuicpl.cpl
      Object Packager - packager
      ODBC Data Source Administrator - odbccp32.cpl
      On Screen Keyboard - osk Opens AC3 Filter (If Installed) - ac3filter.cpl
      Password Properties - password.cpl
      Performance Monitor - perfmon.msc
      Performance Monitor - perfmon Phone and Modem Options - telephon.cpl
      Power Configuration - powercfg.cpl
      Regional Settings - intl.cpl
      Registry Editor - regedit
      Registry Editor - regedit32 Remote Desktop - mstsc
      Removable Storage - ntmsmgr.msc
      Removable Storage Operator Requests - ntmsoprq.msc
      Resultant Set of Policy (XP Prof) - rsop.msc
      Scanners and Cameras - sticpl.cpl
      Scheduled Tasks - control schedtasks Security Center - wscui.cpl
      Services - services.msc
      Shared Folders - fsmgmt.msc
      Shuts Down Windows - shutdown Sounds and Audio - mmsys.cpl
      Spider Solitare Card Game - spider SQL Client Configuration - cliconfg
      System Configuration Editor - sysedit
      System Configuration Utility - msconfig
      System Properties - sysdm.cpl
      Task Manager - taskmgr
      Telnet Client - telnet
      User Account Management - nusrmgr.cpl
      Utility Manager - utilman
      Windows Firewall - firewall.cpl
      Windows Magnifier - magnify
      Windows Management Infrastructure - wmimgmt.msc
      Windows System Security Tool - syskey
      Windows Update Launches - wupdmgr
      Windows XP Tour Wizard - tourstart
      Wordpad - write

      contoh untuk anda membuka aplikasi calculator :

      Untuk membuka fail "Run"
      Click "Start Menu" kemudian "Run"

      kemudian..
      masuk kan "calc" bagi calculator
      dan keluar lah :

      sekian..
      sebagai renungan..

      * Untuk membuka folder lain, anda boleh lah mencuba.. :) cepat, mudah dan ringkas..hehehe

      31 July 2011

      Ramadan Datang Lagi


      Assalamualaikum..
      Di bulan ramadan ini, orang islam diwajibkan berpuasa selama sebulan bagi mengikut rukun islam yang ketiga. Berdosa bagi sesiapa yang tidak berpuasa pada bulan ramadan.

      " Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. " - (surah Al-Baqarah: 183)

      Dikesempatan ini, saya hendak kongsikan niat untuk berpuasa..

      Lafas Niat Ringkas..

      نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
      Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.

      Lafas Niat Lengkap

      نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
      Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

      Lafaz Niat Sebulan

      نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
      Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

      sekian.. 
      sebagai renungan..

      *Sempena pada bulan ramadan yang mulia ini, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat..

      25 July 2011

      Belajar Asas Kod HTML 3

      Assalamualaikum..

      Setelah berkongsi asas-asas kod HTML pada entri-entri yang lepas. Mengenai pengunaan bentuk tulisan  dan pengenalan HTML di Belajar Asas Kod HTML 1 dan tag-tag utama yang terdapat di dalam kod HTML di Belajar Asas Kod HTML 2

      Di entri pada kali ini, saya hendak berkongsi dengan anda untuk membuat jadual dengan mengunakan kod HTML.

      Jadual yang dimaksudkan adalah seperti dibawah ini:

      Merah Hijau
      Kuning Unggu
      Biru Hitam

      Tapi sebelum itu, mari kita pelajari beberapa tag-tag utama untuk membuat sesebuah jadual

      <table>
      Mentakrifkan jadual

      <th>
      Mentakrifkan header jadual

      <tr>
      Mentakrifkan baris jadual

      <td>
      Mentakrifkan sel jadual

      Selepas kita mengetahui jenis-jenis tag dan kegunaan setiap tag ini, baru lah kita boleh membuat satu jadual yang lengkap..

      Ini merupakan satu contoh arahan untuk membuat jadual

      <table border="1">
      <tr>
      <th>Header 1</th>
      <th>Header 2</th>
      </tr>
      <tr>
      <td>row 1, cell 1</td>
      <td>row 1, cell 2</td>
      </tr>
      <tr>
      <td>row 2, cell 1</td>
      <td>row 2, cell 2</td>
      </tr>
      </table>

      Hasilnya adalah seperti jadual yang dibawah..

      Header 1 Header 2
      row 1, cell 1 row 1, cell 2
      row 2, cell 1 row 2, cell 2

      Setiap warna yang di highlight akan menghasilkan ruangan baris dan sel di dalam jadual tersebut.. Jika tidak mahu header, anda hanya perlu membuang warna merah itu sahaja berserta <tr> dan </tr>
      untuk menambah kan ruangan pada baris dan jadual, perlulah menambah kan lagi arahan-arahan pada kod anda..

      Sebagai contoh yang lain, kita hendak membuat satu jadual yang mengandungi bulan, hari, jam dan minit

      <table border="1">
      <tr>
      <th>Bulan</th>
      <th>Hari</th>
      <th>Jam</th>
      <th>Minit</th>
      </tr>
      <tr>
      <td>Julai</td>
      <td>31</td>
      <td>744</td>
      <td>44, 640</td>
      </tr>
      <tr>
      <td>Ogos</td>
      <td>31</td>
      <td>744</td>
      <td>44, 640</td>
      </tr>
      <tr>
      <td>September</td>
      <td>30</td>
      <td>720</td>
      <td>43, 200</td></tr>
      <tr>
      <td>Oktober</td>
      <td>31</td>
      <td>744</td>
      <td>44, 640</td> </tr>

      </table>

      dan hasilnya adalah seperti ini:

      Bulan Hari Jam Minit
      Julai 31 744 44, 640
      Ogos 31 744 44, 640
      September 30 720 43, 200
      Oktober 31 744 44, 640

      sekian..
      sebagai renungan..

      * Diharap anda boleh menghasilkan satu jadual yang menarik..he3..nanti anda boleh lah membuat jadual pada ruangan komen pada entri-entri dengan mengunakan kod HTML ini..
      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...