HENSEM DAN CANTIK BELAKA

ATTENTION

Assalamualaikum..
Disini diingatkan bahawa perkara-perkara yang berkaitan dengan agama, diminta dibuat rujukan terlebih dahulu dengan orang yang lebih arif dalam bidang ini..sebelum mengambilnya sebagai rujukan..
Sekian..

!!!!!!!!!!!!!!!! MY BLOG LIST !!!!!!!!!!!!!!!!

02 May 2013

Pantang Larang Dalam Hubungan Suami Isteri

Assalamualaikum

Disini hendak saya kongsikan tips dalam menjaga hubungan suami isteri di dalam rumah tangga oleh Ustaz Kazim Elias.

  1. Jangan puji orang luar, jiran tertangga atau saudara mara secara berlebihan.
  2. Hindar meninggikan suara / menjerit memanggil pasangan. Tegur dan nasihatlah dengan nada rendah agar tidak menguris hati.
  3. Usah lontarkan kritikan pedas yang mengguris perasaan pasangan. Sentiasa membuka hati untuk menerima pandangannya.
  4. Jangan berbohong dengan pasangan. Tiada tempat dalam syurga untuk si pembohong kerana rumah pertama di dalam syurga adalah bagi mereka yang bercakap benar.
  5. Usah meninggalkan isteri tanpa alasan dan sebab yang munasabah. Elak juga menjauhkan diri daripada isteri walau ketika isteri haid.
  6. Bersedia untuk mengakui kesilapan yang dilakukan. Usah sesekali merasakan diri tidak bersalah / betul setiap masa.
semoga dapat dijadikan rujukan bersama

sekian 
Sebagai Renungan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...