HENSEM DAN CANTIK BELAKA

ATTENTION

Assalamualaikum..
Disini diingatkan bahawa perkara-perkara yang berkaitan dengan agama, diminta dibuat rujukan terlebih dahulu dengan orang yang lebih arif dalam bidang ini..sebelum mengambilnya sebagai rujukan..
Sekian..

!!!!!!!!!!!!!!!! MY BLOG LIST !!!!!!!!!!!!!!!!

11 November 2012

Antara Tanda-tanda Iman Menjadi Lemah

Assalamualaikum..

Disini saya hendak kongsikan sedikit info iman menjadi lemah untuk diri sendiri dan pengunjung blog sebagai renungan. Semoga mendapat manfaat bersama-sama.
  1. Melakukan dosa tetapi tidak berasa bersalah.
  2. Merasa susah untuk bangun bagi mengerjakan solat subuh.
  3. Tiada rasa khusyu' di dalam solat.
  4. Asyik merungut dengan ketentuan takdir.
  5. Tidak bersabar apabila menerima ujian.
  6. Sentiasa sibuk dengan urusan dunia sahaja.
  7. Meninggalkan Al-Quran tanpa dibaca.
  8. Tidak endah apabila melihat manusia melakukan maksiat hatta diri sendiri melakukannya.
  9. Tidak berasa bersalah apabila melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam.
  10. Tidak merasakan apa-apa pun bila mendengar bacaan ayat suci Al-Quran.
  11. Menyuruh orang buat baik tetapi diri sendiri tidak mempraktikkannya.
  12. Berasa senang atau gembira ketika ada sesuatu perkara yang buruk atau tiada kemajuan terjadi pada orang lain.
  13. Hanya peduli haram dan haram sahaja, makruh dia tidak ambil kisah.
  14. Mentertawakan orang yang melakukan kebaikan kecil misal kata membersihkan masjid.
  15. Tidak peduli akan keadaan umat Islam.
  16. Tiada berasa tanggungjawap untuk ikut kemajuan agama Islam.
  17. Menyukai berdebat walaupun tiada bukti.
  18. Menjadi lalai dan obses kepada diri sendiri
semoga menjadi rujukan bersama
sumber

sekian
Sebagai Renungan 

09 October 2012

10 Cara Langsing Sebelum Sanding

Assalamualaikum

Anda impikan tubuh yang langsing untuk kelihatan menawan tatkala mengenakan busana pengantin di hari paling membahagiakan anda? Bagaimana cara terbaik dan paling singkat untuk mendapatkan tubuh langsing idaman anda?

Mudah sahaja, pastikan anda mengikuti tip pemakanan ini dengan baik enam bulan sebelum bergelar isteri. Nescaya bakal suami akan terpegun apabila memandang tubuh ramping anda ketika melangkahkan kaki di atas gerbang pelamin.

TIP DIET RENDAH LEMAK

  • Minuman dan makanan bersusu seperti yogurt dan cheese masih boleh diambil oleh bakal pengantin tapi pastikan ianya berlabel rendah lemak.
  • Makanan bijirin seperti biji gandum, nasi, nasi perang, oat, pasta dan sebagainya masih diperlukan tetapi dalam kuantiti yang sederhana.
  • Sayuran dan buah-buahan segar paling penting untuk kulit segar dan berseri. Jika kurang berminat dengan sayur atau buah-buahan segar, anda juga boleh mengambil sayuran yang telah disejukbeku atau buah-buahan kering.
  • Buat bakal pengantin anda digalakkan mengambil telur goreng atau telur rebus maksimum 4 kali seminggu.
  • Pada penggemar daging dan ikan anda perlu berpantang sebelum tibanya hari bahagia. Pastikan anda mengambil daging ayam, kambing atau lembu pada kadar kuantiti yang sedikit. Anda dinasihatkan menyediakan makanan ini dengan cara membakar, merebus atau mengukus.
  • Jangan ambil makanan atau minuman beralkohol. Selain membahayakan keselamatan ianya juga membahayakan kesihatan tubuh badan anda. (Bukan Islam)
  • Baca label produk sebelum membeli sebarang makanan atau minuman. Pastikan kandungan lemaknya adalah rendah.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang telah diproses. Biasanya makanan yang telah diproses mengandungi perisa tambahan yang tinggi kandungan lemaknya.
  • Elakkan mengambil makanan seperti kek, pastri, biskut, coklat dan makanan ringan yang mengandungi banyak lemak dan minyak.
  • Elakkan mengambil minuman susu penuh krim dan ais krim.
Salam Perkongsian..
sekian
Sebagai Renungan

05 October 2012

Jangan Selalu Korek Telinga

Assalamualaikum..

Mungkin ada antara anda yang akan mengorek telinga anak hampir setiap minggu semata-mata untuk mengeluarkan tahi telinga dan memastikan telinga anak anda sentiasa bersih.

Bagaimanapun, sedarkah anda bahawa perbuatan mengorek telinga itu boleh menjejaskan kesihatan telinga dan dikhuatiri boleh memudaratkan pendengaran?

Tidak kiralah sama ada anda menggunakan putik kapas, pengorek telinga diperbuat daripada besi, pin, kunci kereta atau apa saja bahan untuk mengorek atau mengeluarkan tahi telinga, hakikatnya, perbuatan mengorek telinga memang tidak perlu dilakukan. Ini kerana, tahi telinga mampu bertindak sebagai pelindung sama ada terhadap serangga mahupun debu kotoran.

Pakar Telinga, Hidung dan Tekak di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara, Dr Aminuddin Saim, berkata dalam keadaan normal, tahi telinga akan keluar sedikit demi sedikit kerana lapisan kulit telinga mempunyai mekanisme yang akan mengeluarkannya secara berterusan. Justeru, beliau berkata, anda tidak perlu mengorek telinga atau mengeluarkan tahi telinga dengan bahan yang sering kali digunakan untuk tujuan itu.

"Apabila tahi telinga itu sudah terkeluar dan terlihat, anda boleh membersihkannya tetapi jangan pula mengorek telinga dalam-dalam kerana ini boleh menjejaskan kesihatan telinga anak anda," katanya ketika ditemui, di ibu negara, baru-baru ini.

Dr Aminuddin berkata, korek telinga bukan saja tidak perlu dilakukan di kalangan kanak-kanak, malah setiap individu tidak sepatutnya mengorek telinga . Beliau berkata, lazimnya, ibu bapa menggunakan putik kapas untuk mengorek telinga anak-anak mereka tetapi bahan itu boleh menyebabkan tahi telinga semakin terbenam, melecet atau luka pada kulit telinga dan putik kapas tertinggal di dalam telinga. Katanya, ada juga yang mengorek telinga dengan pengorek telinga diperbuat daripada besi dan ini lebih berbahaya kerana ia boleh menyebabkan luka dan dikhuatiri boleh tertembus pada gegendang telinga dan seterusnya memudaratkan pendengaran.

"Mengorek telinga memang boleh menyebabkan seseorang menjadi khayal kerana telinga mempunyai banyak saraf dan ia begitu sensitif. Justeru, mengorek telinga kadangkala menjadi amalan atau tabiat seseorang.

"Sebaik-baiknya hentikan amalan itu kerana dikhuatiri boleh menjejas atau memudaratkan kesihatan telinga, terutama gegendang telinga", katanya.

Dr Aminuddin berkata, tahi telinga ialah satu bahan di dalam telinga yang terdiri daripada serumen (lilin telinga) iaitu kelenjar yang dikeluarkan oleh telinga. Katanya, hasil campuran keretin, debu, kotoran, lelemak dan bulu telinga akan membentuk tahi telinga. Dr Aminuddin berkata, tahi telinga boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu keras dan lembut dan sebahagian besar masyarakat Asia mempunyai tahi telinga jenis keras. "Keras atau lembut tahi telinga bergantung kepada faktor genetik dan lelemak yang terkandung di dalam tahi telinga," katanya.

Beliau berkata, tahi telinga bertindak sebagai pelindung kepada telinga anda kerana lendir atau cecair yang terkandung di dalamnya boleh menyebabkan debu terlekat, kesukaran dimasuki serangga dan mengelakkan jangkitan serangga. Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa supaya tidak mengorek telinga anak mereka dengan apa juga bahan kerana bimbang ia boleh menyebabkan luka dan kurang ketahanan untuk bertindak sebagai pelindung. "Telinga yang terluka akan mudah ditumbuhi dan dijangkiti kulat serta bakteria. Selain itu, amalan mengorek telinga juga dikhuatiri boleh menyebabkan kerosakan pada gegendang telinga," katanya.

Bagaimanapun, Dr Aminuddin berkata, ada segelintir individu yang mengalami masalah tahi telinga tidak terkeluar dengan sendiri dan keadaan ini dikenali sebagai keratosis obsturans. Katanya, mereka yang mengalami masalah ini perlu berkunjung ke hospital untuk membolehkan pakar telinga, hidung dan tekak mengeluarkan tahi telinga.Lazimnya, telinga pesakit akan dimasukkan ubat titik atau minyak zaitun bagi membolehkan doktor menggunakansejenis alat bagi menyedut tahi telinga mereka.

Kanak-kanak yang mengalami masalah itu selalunya akan berasa tidak selesa dan kurang mendengar kerana tahi telinga mereka keras dan tidak terkeluar sebagaimana dalam keadaan normal. "Bagaimanapun, keadaan seumpama itu amat jarang berlaku kerana lazimnya, tahi telinga akan terkeluar dengan sendiri," katanya.
*Entri Copy & Paste

Sekian
Sebagai Renungan

05 August 2012

Tips Cara Untuk Khusyuk Dalam Berdoa

Assalamualaikum..

Telinga
- Mendengar apa yang dibicarakan.

Mulut
- Membicarakan doa, dan memahami apa yang dibicarakan.

Hati
- Ikhlas / mengharap dan yakin doa akan dimakbulkan.

Otak
- Menggambarkan apa yang didoakan.

Mata
- Cari mana-mana titik atau garisan di tapak tangan, dan fokuskan mata anda statik pada titik itu.

Tangan
- Menadahmya bersungguh-sungguh, ikhlas dengan penuh kehambaan.

" Apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentangKu katakanlah bahwa sesungguhnya Aku ini dekat. Aku dapat mengabulkan permohonan orang yang berdoa padaKu jika kalau ia telah memohonkan itu pada Ku"
(al-bagarah:186)

sumber

sekian
Sebagai Renungan

21 July 2012

Kesilapan Yang Selalu Dilakukan Didalam Bulan Ramadhan

Assalamualaikum..

Kesilapan-kesilapan yang selalu kita lakukan..

  • Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam)
  • Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.
  • Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.
  • Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.
  • Tidak mengutamakan solat subuh berjemaah sebagaimana terawih.
  • Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.
  • Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.
  • Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.
  • Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur.
  • Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat.
  • Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram.
  • Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.

Bersama-sama kita menjaga amal ibadat di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

sekian  

18 July 2012

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Assalamualaikum..

Perkongsian hari ini sebagai renungan

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:
"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS KEPADA ALLAH.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Semoga Mendapat Manfaat Bersama..
sumber

sebagai Renungan

Entri Lama : Siapa  Musuh Syaitan???, 4 Syarat Hidupkan Hati Dengan Al-Quran, Petua Imam Syafie, Pelindung Vs Perosak, Muslimat Pencetus Muslimin Bertaqwa?

06 July 2012

Sunnah Hari Jumaat

Assalamualaikum..

Hari ini saya hendak kongsikan amalan sunnah pada hari jumaat. Semoga kita mendapat faedah bersama.

  • Persediaan Jumaat hendaklah dimulakan pada hari khamis lagi, seperti memotong kuku dan rambut.
  • Membaca surah Al-Kahfi
  • Mandi sunat
  • Bersiwak
  • Memakai wangi-wangian
  • Memakai pakaian yang baik, lebih afdal berwarna putih
  • Datang awal ke masjid untuk menunaikan solat jumaat
  • Berjalan kaki ke masjid
  • Mendengar khutbah dengan penuh perhatian
  • Mencari masa mustajab untuk berdoa
  • Memperbanyakan selawat
sumber

sekian
Sebagai Renungan

Entri Lama: 11 Tips Menghindari Marah, Adab-adab Meludah, Kerana Kulit Diri Tertipu, 3 Soalan 1 Penampar, 15 Pintu Dan 15 Senjata

04 July 2012

Fakta Menarik Mengenai Emas

assalamualaikum..

Hari ini saya hendak kongsikan fakta menarik mengenai Emas. Semoga kita mendapat manfaat bersama.

1. Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia mula menemui emas. Zaman Rasullullah SAW, nilai seekor kambing adalah 1 dinar, zaman Kerajaan Melayu Melaka pun seekor kambing bersamaan 1 dinar, sekarang pun harga kambing tetap 1 dinar. Tgk la betapa kebalnya Dinar emas terhadap inflasi.

2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum).

3. Nombor atom untuk emas adalah 79.

4. Emas telah dijadikan sebagai syiling, barang kemas, hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod.

5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial.

6. Sifat fizikal emas adalah berkilat, lembut dan padat.

7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi.Terdapat sedikit keraguan untuk fakta ini, hasil perbincangan dengan yang lebih arif mengatakan logam yang paling lembut adalah CESIUM.

8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia.

9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air (tidak berkarat).Tidak hairanlah kalau emas boleh disimpan sehingga beribu tahun Tanpa hilang atau susut nilai. Tidak seperti logam lain yang tidak stabil dan mudah teroksida (berkarat).

10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang dan ia adalah simbol kemewahan dan simpanan kekayaan individu.

11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol samada Islam, hindu ataupun aties.

12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi.

13.Emas memainkan beberapa peranan penting dalam pembuatan komputer, alat komunikasi, kapal angkasa, enjin pesawat jet, kapal terbang, dan hasil pengeluaran yang lain.

14.Daya tahan terhadap pengoksidaan membolehkan emas digunakan secara berleluasa dalam pembuatan lapisan nipis elektroplat pada permukaan penyambung elektrik untuk memastikan penyambungan yang baik.

15. Seperti perak, emas boleh membentuk amalgam keras bersama raksa, dan ini kadang kala digunakan sebagai bahan pengisi gigi.

16. Emas adalah unsur paling pasif, stabil dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain.

17. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitric. Logam-logam lain seperti Silver (Ag) dan logam lain bertindak balas dengan Asid Nitrik.

18. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk menentukan ketulenan emas.

19. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas didunia. Ini kali pertama berlaku sejak Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.

20. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat mengisi hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.

21. Satu gram emas boleh ditempa menjadi satu kerajang bersaiz satu meter panjang dan satu meter lebar atau 1 auns kepada 300 kaki² (3300meter persegi) ~(57m x 57m)

22. Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadi hampir transparent.

23. Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain.

24. Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah kekerasan, kekuatan, sifat kelogaman (metallugical), suhu lebur dan perubahan kaler sesuatu kualiti emas.

25. Emas digunakan didalam industri moden sebagai konduktor haba dan elektrik.

26. Memandangkan emas merupakan pemantul pancaran inframerah dan cahaya tampak yang baik, logam ini digunakan sebagai lapisan
pelindung pada satelit buatan manusia.

27. Emas tidak bertindakbalas dengan udara, kelembapan dan agen hakisan yang kuat.

28. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan yang terhasil adalah logam emas padu.

29. Emas tulen 24 karat tidak mempunyai rasa dan bau.

30. Emas sangat tumpat, 1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg.

31. Warna emas tulen adalah kuning metalic.

32. Hanya Emas, Cesium dan tembaga adalah unsur logam yang tidak berwarna putih ataupun kelabu.

33. Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepada kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbital atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1) (bayangkan satu tahi bintang yang mengelilingi bumi setiap masa)

34. Aloi emas berwarna merah rose boleh dihasilkan dengan campuran beberapa komposisi copper (tembaga) dan Silver (perak).

35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk semulajadinya dan 18 radioisotop lain. Radioisotop Au-195 adalah paling stabil dengan separuh hayat 186 hari.

36. Emas digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai tambatan matawang. Amaun emas yang disimpan bank negara sama jumlah dengan nilai wang kertas yang dicetak untuk digunakan dalam urusan seharian.

37. Jumlah emas didalam dunia adalah terhad dan pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang.

38. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap.

39. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk membiayai kempen peperangan masing-masing.

40. Selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.

41. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang telah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap.

42. Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawang mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999.

43 Walaupun emas adalah logam lengai, namun ia boleh menghasilkan pelbagai sebatian.Aurik klorida (AuCl3) dan asid kloraurik (HAuCl4) adalah sebatian emas yang paling umum. Badan manusia tidak dapat mennyerap sebatian emas yang kebiasaannya tidak begitu toksik. Namun dilaporkan lebih 50% pesakit artritis yang dirawat dengan drug yang mengandungi emas mengalami kerosakan hati dan ginjal.

44. Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan ia lebih keras.

45. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunkan unit Karat (k)

46. Emas tulen diukur sebagai 24karat(k)

47. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22karat (916).

48. Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal seperti keras, kuat untuk dipakai jadi ianya biasa dibentuk kepada emas 24karat.

49. Syiling emas yang dikeluarkan oleh negara tertentu seperti American Gold Eagle, British Gold Sovereign dan South Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22karat.

50. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas.

51. Takat lebur bagi emas ialah 1337.33 K (1064.18 °C, 1947.52 °F) dan takat didihnya 3129 K (2856 °C, 5173 °F)

52. Isotop emas Au-198, (Separuh hayat: 2.7 hari) digunakan dalam rawatan barah dan rawatan lain-lain penyakit.

53. Emas koloid (nanopartikel emas) ialah larutan berwarna berkeamatan tinggi yang kini sedang dikaji di dalam makmal-makmal untuk kegunaan perubatan dan biologi (kaji hayat). Ia juga merupakan bentuk yang sering digunakan dalam pengecatan emas pada seramik sebelum seramik dibakar.

54. Emas digunakan sebagai bahan penyalutan untuk membolehkan bahan biologi diperhatikan di bawah mikroskop elektron imbasan.

55. Warna yang terdapat pada emas adalah disebabkan oleh frekuensi plasmon emas yang terletak pada julat penglihatan, mengakibatkan warna merah dan kuning dipantulkan sementara warna biru diserap. Hanya koloid perak mempunyai interaksi yang sama terhadap cahaya, tetapi dalam frekuensi yang lebih pendek, sehingga menyebabkan warna koloid perak menjadi kuning.

56. Emas merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik, dan tidak dipengaruhi oleh udara dan kebanyakan reagen. Secara kimianya, logam emas tidak boleh diubah oleh haba, kelembapan, dan kebanyakan agen menghakis dan oleh itu ia amat sesuai digunakan sebagai duit syiling dan barangan kemas.

57. Emas diasingkan daripada bijihnya menggunakan sianida, amalgam, dan peleburan. Penulenan logam biasanya dijalankan menggunakan elektrolisis.

58. Emas terdapat di dalam air laut pada kepekatan 0.1 to 2 mg/ton bergantung kepada kedudukan sampel. Walau bagaimanapun, sehingga kini iaitu tahun 2006 tidak terdapatnya apa-apa cara yang boleh memberi hasil keuntungan sekiranya emas diperolehi daripada air laut.

59. Tamadun Melayu Srivijaya & Majapahit menggunakan emas sebagai matawang untuk perdagangan maritim.

60. Nabi Sulaiman dan empayar agungnya menghiasi istana & kerajaannya dengan emas.

30 June 2012

8 Pahala Yang Berterusan

Assalamualaikum..

Hari ini, saya hendak kongsikan satu artikel mengenai perkara yang dapat membuatkan kita mendapat pahala yang berterusan. Semoga kita saling mengingati antara satu sama lain.

" Anas r.a. berkata bahawa lapan jenis pahala yang tetep diterima seorang hamba Allah walaupun dia telah meninggal dunia iaitu : "
  • Sesiapa yang mendirikan masjid tetap mendapat pahala selagi masjid itu digunakan oleh orang ramai untuk beribat.
  • Sesiapa yang mengalirkan sungai selagi ada orang yang meminumnya.
  • Sesiapa yang menulis mashaf (naskhah al-Quran yang bertulis tangan) selagi ada orang membacanya.
  • Sesiapa yang mengali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
  • Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya, sama ada manusia atau burung.
  • Mereka yang mengajar ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
  • Ibu bapa yang meninggalkan anak yang soleh yang mana si anak selalu beristighfar dan mendoakan kedua-dua orang tuanya.
  • Guru Al-Quran yang mengajar ilmu kitab suci itu kepada muridnya dan si murid mengamalkan ajaran tersebut tanpa sedikit pun mengurangkan pahalanya.

semoga kita mendapat manfaat bersama-sama.
sumber

sekian
Sebagai Renungan

Entri Lama: Di Sebalik Ibadah Korban, Tip Lulus Temu Duga Sektor Swasta, Manizya Wudhuk, 20 Fakta Menarik Mengenai Islam, 4 Syarat Hidupkan Hati Dengan Al-Quran, Muslimat Pencetus Muslimin Bertaqwa?

31 May 2012

Sunnah Ketika Minum

Assalamualaikum..

Salam perkongsian untuk semua. Semoga mendapat maanfaat bersama.

  • Air dan segala minuman yang halal hendaklah diminum dengan tangan kanan kerana syaitan menggunakan tangan kiri bagi makan dan minum. (Khasail Nabawi)
  • Hendaklah minum dengan sedutan yang berlainan. (Tirmizi)
  • Baca Bismillah dan Alhamdulillah pada setiap sedutan. (Bukhari)
  • Jangan tiup ke dalam air panas untuk menyejukannya. (Abu Daud)
  • Duduk dan minum, Nabi SAW telah melarang minum dengan berdiri. (Zaadul Maad)
  • Hendaklah berdiri semasa minum air zam-zam. (Tirmizi)
  • Rendamkan kurma atau anggur di dalam air pada malam hari dan minum larutan ini pada waktu pagi. Walaubagaimanapun,jika kerana terlalu panas ia menjadi tuak, adalah haram untuk minumnya.
  • Orang yang memberi makan atau melayan orang hendaklah yang paling akhir makan & minum. (Tirmizi)
  • Janganlah minum daripada bekas yang besar seperti jag air, botol dan lain-lain. tetapi satu gelas atau mangkuk kecil. (Abu Daud)
  • Jangan minum daripada bekas cawan yang sumpik atau pecah. (Abu Daud)
  • Nabi SAW telah melarang penggunaan bekas masak, makan dan minum diperbuat dari emas dan perak. (Bukhari & Muslim)

semoga mendapat maanfaat bersama-sama..
sumber

sekian..
Sebagai Renungan

Ent
ri Lama: Ramadan Datang Lagi, Sibuk Bekerja, Copy Dari Internet Ke PDF, Blogwalking Dengan Mister Linky'sChurp-churp

20 May 2012

11 Tips Menghindari Marah

Assalamualaikum..

Sudah lama saya tidak mengupdate blog ini, hampir sebulan lebih lama. Ini kerana saya sibuk dan tidak mempunyai masa untuk membuka blog ini. Hari ini, saya hendak kongsikan beberapa tips untuk menghindari perasaan marah. Marah adalah satu perasaan yang membuatkan diri kita berasa panas, geram, dan tidak selesa. Artikel ini diambil dari satu laman sosial.

Pernahkah anda mempunyai perasaan marah? Sehinggakan, kadang-kadang anda berasa ingin mengamuk?

IMAM Syafie ada menegaskan: “Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.”

Apabila marah dituruti, ia akan membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tertinggal kecuali debu. Bagi menghilangkan perasaan marah ada beberapa panduan yang boleh diikuti, iaitu:

1. Perlu berasa malu dengan Allah atas segala tindakan kita. Allah memerhatikan segala tindakan dan sikap biadab kita.

2. Apabila datang perasaan hendak marah, ingatlah kita ini hanya manusia yang hina.

3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah. Ia mungkin membawa kepada permusuhan dan balas dendam daripada orang yang kita marahi.

5. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika marah. Ia lebih buruk daripada perlakuan seekor haiwan apabila kita dalam keadaan marah.

6. Apabila datang perasaan marah, banyakkan membaca istighfar kerana marah itu datang daripada syaitan.

7. Apabila marah sedang memuncak, ambillah wuduk kerana ia dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

8. Jika marah tidak dapat hilang dengan melakukan perkara seperti di atas, hendaklah tidur. Ini kerana ia dapat meredakan perasaan marah apabila bangkit dari tidur nanti.

9. Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datang daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah?

10. Apabila kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Begitu juga dengan orang lain yang melakukan kesilapan, tidak suka dimarahi, sebalik ditegur secara baik.

11. Satu cara lagi, apabila marah datang, sedangkan kita berdiri, duduklah. Apabila duduk, bersandarlah. Insya-Allah marah akan mula reda.

Semoga kita sama-sama mengawal sifat marah.

sekian
Sebagai Renungan

Entri Lama: Rahsia Menyimpan Janggut, Tips Hendak Membeli Laptop, Kerana Kulit Diri Tertipu, 15 Pintu Dan 15 Senjata, Jum Exchange Banner

24 February 2012

Apa Yang Kalian Suka Tentang Dunia???

Assalamualaikum..

Nabi Muhammad SAW bersabda, “Di atas dunia ini aku suka akan 3 perkara:”

1- Wangi-wangian/bau-bauan yang harum.

2- Isteri/perempuan yang solehah.

3- Ketenangan semasa solat.

Lalu Saidina Abu Bakar menyampuk..’Wahai Rasul Allah, aku juga mempunyai 3 kesukaan dalam dunia ini!”

1- Melihat wajah Rasullullah.

2- Mendermakan hartaku seperti permintaan Rasullullah.

3- Suka anakku Aisyah menjadi isterimu ya Rasullullah.

Kemudian Saidina Umar pula berkata..”Kamu benar wahai Abu Bakar, aku juga mempunyai 3 kesukaan atas muka bumi ini..”

1- Mencegah kemungkaran.

2- Menyuruh kepada kebaikan.

3- Berpakaian sederhana.

Selepas itu Saidina Othman pula berkata..”Kamu benar Umar, aku turut mempunyai 3 kesukaan..”

1- Memberi makan orang yang lapar.

2-Memberi pakaian kepada mereka yang tiada pakaian.

3- Membaca Al-Quran.

Kini tiba pula giliran Saidina Ali..”Benar ya Othman, aku juga mempunyai 3 kesukaan!”

1- Melayan tetamu.

2- Berpuasa di musin panas.

3- Berperang pada jalan Allah.

Sedang asyik mereka bercerita turunlah Malaikat Jibri menyapa Rasulullah dan berkata:

“Wahai Rasulullah, mendengarkan perbicaraan kamu, Allah telah memerintahkan aku untuk berjumpa denganmu dan menyuruhmu menanyakan apakah kesukaanku sekiranya aku menjadi penghuni dunia!” Lalu Rasullullah bertanya,”Apakah 3 kesukaanmu wahai Jibril jika engkau menjadi penghuni bumi ini?” Malaikat Jibril menjawab:

1- Aku suka menunjukkan jalan yang benar kepada mereka yang sesat.

2- Aku suka mendampingi orang yang beriman.

3- Membantu ahli keluarga dan kaum kerabat yang didalam kesusahan.

Akhirnya Allah sendiri berfirman, “Aku mempunyai 3 kesukaan kepada hamba-Ku!”

1- Orang yang bersungguh-sungguh membuat ibadah kepada-Ku.

2- Orang yang sentiasa menangis kepada-Ku.

3- Orang yang apabila diuji, mereka bersabar.

sekian..
Sebagai Renungan... 

Entri Lama: Perkara mengenai lelaki, 3 Soalan 1 Penampar, Layahkah Kita Bergelar Saudara??, Kerana Bulu Mata Masuk Ke Syurga, Onani : Masalah Remaja Masa Kini

 

16 February 2012

Bahana Meninggalkan Solat

Assalamualaikum..

Salam..Disini saya hendak kongsikan bahana atau akibat kita meninggalkan solat. Semua orang mengetahui bahawa solat itu adalah tiang agama. Info ini diambil dari satu laman sosial yang berbentuk gambar dan ditulis balik..

Subuh (2 Rakaat)
Allah SWT akan mencampakkannya ke dalam neraka Jahanam selama 60 tahun. Sahabat sekalian, 1 tahun di akhirat tidak sama dengan dunia. Jika 1 tahun di dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat 1 tahun bersamaan dengan 60000 tahun di dunia. MasyaALLAH. 7 keturunan kita pun belum lepas 1 tahun jika kita hidup di akhirat.

Zohor (4 Rakaat)
Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim. Sedangkan membunuh seorang orang Islam pun kita akan dicampakan ke neraka, bayangkan kita telah membunuh 1000 orang muslim. Betapa azabnya kita. Begitu mudah kita mencari dosa tersebut hanya dengan meninggalkan solat zohor yang mana dilakukan, 15 minit pun tidak sampai.

Asar (4 Rakaat)
Dosa sama seperti meruntuhkan Ka'abah. MasyaAllah, sanggupkah kita meruntuhkan kiblat umat islam?? Renungkan beberapa kali sudah kita meninggalkan solat asar dengan sengaja?? Dan renungkan juga berapa kali sudah kita meruntuhkan Ka'abah.

Maghrib (3 Rakaat)
Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri. Saya tak sanggup nak menyedarkan diri saya dengan lebih panjang akan dosa meninggalkan solat maghrib ini. Rasa amat bersalah dengan ibu bapa saya sendiri.

Isyak (4 Rakaat)
Allah SWT berseru kepada "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT..

Salam Peringatan Untuk Bersama..

sekian..
Sebagai Renungan..

Entri Lama: Jauhi dari Gay, Adab Berbicara, Kepentingan Kitar Semula, Dakwah Solat, Jodoh Tidak Bergolek-golek Datang

14 February 2012

10 Perkara Yang Merosokkan Otak

Assalamualaikum..

Hari ini, saya hendak kongsikan sedikit perkara yang menyebabkan kerosokan pada otak kita. Artikel ini diambil dari laman sosial. Semoga ini dapat membantu kita dalam menjadi seorang manusia yang baik.

1. Tidak Mengambil Sarapan Pagi
Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga, iaitu sebanyak 25% daripada keperluan tenaga badan. Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah manjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Banyak sel-sel otak akan mati dan keseluruhan otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut.

2. Terlebih Makan
Tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak menjadi semakin baik. Makan berlebihan menyebabkan banyak darah dialirkan kepada perut dan usus untuk bertujuan pencernaan, ini menyebabkan kekurangan darah yang sampai kepada otak. Ia akan mengakibatkan mengantuk, malas dan hilang daya fokus.

3. Merokok
Asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh banyak sel-sel otak.

4. Mengambil Gula Berlebihan
Gula yang berlebihan dalam badan boleh mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Menghidu Udara Yang Tercemar
Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Menghidu udara tercemar menyebabkan kerosokan sel-sel otak. Berkawan dengan peroko juga mendedahkan kita kepada asap rokok yang sangat merbahaya kepada otak.

6. Tidur Yang Berlebihan
Tidur adalah baik untuk kesihatan otak kita. Namun tidur yang berlebihan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya berfikir seseorang.

7. Tidur Dengan Menutup Muka
Tidur sambil meniarap dan menutup muka ke bantal atau menutup dengan buku atau lengan boleh menyebabkan benyak gas karbaon dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas. Ini boleh menyebabkan otak kekurangan oksigen.

8. Kurang Berimaginasi
Berfikir merupakan satu cara yang baik untuk mengasah otak kita. Kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun.

9. Jarang Berfikir
Jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembab dan tidak aktif. Maka, selalu berfikir akan melatih otak kita berkerja dan meningkatkan keupayaan otak kita.

10. Tidak membaca Al-Quran
Al-Quran merupakan kalimah-kalimah Allah s.w.t. Membacanya akan memberi banyak manfaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkannya daripada rosak. Tidak membaca Al-Quran menyebabkan otak kita menjadi dungu dan dangkal.

sekian
Sebagai Renungan.

Entri Lama: Merokok 15 Kesan Pemusnah Imej, Kita Tidak Layak Membeza-bezakan, Tips Hendak Membeli Laptop, Adab-adab Meludah, Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan

06 February 2012

Rahsia Menyimpan Janggut

Assalamualaikum..

Hari ini hendak kongsikan rahsia menyimpan janggut. Maklumat ini diambil dari beberapa artikel untuk dikongsikan bersama.

Kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikatyang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungihormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

Unsur-unsur dan bentuk hormon testosteron
Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan pasangannya.

Bagaimana Caranya?

Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum mempunyai anak kerana mengalami masalah kesuburan, mintalah suami menyimpan janggut, dan belailah selalu janggut suami.

Kata Dr Jamnul Azhar, kajian itu beberapa kali diulang tayang oleh National Geographic. Ini sekali gus menjadi bukti apa yang disarankan oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.

Hukum Memelihara Janggut

Berjanggut telah diperintahkan oleh Nabi Muhammad saw dan bukan persoalan yang interim. Terdapat banyak hadis sahih menyuruh memelihara janggut dan berulang kali pula melarang mencukurnya dengan larangan yang keras.

Berjanggut dan berjambang amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh para sahabat, para tabiin dan Salaf as-Soleh. Tidak sepatutnya individu yang mengaku dirinya beriman kepada Nabi Muhammad saw mengabaikan suruhan baginda yang diulang berkali-kali. Ingatlah, menentang suatu kewajiban yang ditetapkan oleh syara’ seperti memelihara janggut adalah suatu bentuk perbuatan yang membawa kepada fasiq.

Sikap tidak memperdulikan larangan Allah swt adalah perbuatan keji. Dianggap keji kerana meremehkan hukum-ahkam syara’. Perbuatan seperti ini adalah berdosa dan fasiq. Inilah hakikat yang berlaku kepada orang-orang Islam masa kini apabila diajukan persoalan hukum berjanggut.

Seseorang itu tidak dianggap beriman sebelum mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih dari mencintai dirinya sendiri dan ia sewajarnya komited dalam hal ini.

Persoalannya, di manakah tanda pembuktian cinta seseorang jika tidak mentaati dan tidak merealisasikan seruan kekasihnya. Tidak benar pengakuan seseorang yang mengaku mencintai Allah dan Rasul-Nya jika hanya mementingkan hawa nafsunya tanpa membuktikannya dengan ketaatan walaupun ketaatan tersebut disangka perkara kecil.

Rasulullah saw telah menegah para sahabatnya daripada mencukur janggut dengan beberapa alasan. Baginda Saw telah mengisyaratkan setiap lelaki beriman supaya memelihara janggut atau jambang mereka.

sekian..
sebagai renungan

Entri Lama: Tips berjaya di dalam perniagaan, Khasiat & Kelebihan Habbatus Sauda, Kuruskan Badan Tanpa Ubat, Pantun Mari Sembahyang Yang Manja, Kata-kata Nasihat Ibnu Qayyim

20 January 2012

Tips Pengurusan Stress

Assalamualaikum

Di dalam kehidupan seharian banyak kerja dan perbagai masalah yang menimba diri kita. Keadaan ini selalu akan membuatkan kita berasa tertekan dan strees. Jika tidak dikawal dan dijaga dengan baik pasti akan memburukan lagi keadaan. Disini dikogsikan beberapa tips untuk pengurusan stress

SOKONGAN
Dapatkan sokongan dari keluarga, pasangan atau rakan2 yang memahami dan sedia mendengar agar dapat mengurangkan tekanan.

SOLAT
Sembahyang dan mengingati Allah. Serahkan semua yang telah diusahakan padaNya.

DOA
Doa merupakan cara yang paling berkesan. Lafazkan dengan penuh keikhlasan dan pasrah, ia dapat menimbulkan ketenangan dalam hati.

MENTAL EXERCISE
Arahkan imaginasi kepada suatu yang positif@meditasi. Cari posisi yang selesa, pejam mata dan rehatkan otot2 kita. Tarik nafas dalam-dalam dan lepas perlahan-lahan. Bayangkan sesuatu yang menenangkan seperti ombak di pantai dan lain-lain.

UBAH SUSUN ATUR RUMAH
Keadaan susun atur rumah yang tidak berubah kadangkala boleh menyesakkan diri. Cuba ubah susun atur rumah untuk merasakan suasana yang baru.

PENGURUSAN MASA
Setiap orang diberi 24 jam sehari dan hanya mereka yang bijak dalam mengendalikan masa akan mendapat faedah darinya.

PANDANGAN TERHADAP STRESS
Jangan pandang stress sebagai suatu yang negative keran stress juga penting untuk meningkatkan kualiti hidup. Cara kita menangani stress akan memberi kesan kepada hidup kita.

TERIMA KEKUATAN DAN KELAMAHAN DIRI
Terima kekuatan diri sebagai anugerah dan percaya bahawa segala kelemahan masih boleh dibaiki.

BERSEDIA BERKONGSI MASALAH
Kongsi masalah dengan seseorang yang dipercayai. Sememangnya tidak semua orang disekitar kita boleh dipercayai tetapi percaya lah, masih ada orang2 sedemikian yang boleh membantu.

KRITIKAN NEGATIF
Pandang kritikan negatif sebagai sesuatu yang membina dan jangan biarkan ia melamahkan semangat.

LAKUKAN PERUBAHAN
Bersedialah untuk menerima saranan dari orang lain dan belajar untuk berkompromi.
JAGA HUBUNGAN BAIK
Hubungan baik dengan orang sekeliling penting untuk meneruskan hidup dengan bahagia. Cari jalan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dengan cara yang terbaik untuk kedua-dua pihak. Minta maaf jika perlu.

KETAWA
Dalam keadaan yang sukar, tertawalah supaya dapat mengendurkan keadaan yang tegang.

BERGAUL DENGAN ORANG YANG POSITIF
Berada di sekitar orang-orang yang positif dan berhemah membuat diri kita turut merasa positif dan selesa.

MENYEMAI SIFAT EHSAN
Berehsan akan mendatangkan rasa kasih sayang dalam diri kita sekaligus membantu memperbaiki emosi diri kita.

sekian..
Sebagai Renungan..


Entri Lama : Dosa Yang Lebih Besar Dari Berzina, Nasihat Ibu Tentang Cinta, 10 Petanda Dia Adalah Jodoh Kita, 30 Perkara Perempuan Tak Sempat Bagitau Lelaki, Pelindung Vs Perosak

02 January 2012

Kita Tidak Layak Membeza-bezakan

Assalamualaikum..

Kita ini semuanya sama.

Tiada beza yang tua mahupun yang muda.

Jangan menyombong atau takbur sesama manusia.

Sekalipun kita berpangkat atau berilmu.

Kerana disisi Allah.

Kita semuanya sama.

Kata ustaz,

Jangan kita hina orang yang lemah, yang kurang berada.

Mahupun yang kurang paras rupa.

Tiada beza yang mengerjakan sawah.

Mahupun yang membina perumahan mewah..

Kerana disisi Allah

Kita semuanya sama.

Kata ustaz lagi,

Jangan kita hina.

Budak kecil yang comot lagi berhingus.

Kerana dia tiada dosa.

Sedangkan kita.

Setiap waktu dan ketika.

Memenuhi hati kita.

Dengan titik-titik noda.

Dalam tidur, dalam jaga.

Akhirnya ustaz berpesan,

Ingatlah!

Kita manusia semuanya adalah sama.

Yang membezakan kita.

Hanyalah AMAL dan TAQWA

Biarlah kita kurang dimata manusia.

Tetapi tinggi disisi ALLAH.

Peliharalah dirimu.

Agar tidak dinodai dengan suasana.

Sesungguhnya dirimu.

Ada harga diri.

Yang tidak ternilai mahalnya.

Segalanya UjiaN

ALLAH menguji KEIKHLASAN bila bersendirian...

ALLAH memberi KEDEWASAAN bila ada masalah...

ALLAH melatih KESABARAN dalam kesakitan...

ALLAH tak PERNAH ambil sesuatu yang kita sayang TANPA menggantikan dengan yg lebih baik....

SAHABAT SEJATI

apabila ingin berteman,janganlah kerana KELEBIHANNYA, kerana mungkin dengan 1 KELEMAHAN, kau akan MENJAUHINYA...

andai kau ingin BERTEMAN, janganlah kerana KEBAIKANNYA, kerana dengan 1 KEBURUKAN, kau akan MEMBENCINYA...

andai kau ingin berteman, janganlah kerana ILMUNYA, kerana apabila dia BUNTU, kau akan MEMFITNAHNYA....

andai kau ingin berteman janganlah kerana sifat CERIANYA, kerana andai dia MURAM, mungkin kau akan MENJAUHINYA...

Andai kau ingin berteman.....TERIMALAH dia seadanya kerana dia juga MANUSIA BIASA SEPERTIMU....

sekian..
Sebagai Renungan..

Entri Lama: Cara Mengira BMI, 10 Cara Meningkatkan Kesuburan, Keagungan Rasulullah SAW, Kenapa Perempuan Nampak Cantik Bila Pakai Tudung??, Ciri-ciri orang yang mencintai kamu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...