HENSEM DAN CANTIK BELAKA

ATTENTION

Assalamualaikum..
Disini diingatkan bahawa perkara-perkara yang berkaitan dengan agama, diminta dibuat rujukan terlebih dahulu dengan orang yang lebih arif dalam bidang ini..sebelum mengambilnya sebagai rujukan..
Sekian..

!!!!!!!!!!!!!!!! MY BLOG LIST !!!!!!!!!!!!!!!!

28 June 2011

Diserang "Chicken Pox"


Assalamualaikum..

Waa..dah lama tidak membuka blog ku ini..hehehe..dah bersawang dah.. Alhamdulillah, apa-apa pun sudah baik dari serangan chicken pox yang melanda diri ku ini selama hampir seminggu. Mintak maaf la kepada pengunjung blog yang tidak sempat untuk dibalasi..hehehe..takut terjanggit dengan kamu semua.. ;)

Oleh kerana baru baik dari chicken pox, hendak kongsikan sedikit chicken pox ini..Chicken pox atau pun campak  juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.

Sebelum
1. Mula naik bintik-bintik putih.
2. Mula rasa sakit tekak.
3. Minum air kelapa supaya mempercepatkan chicken pox untuk naik.
4. Badan mula panas.

Semasa
1. Bintik-bintik mula naik diselurh badan.
2. Mula rasa gatal, dinasihatkan mandi dengan air daun semambu untuk mengurangkan gatal.
3. Paras suhu badan meningkat, mula rasa lenguh-lenguh badan.
4. Berlaku pening kepala.
5. Kurang selera makan.
6. Sakit tekak yang berpanjangan.

Selepas
1. Bintik-bintik mula susut di muka dan seterusnya anggota badan lain.
2. Dapat tido dengan nyenyak.
3. Mula gatal tangan nak kopek bekas bintikan.

Pantang-larang..
1. Jangan minum minuman yang berkafein.
2. Jangan bagi kena hujan.
3. Jangan makan ayam yang bertelur..(ni kata doktor, tapi semua ayam bertelur)hehehe

sekian
Sebagai Renungan..

* Perkongsian yang agak merapu..hehehe

21 June 2011

Nabi Idris dan Pedoman Hidup

assalamualaikum

Hari ini hendak berkongsi sedikit mengenai pedoman hidup Nabi Idris a.s. Sebelum itu mari kita baca serba sedikit mengenai biodata Nabi Idris a.s.

Nabi Idris a.s adalah keturunan keenam Nabi Adam, putera dari Yazid bin Mihla'iel bin Qoinan bin Anusy bin Syith bin Adam a.s dan dia adalah keturunan pertama yang dikurniakan kenabian setelah Adam dan Syith. Nabi Idris a.s mengikut sementara riwayat bermukim di Mesir, di mana ia berdakwah untuk agama Allah s.w.t. mengajarkan tauhid dan beribadah menyembah Allah s.w.t. serta memberi beberapa pedoman hidup bagi pengikut-pengikut agar menyelamatkan diri dari siksaan di akhirat dan kehancuran serta kebinasaan di dunia. Ia hidup sampai berusia 82 tahun.

Di antara beberapa nasihat dan kata-kata mutiaranya ialah :- 

1. Kesabaran yang disertai iman kepada Allah s.w.t. membawa kemenangan.
2. Orang yang bahagia adalah orang yang merendah diri dan mengharapkan syafaat dari Tuhannya dengan amal-amal solehnya.    
3. Bila kamu memohon sesuatu daripada Allah s.w.t. dan berdoa, maka ikhlaskanlah niatmu. Demikian pula puasa dan sembahyangmu.
4. Janganlah bersumpah dengan keadaan kamu berdusta dan janganlah menuntut sumpah dari orang yang berdusta agar kamu tidak menyekutui mereka dalam dosa.
5. Bertaatlah kepada raja-rajamu dan tunduklah kepada pembesar-pembesarmu serta penuhilah selalu mulut-mulutmu dengan ucapan syukur dan puji kepada Allah s.w.t.
6. Janganlah mengiri orang yang mujur nasibnya kerana mereka tidak akan banyak dan lama menikmati kemujuran nasibnya. 
7. Barangsiapa melampaui kesederhanaan, tidak suatupun akan memuaskannya.
8. Tanpa membahagi-bahagikan nikmat yang diperolehi, seseorang tidak dapat bersyukur kepada Allah s.w.t. atau nikmat-nikmat yang diperolehinya itu.

sekian..
sebagai renungan..

*Moga dapt menjadi pedoman di dalam hidup kita.

20 June 2011

Cuti-cuti Sabah 2011



Assalamualaikum..

Entri pada kali ini, hendak berkongsi sedikit pengalaman melancong ke sabah, iaitu bumi dibawah bayu..he3.. Sebenarnya dah pergi dekat seminggu dah, tapi baru hendak cerita..he3 Entri ini mungkin penuh dengan gambar.he3 Apa-apa pun, jum kita tengok apa yang bestnya kat Sabah ni :) Percutian selama 4 hari 3 malam..


( Di Jeti Jesselton, sebelum bertolak ke Taman Laut Sabah )


( Permandangan dari Taman Laut Sabah)
Disini boleh melakukan aktiviti pantai, seperti snorkeling dan mandi manda. Terdapat banyak pelancong yang berkunjung disini.



( Menaiki Canopy Walk tertinggi di dunia)
Terletak berhampiran dengan Pekan Ranau. Disini juga terdapat kolam air panas poring yang unik dan baik untuk kesihatan badan.


( Melawat Kg. Luanti, Sg. Moroli untuk melihat ikan jinak)
Dikhabarkan bahawa, walaupun berlaku banjir ikan disini tetap ada, still disini, tidak lari.


( Permandangan Gunung Kinabalu dari Pekan Kundasang)


( Berlepas pulang dari Airport Kota Kinabalu (T2) dengan menaiki pesawat Air Asia AK 6025)

Sebenarnya, banyak lagi tempat yang dikunjungi antaranya, pergi ke pekan kundasang, melawat pusat pengumpulan dan pemprosesan hasil laut,membeli belah di pasar filipina dan sebagainya lagi..
Ini sahaja yang dapat diupload..hehehe :)

Sekian..
Sebagai renungan..

* Jum pergi bercuti di sabah menikmati keindahan bumi di bawah bayu :)

17 June 2011

Selamat Hari Bapa 2011


Assalamualaikum..

Entri hari ini berkaitan dengan Hari Bapa atau Hari Ayah.. he3;)..Pada tahun ini Hari Bapa telah jatuh pada 19 June bersamaan dengan hari Ahad.. Setiap tahun, Hari Bapa akan disambut pada Ahad ketiga pada bulan June setiap tahun. Anda boleh merujuk disini

SELAMAT HARI BAPA

Bagaimana kita menghargai jasa Ayah kita yang mencari nafkah untuk membesarkan kita??.. Setiap hari, Ayah keluar mencari rezeki seawal pagi untuk memberikan keperluan yang sempurna untuk kita dan keluarga.. Kita hanya meminta apa yang diinginkan dari Ayah, tanpa memikirkan pergorbanan yang dilakukan Ayah.. Adakah kita pernah menghargai jasa Ayah kita atau sentiasa membuatkan mereka sedih??..

Bagaimana dengan sahabat-sahabat kita yang lain, yang mana Ayah mereka sudah tiada dan tidak sempat untuk mereka menabur bakti. Pernahkah kita terfikir??..Perasaan sahabat-sahabat kita yang sudah tiada ayah disisi.. Tidak dapat menerima kasih sayang Ayah, seperti mana kita menerima.. 

Dikesempatan sambutan ini, mari lah kita melakukan perkara yang dapat mengembirakan ayah kita, walaupun tidak mampu membalas jasa mereka.. Marilah kita menghargai pergorbanan Ayah kita, sementara mereka masih hidup..

Sama-sama kita hayati lagu ini :



sekian..
sebagai renungan..

* Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada ayah saya yang telah banyak berkorban untuk kami sekeluarga dan juga kepada semua ayah-ayah diluar sana. Semoga tabah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ayah.

16 June 2011

Kisah Kejujuran Seorang Saudagar Permata


Asalamualaikum..

Hari ini, saya hendak kongsikan satu cerita mengenai kejujuran seorang permata dalam menjalankan perniagaan. Mungkin ada yang pernah mendengar cerita ini, bagi yang belum mari kta membacanya. Semoga kita dapat mengikut tauladan yang ditunjukan.. :) ceritanya..

Pada suatu hari, seorang saudagar perhiasan di zaman Tabiin bernama Yunus bin Ubaid, menyuruh saudaranya menjaga kedainya kerana ia akan keluar solat. Ketika itu datanglah seorang badwi yang hendak membeli perhiasan di kedai itu. Maka terjadilah jual beli di antara badwi itu dan penjaga kedai yang diamanahkan tuannya tadi. Satu barang perhiasan permata yang hendak dibeli harganya empat ratus dirham. Saudara kepada Yunus menunjukkan suatu barang yang sebetulnya harga dua ratus dirham. Barang tersebut dibeli oleh badwi tadi tanpa diminta mengurangkan harganya tadi. Ditengah jalan, dia terserempak dengan Yunus bin Ubaid. Yunus bin Ubaid lalu bertanya kepada si badwi yang membawa barang perhiasan yang dibeli dari kedainya tadi. Sememangnya dia mengenali barang tersebut adalah dari kedainya. Saudagar Yunus bertanya kepada badwi itu, "Berapakah harga barang ini kamu beli?"

Badwi itu menjawab, "Empat ratus dirham." "Tetapi harga sebenarnya cuma dua ratus dirham sahaja. Mari ke kedai saya supaya saya dapat kembalikan wang selebihnya kepada saudara." Kata saudagar Yunus lagi. "Biarlah, ia tidak perlu. Aku telah merasa senang dan beruntung dengan harga yang empat ratus dirham itu, sebab di kampungku harga barang ini paling murah lima ratus dirham." Tetapi saudagar Yunus itu tidak mahu melepaskan badwi itu pergi. Didesaknya juga agar badwi tersebut balik ke kedainya dan bila tiba dikembalikan wang baki kepada badwi itu. Setelah badwi itu beredar, berkatalah saudagar Yunus kepada saudaranya, "Apakah kamu tidak merasa malu dan takut kepada Allah s.w.t. atas perbuatanmu menjual barang tadi dengan dua kali ganda?" Marah saudagar Yunus lagi.

"Tetapi dia sendiri yang mahu membelinya dengan harga empat ratus dirham." Saudaranya cuba mempertahankan bahawa dia dipihak yang benar. Kata saudagar Yunus lagi, "Ya, tetapi di atas belakang kita terpikul satu amanah untuk memperlakukan saudara kita seperti memperlakukan terhadap diri kita sendiri."

Jika kisah ini dapat dijadikan tauladan bagi peniaga-peniaga kita yang beriman, amatlah tepat. Kerana ini menunjukkan peribadi seorang peniaga yang jujur dan amanah di jalan mencari rezeki yang halal. Jika semuanya berjalan dengan aman dan tenteram kerana tidak ada penipuan dalam perniagaan.

Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya Allah itu penetap harga, yang menahan, yang melepas dan memberi rezeki dan sesungguhnya aku harap bertemu Allah di dalam keadaan tidak seorang pun dari kamu menuntut aku lantaran menzalimi di jiwa atau diharga."
(Diriwayat lima imam kecuali imam Nasa'i) 


sekian
sebagai renungan..

* semoga mendapat pengajaran

14 June 2011

Dari Manakah Earning Nuffnang??

 
Assalamualaikum..

Hari ini, saya hendak kongsikan mengenai earning yang diperolehi daripada nuffnang.. Pasti anda berasa pelik, mengenai tajuk entri ni..Harap-harap sesuai la tajuk dengan apa yang hendak saya ceritakan..hehehe :)

Anda tahu tak earning yang anda peroleh ini datang dari mana di dalam blog anda??..Apa yang ingin dimaksudkan, ialah tempat iklan yang diletakkan oleh anda..Setelah anda tahu earning nuffnang dari mana datang, boleh la anda mengetahui kedudukan iklan yang lebih strategik di dalam blog anda. Dengan ini, anda boleh mengenalpasti tempat yang sesuai untuk meletakan iklan nuffnang..



Berdasarkan gambar ini terdapat tiga yang telah saya bulatkan iaitu:
1. LR
2. SS
3. LB

Tiga perkataan ini menunjukan kedudukan tempat iklan yang anda telah perolehi earning berdasarkan iklan-iklan yang tertentu.

1. LR
Mewakili iklan "Large Rectangle" yang bersaiz (336 x 280), biasanya diletakan pada bahagian antara petikan-petikan blog.

2. SS
Mewakili iklan "Skyscraper" yang bersaiz (160 x 300), biasanya blogger akan meletakannya ditepi sisi atau sidebar blog.

3. LB
Mewakili iklan "Leaderboard" yang bersaiz (728 x 90), yang biasanya diletakan di atas atau bawah
header.

Untuk lebih lanjut boleh rujuk disini 

Selepas anda membuat semakan pada earning..Pasti gambar seperti diatas akan muncul.. :)
Dari sini, anda boleh lah mengetahui kedudukan yang lebih sesuai untuk meletakan iklan nuffnang. Ini kerana, earning yang banyak anda perolehi adalah lokasi yang paling strategik untuk pengunjung blog anda melihat. Jika tiada earning dari mana-mana tempat, anda boleh lah mengubah untuk mencuba di tempat yang lain untuk meletakan kedudukan iklan tersebut..

sekian..
sebagai renungan..

* Semoga perkongsian ini, membantu anda untuk terus maju dalam dunia blog :)

12 June 2011

Tamatnya Cuti Sekolah



Assalamualaikum..

Esok akan bermula lah persekolahan bagi pelajar-pelajar sekolah.. Setelah dua minggu bercuti dan menghabiskan waktu di rumah.. Sudah pastinya, esok pagi akan menjadi titik malas untuk bangun..hehehe Maklumlah, dua minggu cuti kan. Jadi, mulakan hari esok anda dengan senyuman yang ceria dan gembira..hehehe

Disini hendak kongsi sikit perkara yang selalu terjadi semasa saya di zaman persekolah untuk ke sekolah selepas cuti panjang.

Sehari sebelum ke sekolah..
1. Baru hendak basuh baju dan kasut.
2. Baru sibuk buat kerja rumah.
3. Telefon kawan-kawan tanya kerja sekolah yang tidak siap.
4. Kadang-kadang kasut tak sempat kering, ambil letak bawah peti sejuk atau sumbat dengan surat khabar dalam kasut.

Sebelum ke sekolah.
1. Terlewat bangun.
2. Berat nak bangun tido.
3. Nak mandi pun malas.
4. Pagi-pagi nak ke sekolah baru hendak gosok baju.
5. Kemas buku dalam beg.

Semasa di sekolah..
1. Berkongsi cerita semasa cuti dengan kawan-kawan.
2. Rasa malas nak belajar.
3. Kena beratur masa perhimpunan untuk buat pemerikaan disiplin.
4. Suasana kelas yang bising.
5. Cikgu pun ada yang belum sedia untuk mengajar.

Bila teringat zaman sekolah ni. Kadang-kadang boleh buat kita tersenyum sorang-sorang. Pengalaman dekat sekolah yang paling best dan sukar untuk dilupakan. Rasa macam nak pergi ke zaman tu balik. Jumpa dengan kawan-kawan lama masa sekolah. The best memory :)

sekian..
sebagai renungan..

* Jangan ditiru perkara diatas :)

11 June 2011

Perlu Bayar Zakat Emas


Assalamualaikum..

Pada entri-entri yang lepas, ada saya kongsikan tentang Perlaburan Emas. Hari ini, saya hendak kongsikan kepada anda mengenai zakat yang perlu dibayar, jika kita mempunyai emas.

Emas adalah jenis-jenis logam yang diwajibkan zakat. Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan di
alam firman Allah S.W.T. bermaksud:

Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.
At- Taubah; ayat 34-35

Menerusi ayat ini, diterangkan perlunya kita membayar zakat untuk emas.
Zakat Emas boleh dikira dalam dua keadaan.

1. Emas yang tidak dipakai (disimpan)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh:
2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat    = RM 150

2. Emas yang dipakai

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.

Contoh:
Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150gram
Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram - 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.9

Kadar uruf emas di Negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram 
Kadar uruf emas di Negeri Melaka ialah sebanyak 200 gram

* Untuk kadar uruf emas negeri-negeri lain, anda boleh rujuk Pusat Zakat negeri anda..

sekian 
sebagai renungan.

* Diharab dapat membantu anda.

09 June 2011

Perkara Yang Menjejaskan Prestasi Komputer

Asalamualaikum


Hari ini, saya hendak kongsikan kepada anda, mengapa prestasi komputer kita makin low ataupun menurun.Kemungkinan nya berlaku selepas setahun kita menggunakan komputer, kita akan dapati terdapat beberapa perubahan yang ketara terhadap prestasi komputer kita misalnya selalu 'hang' ataupun operasi yang semakin lambat. Jika kita pengguna yang hardcore pula, masalah ini pasti berlaku lebih awal lagi. Berikut disenaraikan sepuluh perkara yang dirasakan menjadi punca kepada terjejasnya prestasi komputer kita. Diharap dapat membantu anda menangani masalah ini.

1. Mikropemproses mengalami kepanasan melampau.
Kepanasan melampau ini terjadi apabila motor kipas yang menjadi penyejuk kepada mikropemproses tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini disebabkan habuk yang terdapat di sekeliling kipas yang menyekat putaran kipas tersebut. Selain daripada itu, mungkin bearing kipas menjadi longgar yang menyebabkan gegaran berlaku pada mikropemproses. Kesannya ialah mikropemproses tidak dapat bekerja dengan baik.

2. Masalah RAM
Terdapat juga RAM yang dari jenis murah yang tidak memenuhi spesifikasi serta mempunyai masalah komposisi cip-cip yang siap terbina. Akibat dari masalah ini, ialah RAM mudah mengalami kepanasan melampau yang menjejaskan keupayaan komputer. Selain daripada itu, masalah ëBlue Screení juga akan lebih kerap berlaku.

3. Cakera keras
Bagi cakera keras pula, masalah-masalah yang menyebabkan terjejasnya prestasi komputer ialah seperti bertambahnya sektor-sektor rosak (bad sector) ketika melakukan proses chkdsk dan scandisk, kerosakan dalaman (intermittent) yang mengakibatkan kegagalan proses boot dan capaian putaran per masa yang rendah yang mungkin tidak sesuai dengan spesifikasi komputer yang digunakan.

4. Konfigurasi BIOS
Pengguna komputer seharusnya tidak terlalu bergantung kepada konfigurasi BIOS 'kilang' sebaliknya perlu mengetahui konfigurasi sistem yang optimum. Ini adalah kerana konfigurasi BIOS yang tidak tepat turut mempengaruhi keupayaan komputer.

5. Pengawal Cakera
Kabel pengawal yang digunakan perlu menepati spesifikasi pengawal cakera yang dipasang. Begitu juga dengan papan ibu (motherboard) yang harus mampu menyokong pengawal cakera. Sebagai contoh pengawal cakera UDMA-66 memerlukan kad khusus untuk dipasang pada papan ibu yang hanya menyokong pengawal cakera UDMA-33. Jika tidak dipasang, ia pasti akan mengundang masalah kepada prestasi komputer.

6. Sistem Operasi
Sistem operasi seperti Windows XP dan Windows 2000 biasanya mempunyai banyak servis yang dijalankan. Servis-servis yang dijalankan jika terlampau banyak akan merencatkan prestasi komputer. Servis yang jarang diguna sepatutnya diberhentikan kerana ia banyak menggunakan sumber tenaga komputer.

7. Proses dan Aplikasi
Proses dan Aplikasi (.exe) yang terlampau banyak digunakan akan menyebabkan komputer menjadi perlahan. Untuk melihat proses dan aplikasi yang sedang dilarikan, pengguna bolehlah klik pada bahagian Windows Task Manager.

8. Fragmentasi Cakera
Fragmentasi cakera berlaku apabila terlalu kerap fail-fail disimpan, dipadam dan ditukar. Ini menyebabkan kandungan fail bertaburan didalam sektor. Fragmentasi juga berlaku apabila kandungan cakera penuh. Seharusnya ruang kosong sebanyak 20% sehingga 25% perlu disediakan bagi mengurangkan masalah fragmentasi ini.

9. Aplikasi latar belakang
Ramai pengguna yang suka melarikan aplikasi latar belakang secara automatik selepas proses boot ataupun permulaan sistem operasi. Aplikasi yang terlalu banyak dilarikan pada satu-satu masa akan menyebabkan komputer menjadi perlahan dan adakalanya menyebabkan 'hang'. Aplikasi-aplikasi yang digunakan ini boleh dilihat pada folder Startup.

10. Sistem fail
Dalam sistem operasi Windows terutamanya NT dan 2000, pemilihan sistem fail iaitu NTFS dan FAT adalah sangat penting. Ini adalah kerana sistem fail ini merujuk kepada saiz dan bilangan kelompok dalam sesuatu cakera. Saiz kelompok yang besar akan meningkatkan prestasi komputer. Kebiasaanya, sistem fail NTFS mempunyai saiz kelompok yang lebih besar berbanding FAT.

sekian..
sebagai renungan...

*Petikan dari sebuah forum mengenai komputer..

08 June 2011

Belajar Asas Kod HTML 2


Assalamualaikum..
Setelah kita mempelajari di Asas Kod HTML 1 mengenai asas dalam mempelbagaikan bentuk penulisan mengunakan kod ini, dan disamping pengenalan mengenai Kod ini. Di asas kod HTML 2 akan diajar tag-tag utama yang terdapat di dalam kod HTML

Tag-tag ini amat penting dan perlu ada dalam membuat sesuatu didalam pengunaan kod HTML ini.  Setiap dokumen yang hendak dibuat dengan mengunakan HTML wajib memerlukan tag-tag ini. Berikut adalah label tag-tag HTML dan fungsinya.

<html>
</html>
: Tag ini perlu berada pada baris paling atas dari setiap file HTML.

<head>
</head>
: Berfungsi sebagai informasi umum dari sesebuah laman web.

<title>
</title>
: Merupakan judul halaman atau tajuk yang hendak digunakan dan selalunya akan terdapat pada head.

<body>
</body>
: Isi yang hendak ditulis untuk seluruh dokumen atau setting untuk seluruh dokumen

contoh pengunaan tag-tag ini :

<html>
<head>
<title><b> TAJUK UTAMA <p></b></title>
</head>
<body>

"Diruangan ini anda boleh menulis perkara yang anda inginkan berdasarkan tajuk"

</body>
</html>

Ini hasilnya :

TAJUK UTAMA 

 "Diruangan ini anda boleh menulis perkara yang anda inginkan berdasarkan tajuk"

saya highlight kan hasilnya dengan warna merah..

<p> : Adalah untuk menjarakan antara baris.
<b>....</b> : Rujuk pada Asas Kod HTML 1

sekian
sebagai renungan.

* Sekadar perkongsian bersama..

07 June 2011

Jauhi Dari Sifat Sombong dan Bongkak


Assalamualaikum

Sombong, bongkak, angkuh dan takabur atau kibir mempunyai pengertian yang sama. Iaitu salah satu daripada sifat-sifat mazmumah (sifat tercela/terkeji). Sifat ini menjadi kebencian dan kemurkaan Allah kepada sesiapa yang memilikinya, walaupun cuma sedikit, dan menjadi penghalang daripada syurga. Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat walau seberat zarah dari perasaan takabur atau sombong."
Firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hambaKu, mereka akan masuk Jahanam sebagai makhluk yang hina dina."(Almukmim:60)

Sifat sombong atau takabur ini boleh di bagikan kepada dua, iaitu, takabur lahir dan takabur batin. Takabur lahir dapat dilihat melalui perbuatan dan tindakannya. Gayanya angkuh, mulutnya tajam, mudah menghina orang yang dianggapnya lebih rendah (pangkat, kealiman, darjat keturunan) daripadanya.

Ketakburan itu adakalanya dapat dilihat melalui perbicaraan, seperti tidak mahu mengalah, menganggap dirinya sentiasa benar dan tidak mahu mendengar dan mengikut nasihat.
Imam Al Ghazali berkata ;
"Orang yang takabur itu ialah orang yang apabila ditegur, ia marah dan benci, sedangkan kalau ia menegur orang lain ditegurnya dengan keras dan kasar."

Orang yang sombong atau takabur ini mudah menghina orang lain dan akan marah jika ada yang mengatasinya ia akan dengki apabila orang lain mendapat nikmat dan akan berdendam dengan orang yang menandingnya.

Takabur ialah penyakit hati yang merbahaya. Orang yang berpenyakit ini tidak boleh menjadi pendakwah. Ditakuti melalui tindak tanduknya akan menampakkan akhlak yang buruk. Kata-katanya pula akan menyakiti orang hingga menyebabkan mereka hilang kepercayaan. Lebih bahaya lagi jika ia
mewakili jemaah atau parti, nama parti akan terlibat akibat sikap angkuhnya dan akhlaknya yang buruk.

Imam Al Ghazali telah memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takabur atau sombong ini.

  • Apabila kita berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia dari kita. Kerana kanak-kanak itu belum diberati dosa, sedangkan kita sudah berlarut-larut hampir setiap langkah berbuat dosa.
  • Apabila kita berhadapan dengan orang tua, anggaplah orang tua itu lebih mulia, kerana ia lebih lama beribadah daripada kita.
  • Ketika kita berjumpa dengan orang alim, anggaplah beliau lebih mulia dari kita kerana banyak ilmu-ilmu yang tidak kita ketahui tetapi beliau mengetahuinya.
  • Kalau kita melihat orang yang jahil, anggaplah dia lebih mulia dari kita , kerana dia berbuat sesuatu kesalahan atau dosa kerana kejahilannya sedang kita berbuat dosa dalam keadaan kita mengetahuinya.
  • Kalau kita berjumpa dengan orang jahat, jangan lah anggap kita mulia atau lebih baik daripadanya, tetapi katakanlah bahawa orang jahat itu mungkin di masa tuanya ia bertaubat, memohon ampun dari perbuatannya. Sedangkan kita sendiri belum tahu lagi bagaimana kita akhirnya.
  • Apabila berjumpa dengan orang kafir, katakanlah dalam hati, bahawa si kafir itu belum tentu kafir selamanya, mungkin di suatu hari datang keinsafan padanya, dia memeluk Islam dan semua dosanya di dalam kekafiran dulu diampuni Tuhan, sedangkan kita ini sejak lahir sudah islam, tetapi dosa terus dikerjakan juga dan balasan pahala belum tentu lagi.

Lawan daripada sifat sombong ialah sifat tawadhuk atau rendah diri. Sekiranya seseorang telah berjaya mengikis sifat sombongnya akan datanglah sifat tawadhuk padanya, sifat terpuji yang disukai Allah dan makhluk seluruhnya.
Dari Ibnu Abbas, bersabda Rasulullah;
"Tidak seorang pun kecuali di kepalanya terdapat dua rantai, satu rantai sampai ke langit ke tujuh dan satu rantai yang lain sampai ke bumi yang ketujuh. Apabila seseorang itu merendahkan diri, Allah mengangkatnya dengan rantai yang di langit ketujuh dan apabila ia sombong, Allah merendahkannya dengan rantai yang di bumi ke tujuh."

Urwah bin Azzubair berkata; " Tawadhuk ialah alat untuk mencapai kemuliaan. Lantaran itu Rasulullah, para Nabi, para sahabat , para aulia' dan orang-orang soleh suka merendahkan diri dan memiliki sifat tawadhuk. Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Aku diberi kunci kekayaan bumi, lalu disuruh pilih di antara menjadi hamba dan Nabi atau menjadi Nabi dan Raja, maka Jibril memberi isyarat kepadaku supaya bertawadhuk dan menjadi Nabi dan hamba, maka saya pilih Nabi dan hamba, maka diberikan kepadaku itu dan aku pertama manusia yang keluar dari bumi kelak dan aku yang pertama memberi syafaat kelak."

Tegasnya untuk menghilangkan sifat sombong dan takabur perlulah bermujahadah bersungguh-sungguh. Buat sesuatu yang menyebabkan kita dipandang rendah. Datangkan rasa rendah diri dan berlaku tawadhuk. Sesungguhnya tidak hina orang yang merendah diri. Allah telah memuji hambaNya yang tawadhuk dan akan mengangkat darjat mereka. 

sekian..
sebagai renungan..

*Semoga kita dijauhkan dari sifat bangga diri dan takbur..
*Diambil dari forum di syok.org

02 June 2011

Bulan Rejab


Assalamualaikum..

Tahukah anda pada hari ini 3 Jun 2011 bersamaan dengan 1 Rejab. Mungkin kadang-kadang kita tidak berapa ingat mengenai tahun hijrah. Sememangnya hari ini adalah permulaan bagi bulan Rejab. Sempena 1 Rejab ini saya hendak kongikan beberapa info mengenai bulan Rejab ini. Info ini diambil dari perbagai laman di internet.

Bulan Rejab merupakan salah satu bulan dari 12 bulan-bulan Islam. Bulan Rejab mengandungi peristiwa-peristiwa bersejarah kepada orang Islam dimana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa dari tangan tentera Salib dan juga ada orang Islam yang berpendapat bahawa bulan inilah berlakunya peristiwa Isra' dan mi'raj Nabi Muhammad saw. Tidak kurang juga ramai yang melihat bulan Rejab ini sebagai satu bulan spiritual dimana mereka mempertingkatkan ibadat sunat khususnya ibadat puasa.

Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

sekian..
sebagai renungan..

*Marilah kita bersama-sama meningkatkan lagi ibadat sunat pada bulan Rejab ini.
*Hendak tahu lebih lanjut klik sini..
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...