HENSEM DAN CANTIK BELAKA

ATTENTION

Assalamualaikum..
Disini diingatkan bahawa perkara-perkara yang berkaitan dengan agama, diminta dibuat rujukan terlebih dahulu dengan orang yang lebih arif dalam bidang ini..sebelum mengambilnya sebagai rujukan..
Sekian..

!!!!!!!!!!!!!!!! MY BLOG LIST !!!!!!!!!!!!!!!!

09 December 2011

Kerana Kulit Diri Tertipu

Assalamualikum..

Hari ini, saya hendak berkongsikan satu cerita tauladan untuk pengunjung. Diambil dari sebuah forum perkongsian. Semoga ini dapat dijadikan pengajaran.

Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya. Lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama. Si ayah hanya tersenyum. si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya..

Beberapa bulan berlalu, dengan berkat kesungguhannya.Ternyata si anak telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang. hatinya berbunga keriangan. Satu hari, si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya. Si ayah memuji anaknya, sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dengan kejayaan si anak yang cukup cemerlang. Si anak tersenyum puas, di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu. Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik. Si anak terkesima, sungguh bukan itu yang kuhajatkan. Dengan hati yang berat, kotak itu bertukar tangan. Matanya terarah kepada riak wajah ayahnya, yang tidak menunjukkan sebarang perubahan. Seolah-olah tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang di hatinya.

Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu dan penutup kotak dibuka. Aapa makna semua ini??? Sebuah Al-Quran kecil, cantik dengan kulit muka yang bertinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan. Si anak memandang ayahnya, terasa dirinya dipermainkan. Amarahnya membuak, nafsu mudanya bergelojak. Ayah sengaja mempermainkan saya. Ayah bukannya tak tahu betapa saya menyukai kereta tu. Bukannya ayah tak mampu untuk membelikannya. Sudah ayah, bukan al-Quran ini yang saya nak. Katanya keras. Al-quran itu diletakkan ke atas meja bacaan. Si anak terus meninggalkan si ayah, tanpa memberi walau sesaat untuk si ayah bersuara. Pakaiannya disumbatkan ke dalam beg. Lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya dan memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yang dimilikinya.

10 tahun berlalu. Si anak kini merupakan seorang yang berharta dan mempunyai syarikat sendiri dengan isteri yang cantik dan anak-anak yang sihat. Cukup membahagiakan, namun hatinya tersentuh. Sudah 10 tahun. Sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya. Sedang dia berkira-kira sendiri. Telefonnya berdering dari peguam ayahnya. Penguam menyatakan ayahnya meninggal dunia semalam dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak. Si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yang berkaitan perwarisan harta.

Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa. Si anak pulang ke banglo ayahnya. Si anak memerhatikan banglo yang menyimpan 1001 nostalgia dalam hidupnya, hatinya sebak. Bertambah sebak apabila mendapati di atas meja di bilik bacaannya. Al-quran yang diletakkannya masih lagi setia berada di situ. Bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini. Perlahan-lahan langkahnya menuju ke situ dan mengambil al-quran itu, sambil membelek-beleknya dengan penuh keharuan. Tiba-tiba, jatuh sesuatu dari al-quran itu, segugus kunci di muka belakang al-quran itu. Sebuah sampul surat ternyata diletakkan disitu. Kunci itu segera dipungut dan hatinya tertanya-tanya. Nyata sekali, di dalam sampul surat itu terdapat resit pembelian kereta idamannya. Dibeli pada hari konvokesyennya dengan bayaran yang telah dilunaskan oleh si ayah. Sepucuk warkah, tulisan tangan orang yang amat dikenalinya selama ini. Hadiah teristimewa untuk putera kesayanganku. Air mata si anak menitis deras hatinya bagai ditusuk sembilu penyesalan mula bertandang namun semuanya sudah terlambat...

Sekian..
Sebagai Renungan

Entri Lama : Bagaimana ROH orang MUKMIN dibawa, Perkara mengenai lelaki, 5 Tips untuk Menulis dengan Pantas, Hikmah di sebalik makanan, 9 sebab mengapa hati tidak bahagia

2 comments:

komen-komen lah untuk mengeratkan silaturahim..
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...