HENSEM DAN CANTIK BELAKA

ATTENTION

Assalamualaikum..
Disini diingatkan bahawa perkara-perkara yang berkaitan dengan agama, diminta dibuat rujukan terlebih dahulu dengan orang yang lebih arif dalam bidang ini..sebelum mengambilnya sebagai rujukan..
Sekian..

!!!!!!!!!!!!!!!! MY BLOG LIST !!!!!!!!!!!!!!!!

12 June 2011

Tamatnya Cuti Sekolah



Assalamualaikum..

Esok akan bermula lah persekolahan bagi pelajar-pelajar sekolah.. Setelah dua minggu bercuti dan menghabiskan waktu di rumah.. Sudah pastinya, esok pagi akan menjadi titik malas untuk bangun..hehehe Maklumlah, dua minggu cuti kan. Jadi, mulakan hari esok anda dengan senyuman yang ceria dan gembira..hehehe

Disini hendak kongsi sikit perkara yang selalu terjadi semasa saya di zaman persekolah untuk ke sekolah selepas cuti panjang.

Sehari sebelum ke sekolah..
1. Baru hendak basuh baju dan kasut.
2. Baru sibuk buat kerja rumah.
3. Telefon kawan-kawan tanya kerja sekolah yang tidak siap.
4. Kadang-kadang kasut tak sempat kering, ambil letak bawah peti sejuk atau sumbat dengan surat khabar dalam kasut.

Sebelum ke sekolah.
1. Terlewat bangun.
2. Berat nak bangun tido.
3. Nak mandi pun malas.
4. Pagi-pagi nak ke sekolah baru hendak gosok baju.
5. Kemas buku dalam beg.

Semasa di sekolah..
1. Berkongsi cerita semasa cuti dengan kawan-kawan.
2. Rasa malas nak belajar.
3. Kena beratur masa perhimpunan untuk buat pemerikaan disiplin.
4. Suasana kelas yang bising.
5. Cikgu pun ada yang belum sedia untuk mengajar.

Bila teringat zaman sekolah ni. Kadang-kadang boleh buat kita tersenyum sorang-sorang. Pengalaman dekat sekolah yang paling best dan sukar untuk dilupakan. Rasa macam nak pergi ke zaman tu balik. Jumpa dengan kawan-kawan lama masa sekolah. The best memory :)

sekian..
sebagai renungan..

* Jangan ditiru perkara diatas :)

7 comments:

  1. huhu..memg best pon zamn sekolh..ayie pling suke lol..

    ReplyDelete
  2. teringat zaman sekolah dulu..rindu plak..

    ReplyDelete
  3. haha mcm nak sekolah balik jer,hehe

    ReplyDelete
  4. salam,

    best nye zaman sekolah dulu2 :)

    ReplyDelete
  5. perkara2 ni xpyh tiru. xajar pun mmg akan berlaku jugak.. tradisi zmn berzaman kot.. haha

    ReplyDelete
  6. tringt letak kapur kasut sekolah dulu..kih kih kih

    ReplyDelete

komen-komen lah untuk mengeratkan silaturahim..
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...