HENSEM DAN CANTIK BELAKA

ATTENTION

Assalamualaikum..
Disini diingatkan bahawa perkara-perkara yang berkaitan dengan agama, diminta dibuat rujukan terlebih dahulu dengan orang yang lebih arif dalam bidang ini..sebelum mengambilnya sebagai rujukan..
Sekian..

!!!!!!!!!!!!!!!! MY BLOG LIST !!!!!!!!!!!!!!!!

02 May 2011

Dimana Letaknya Kesabaran



asalamualaikum..
marilah membaca satu kisah yang hendak dikongsikan bersama anda. semoga kita bersama memperoleh maanfaat.

Suatu hari,Rasulullah S.A.W sedang berjalan pulang menuju rumah beliau. Di tengah perjalanan beliau lalu berhampiran dengan sebuah kawasan perkuburan. Tiba-tiba, beliau terlihat seorang wanita sedang menangis teresak-esak seorang diri di tepi sebuah kubur.

Rasulullah S.A.W segera pergi menghampiri wanita itu dengan tujuan hendak menanyakan apa yang telah terjadi.

"Puan, taat lah puan kepada Allah dan banyakkan bersabar,"kata Rasulullah,cuba memujuk wanita itu. Wanita itu tidak peduli dengan kata-kata Rasulullah malah dia menghalau beliau supaya pergi dari situ.

"Pergilah kamu dari sini!"tenking wanita itu.

Wanita itu sedang teramat sedih dan bingung.Kubur itu adalah kubur anaknya yang baru meninggal dunia. Kerana terlalu sedih,dia tidak sedar apa yang dikatakannya.

Rasulullah S.A.W terus beredar meninggalkan wanita itu. Kemudian wanita itu diberitahu orang yang ditengkingnya tadi adalah Nabi Muhammad. Barulah wanita itu sedar dan menyesal.

Wanita tersebut segera pergi menemui Rasulullah untuk meminta maaf."Sebenarnya waktu itu saya tidak tahu siapa Tuan,"kata wanita itu penuh sesal.

Rasulullah S.A.W dapat memahami perasaan wanita itu."Ketahuilah puan,kesabaran itu letaknya semasa seseorang itu sedang sangat bingung menghadapi masalah,"kata Rasulullah kepada wanita tersebut.

hati yang kurang sabar, senang dihasut oleh syaitan..
sekian..

18 comments:

  1. Kisah yang pernuh tauladan. saya suka membacanya.
    terima kasih.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum...cerita yg menarik, teruskan usaha anda, nanti dtg my blog ambil award followers ya...

    ReplyDelete
  3. normaliza mah : saya akan cuba menyediakan informasi2 yh berguna untk renungan bersama. diharap dpt sokongan dri semua. sama2.
    adiwieyah : waalaikumslam..insyalallah akan terus meyediakan artikel2 yg berguna.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..
    Bez crite nih..mmg time sedih ssh nk kawal prasaan..hanya sabarlah penyelamatnya..
    trime ksih.. =)

    ReplyDelete
  5. waalaikumslm..terima kasih sudi datng ke blog ini..
    a'a mmng best & sukar untk kwal perasaan kita..
    sama2.. :)

    ReplyDelete
  6. 1st time baca.. blog ni memang best

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum..
    Orang yg dapat mengawal diri adalah orang yg kuat. Ajaib dan indahnya sunnatullah bilamana berkali2 nabi bersabda LA TAGHDOB.. janganlah engkau marah.

    ReplyDelete
  8. waalaikumslm..
    btul apa yang dikatakan..
    kerana marah ini sukar dikawal yg menyebabkan kta menjadi tidak sabar..

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum.
    seharusnya kita bersabar dalam menghadapi dugaan kan. Tapi, syaitan selalu ja ada untuk menghasut..

    ReplyDelete
  10. waalaikumsalam..
    tepat sekali..

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum.
    sy suka blog ni. nice entry.
    :)

    ReplyDelete
  12. waalaikumsalam..
    terima kasih.. :)

    ReplyDelete
  13. cerita yang baik, thanks sb masuk blog sy

    sudah follow blog kamu, harap sama ya

    ;D

    ReplyDelete
  14. welcme..
    tq too..
    akan follow.:)

    ReplyDelete

komen-komen lah untuk mengeratkan silaturahim..
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...