ATTENTION
Disini diingatkan bahawa perkara-perkara yang berkaitan dengan agama, diminta dibuat rujukan terlebih dahulu dengan orang yang lebih arif dalam bidang ini..sebelum mengambilnya sebagai rujukan..
Sekian..
04 February 2011
Khasiat & Kelebihan Habbatus Sauda
asalamualaikum
Disini diceritakan khasiat, kebaikan dan kelebihan habbatus sauda atau jintan hitam..
Nabi Muhammad pernah bersabda "Tetaplah kamu dengan Habbatus sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali mati"
Habbatus sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.
Habbatus sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.
Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus sauda merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.
Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.
Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).
Habbatus Sauda merupakan tumbuhan yang paling banyak unsur senyawa.
sekian..
sebagai renungan
03 February 2011
Petua Tangani Stress Apabila Marah
asalamualaikum
harini saya hendak berkongsi dengan pembaca petua untuk kita menangi stress apabila marah.
KEMARAHAN adalah satu masalah utama emosi akibat tertekan. Ia dialami semua orang sama ada di rumah, sekolah atau tempat kerja. Apabila keterlaluan, berpanjangan dan tidak mampu mengawalnya akan membawa kepada kemarahan.
Perkara harus dilakukan apabila marah:
- Menyedari yang anda sedang marah dan katakan ‘Saya sedang marah..’
- Bertenang..kira hingga 10, tarik nafas panjang dan mengucap.
- Kenal pasti kenapa anda marah.
- Cuba dengan penjelasan orang lain.
- Jangan berkata sesuatu untuk menyakitkan hari atau menghukum orang lain.
- Beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan.
- Membiasakan diri memaafkan dengan menerima bahawa manusia juga melakukan kesalahan
- Cara mengurangkan kemungkinan untuk marah:
- Fikir secara positif.
- Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan.
- Belajar menyukai diri sendiri.
- Belajar bertenang.
- Adakan hobi.
- Luangkan masa untuk beriadah.
- Dapatkan tidur yang cukup.
- Dapatkan teman untuk meluahkan masalah
sebagai renungan..
01 February 2011
Tips berjaya di dalam perniagaan.
asalamualaikum..
hari ini saya ingin berkongsikan tips-tips untuk berjaya di dalam perniagaan..
Kongsi sedikit tentang 5 Langkah untuk berjaya dalam perniagaan.
1. Berani memulakan langkah.
Ya. memang betul. kebanyakan insan yang bernyawa yang kita jumpa, selalu berkata, "Aku ingin berjaya. Aku ingin memandu pulang Ferrari F1, membawa ibuku ke pasar" dan sebagainya.. tapi. dimakah silapnya? hingga insan tersebut masih belum tercapai cita-citanya.
2. Berani keluarkan modal.
Semua tahu. perniagaan adalah satu kerjaya yang mampu memberikan kemewahan, kekayaan harta yang berganda. tapi. ramai manakah yang berjaya dalam bidang perniagaan?sejauh manakah perniagaan mampu membawa anda? percayalah. ianya mampu membawa anda terbang ke langit! kerana apa mereka tidak berjaya? mungkin kerana takut untuk mengeluarkan modal. "abang, nak tikam nombor pun kena keluar duit. mana ada bisnes free"
3.Berani rugi.
Sesetengah golongan, mereka sangat takut akan kerugian. mereka fikir, ini adalah cilaka untuk diri mereka. Tidak! bagi aku. kerugian ini adalah bagus di awal permulaan. kerana, dari kerugian, kita boleh berfikir secara labih matang, dan lebih berhati-hati terhadap apa yang dilakukan. Belajar dari kesilapan jauh lebih baik dari mengulangi kesilapan yang sama berulang kali. ini beerti, kerugian tersebut mampu mengajar kita untuk berfikir lebih positif dan berjaya.
4. Berani rajin.
Ya. tak ada orang yang malas akan mendapat hasil. Pernah menjadi isu, "ada orang kata. Perniagaan MLM (Multilevel marketing) tu goyang kaki je pun boleh duit. tak perlu guna tenaga pun macam petani yang membanting sawah, kerani kerajaan yang bekerja 10jam sehari dll tanpa menggunakan tenaga, panca indera, tangan kaki yang dikurniakan Tuhan." beb. sapa kata mereka goyang kaki boleh duit?
"dalam menggunakan perkhidmatan internet juga sebenarnya kita menggunakan segala anugerah yang Allah berikan. dari pancaindera mata, sehinggalah ke akal fikiran digunakan untuk melaris dan mempromosikan apa yang diniagakan. salahkah kita jika menggunakan kemudahan dan teknologi yang ada untuk melakukan kerja. memang beban dan zahirnya tak nampak dimata seperti pekerja kontraktor dan petani yang membanting tulang 4 kerat di bendang. tapi usaha dan pancaindera tetap digunakan. jangan sempitkan kefahaman tentang islam dan akihrnya umat kita ketinggalan. terima kasih."
5. Berani mengikut langkah orang yang berjaya.
Ya. Pernah dengar ayat ni, "dont be your self. copycat orang yang berjaya, dan lakukan lebih baik dari beliau". Hidup ini, sedar tak sedar selalunya terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Jika anda berada di dalam 5 orang berkumpulan. Jika 4 orang itu adalah penagih dadah, 99.9% anda juga mungkin terjebak dengan mereka. Tetapi, Jika 4 orang tersebut adalah orang yang berjaya, 99.9% juga anda mungkin
sekian..
sebagai renungan
Subscribe to:
Posts (Atom)

