Hari ini, saya hendak kongsikan satu artikel mengenai perkara yang dapat membuatkan kita mendapat pahala yang berterusan. Semoga kita saling mengingati antara satu sama lain.
" Anas r.a. berkata bahawa lapan jenis pahala yang tetep diterima seorang hamba Allah walaupun dia telah meninggal dunia iaitu : "
- Sesiapa yang mendirikan masjid tetap mendapat pahala selagi masjid itu digunakan oleh orang ramai untuk beribat.
- Sesiapa yang mengalirkan sungai selagi ada orang yang meminumnya.
- Sesiapa yang menulis mashaf (naskhah al-Quran yang bertulis tangan) selagi ada orang membacanya.
- Sesiapa yang mengali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
- Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya, sama ada manusia atau burung.
- Mereka yang mengajar ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
- Ibu bapa yang meninggalkan anak yang soleh yang mana si anak selalu beristighfar dan mendoakan kedua-dua orang tuanya.
- Guru Al-Quran yang mengajar ilmu kitab suci itu kepada muridnya dan si murid mengamalkan ajaran tersebut tanpa sedikit pun mengurangkan pahalanya.
sumber
sekian
Sebagai Renungan
Entri Lama: Di Sebalik Ibadah Korban, Tip Lulus Temu Duga Sektor Swasta, Manizya Wudhuk, 20 Fakta Menarik Mengenai Islam, 4 Syarat Hidupkan Hati Dengan Al-Quran, Muslimat Pencetus Muslimin Bertaqwa?